SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, February 25, 2009

Makanan ibu dalam pantang

Makanan ibu dalam pantang - Petua orang dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Semoga maklumat ini dapat kite kongsi bersama sebagai panduan..

Tuesday, February 24, 2009

Makanan Segera Sedap...tapi bahaya


"Malasnya nak masak hari ni! Jom beli burger di restoran makanan segera jelah", itulah penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat. Rasa tertekan juga biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata, makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Ikuti panduan ini yang menujukkan kadar kandungan zat yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda!

BAHAYA
Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol


Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.


Jenis makanan: Kentang Goreng
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.



Jenis makanan: Minuman Cola
Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.

Monday, February 23, 2009

Dah BeSar QiLa...








23 Februari 2009 genap ler umur anakku 1 tahun 4 bulan. Dah besar dah anak aku rupenye..ish! macam tak caye jer..cepatnya mase berlalu..tak lame lagi pulak Qila bakal dapat adik..aku harap semuanya berjalan dengan lancar..semoga baby yang ku kandungkan ini sihat, sempurna dan selamat dilahirkan. Qila pun kalu ditanya mane adik, secara spontan dia akan letak kepalanya kat perut aku..semoga Qila menjadi kakak yang adapt menjaga adiknya nanti..

Wednesday, February 18, 2009

Kursus Pembinaan Laman Web

Pada 18 & 19 Februari 2009 aku terpilih untuk mengikuti Kursus Pembinaan Laman Web (Dreamweaver CS 3) anjuran Bahagian Sumber Manusia dan Pusat Teknologi Maklumat. Kursus ni biasenya diadakan di Kampus Kota UM, Jalan Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.



Macam biase ler, aku p sane drive sendiri..malas nak tunggu bas..boleh sampai cepat n balik pun cepat. Tapi biase ler kat KL nih pepagi lagi dah jem. Tapi sabar je ler labu..

Sebelum tiba tarikh berkursus, fuhh! bersemangat aku untuk mengikuti kursus nih! mane ler tau kot2 leh buat laman web sendiri daripada ape yg aku pelajari.

Ok ler kursus nih, tapi nih hanya asas laman web je..best gak..kalau nak tahu dalam kursus nih ramai staf perpustakaan jer, si Deneswari pun ade..staf dari Fakulti & Jabatan lain pun ade gak..hari nih hari terakhir kursus..tunggu jer ler camner bestnye blajar buat web nih..ok ler, jumpa lagi yer..

Monday, February 16, 2009

Indahnya Permandangan Sawah...




Inilah permandangan indah Kampung my hubby, Kampung Sawah Sempadan yang terletak di Tanjung Karang, Selangor. Dekat jer kampung hubby aku nih..balik hari pun boleh..huhuhu..kalu bole hari2 dia nak balik kg tengok sawah dia.

Cantikkkan, permandangannya...saujana mata memandang, rase tenang, damai n tenteram...jauh dari kesibukan kota batu..mase memula dulu aku memang tak percaya aku dok kat tengah2 sawah..ye le, org tak penah sampai kat kawasan sawah..lawa woo...terpegun aku ngan kehijauannya..



Kalu nak tau, sawah nih hubby aku yg usahakan dengan tulang 4 keratnya..jangan tak caye, hubby aku walaupun kurus tapi semangatnya kuat..dari tabur padi, meracun, membaja, buat lorong sampai ler terhasilnya semula padi..mmg dia ler yang buat semuanya..banyak gak proses..kena sabar wooo..ape2 pun aku bangga ngan semangat dia yg kental..semoga sawah yang sayang usahakan akan terus subur dan mendatangkan hasil..hidup pesawah..

Tuesday, February 10, 2009

Nur Aqilah Insyirah


Aqilah umur 2 hari



Tanggal 23 Oktober 2007 jam 12.15 tengahari lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nur Aqilah Insyirah beerti 'cahaya bijaksana kegembiraan'. Ibu dan abah gembira tak terhingga apabila anak yang dikandung selama 9 bulan akhirnya menjengah jua kedunia. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana dikurniakan zuriat.


Mase berlalu, begitu cepat dan pantas...tanpa disedari anakku kini dah berusia hampir 1 tahun 4 bulan. yang pelik dia tak merangkak tapi mengesot..ye le, macam anak org lain semuanya merangkak dulu..tapi anakku sebaliknya..tapi akhirnya dia pandai berjalan jua pada umur 1 tahun 2 bulan..untuk pengetahuan, sekarang anakku dah ade 13 batang gigi..berbanding sepupunya Nur Asyikah Qistina yang pandai berjalan dulu. Asyikah baru jer ade 4 batang gigi..2 atas dan 2 bawah..

Thursday, February 5, 2009

Selamat Pengantin Baru Zaleha n Amran : 1 Februari 2009






Tanggal 1 Februari 2009 lalu aku, hubby n Qila memenuhi undangan perkahwinan sahabat baikku mase sekolah dulu. Tak sangka, kejinjang pelamin jugak kawan ku nie…husband dia ala2 penyanyi rock gitu (rambut panjang teknik rebonding lagi). Mak yam cakap macam Hang Tuah pun ade. Aku buat janji ngan Melah (bersama hubbynya) n mak yam (ngan anaknya) untuk p same2. Asma ngan anaknya p dulu. El, hubby n anaknya dtg mase leha dok makan beradab. Lin tak dapat datang sebab dia p kenduri cukur jambul n akikah anak buahnyer kat Perak. Tak lame lagi lin pulak akan ikut jejak leha. Insyaallah kan lin kan (ko pun dah ade calonnye). Seronok sebab dpt jumpa ngan ramai member2 lame SMP 1997 antaranya yg ku jumpa Zalina, Shamsiah, Suhana Saat (bertambah sihat dia), Azema, Norazimah, Izzat Hidayah n Raja Noraslinda. Masing2 tak banyak berubah. Izzat dah ade anak sorang,
Ku doakan zaleha n hubbynya (Amran) akan terus bahgia n kekal hingga ke hujung nyawa. Selamat Pengantin Baru :)

Wednesday, February 4, 2009

Tuesday, February 3, 2009

Ceritera Sebuah Kehidupan

Salam perkenalan buat semua. Ceritera sebuah kehidupan menceritakan tentang diriku, suamiku, anakku serta bermacam cerita pahit dan manis dalam kehidupan. Ikuti kisahnya nanti...tungguu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails