SaHaBaT IsTiMeWa

Tuesday, April 28, 2009

PaDi dah KeNa Tuai


Pas nie kalu balik kampung dah takde lagi pemandangan sawah yang menghijau atau pun padi yang menguning..

Ahad & Isnin baru2 nih abah Qila dah potong padi dah..tapi Qila n ibu tak dapat ikut abah balik kampung sebab abah cuti sampai ari senin..


Jadi nie ler sikit gambar yg sempat abah amik bagi ibu n Qila tengok..cantikkan...

Sunday, April 26, 2009

Mydin Mall, USJ




Mydin mall USJ..best gak kalu p mydin kat USJ nih..brg2 dapur kat cni murah..kiter p shopping brg2 dapur kt cni ari ahad. Penuh jugak ler troli..tak larat nak tolak dah..kat mydin nih kalu ari ahad manusia yg datang bukan main ramai lagi..parking kete punye la susah..jauh nun disana..



Ape2 pun kiter sonok p sane. Ape lagi ngan gelagat anakku aQILAH..kalu ade dier bersama yg penat pun jadi tidak..

Thursday, April 23, 2009

Metro Jaya Sale, Stadium Shah Alam


Ari khamis kiter cuti..dlm cuti2 sempat jugak ler ajak abah Qila p melawat kat Metrojaya Sale kat Stadium Shah Alam..sebab kawan ibu ckp best, murah tue yg kite nk jugak p..p pun kul 6.30 ptg..sampai ler kul 7.30 mlm...memula ingatkan nak cuci mate jer. Tapi biase ler, naluri kaum hawa..pantang nampak mesti nak beli..habis gak ler duit RM150+..kalu tak beli kang balik umah teringat2 lak.

Jadi kiter pun beli ler sikit brg untuk adik qila, 2 pasang baju untuk qila n cadar. cadar nih pun time hepi hour..jadi dapat ler murah lagi..

Fuhh! ramai tul org..ingatkan p time org keje tak ler ramai org..time nak bayar pun bratur panjang menjela...nasib baik ler banyak kaunter yang dibuka..nasib baik qila x meragam..abah dia ler yg kena dukung..ibu cuma beli jer..time gaji lak tuh..fuhh nasib baik leh tahan nafsu membeli..kalu tidak bankrup ler ibu..

Kepada kengkawan yang belum p tuh..rajin2 ler p yer..

Tuesday, April 21, 2009

Makanan Yang Perlu Dihindar Semasa Hamil


Semasa mengandung, adalah amat penting bagi anda mengelak dari memakan makanan yang biasa dimakan semasa anda belum hamil. Ini kerana sesetengah makanan membawa kuman dan bahan pencemaran dan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kandungan anda.

Makanan yang perlu dihindar

Telur mentah: kerana ia megandungi salmonella
Daging atau ikan mentah atau separuh masak : kerana ia mengandungi kuman e.coli dan salmonella dan toxoplasmosis. Contoh sushi dan shellfish

Hati lembu : kerana ia mengandungi vitamin A yang berlebihan
Aspartame : pemanis tiruan kerana ia dikaitkan dengan racun
Beberapa jenis ikan : tuna kerana ia mengandungi merkuri
Makanan yang memberi allergi kepada anda
Vitamin E yang berlebihan
Vitamin A yang berlebihan

Tip-tip Untuk Menyediakan Makanan Yang Selamat

Hindar dari mengunakan tin atau jar yang sudah bocor atau tidak mempunyai bunyi pop semasa membukanya.

Nyahbeku sepenuhnya makanan beku didalam peti sejuk seperti daging, sebelum memasaknya, jangan menyahbeku dalam suhu bilik.
Jangan bekukan balik makanan yang sudah dinyahbeku.
Bila membeli belah, hindar dari makanan kurang segar dan yang tidak diletakkan dalam ais.

Sentiasa membasuh tangan selepas menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
Jangan mencampur adukkan makanan.
Basuh sayuran dengan sepenuhnya. Ia mungkin mengandungi salmonella.

Monday, April 20, 2009

Melawat Anak Cik FiDa

Ahad, 19/4/09 sempat ler melawat baby fida..namenye Faqihah Humaira. Dah 2 bulan lebih umurnya..aku p ngan hubby aku n anakku Aqila..pastu berjanji ngan leha n hubby n mak yam...si melah tak dapat join sebab hubby dia jatuh motor..luka2 katanyer.


Kita orng janji jumpa kat petronas kat ngan Batu 14. Dalam pukul 6ptg kita orang sampai kat umah fida kat presint 14...akhirnya dapat ler kami tengok babynye yg baru..

Ye ler dah brape lame asyik tertunda jer nak p..masing2 ade komitmen tersendiri jadi beginilah jadinya...tapi akhirnya tercapai jua nak tengok FAQIHAH HUMAIRA..

Sunday, April 19, 2009

JamBu AiR


Sabtu, 18 April 2009..pagi2 lagi aku dah dikejutkan oleh hubbyku..bukan nak buat pe. Suh p mandi nak balik kampung. Sebelum matahari terbit kita orang dah berangkat ke Tanjung Karang..dekat jer..8.30 pagi sampai dah. Dia kate rindu nak tengok padi. Padi skang dah bunting. Hujung bulan bole potong dah katenye. Tapi lupe lak nak snap gambar padi.


Tengahari sikit kita orang p blakang umah kak melah (kakak ipar aku) nak petik buah jambu air madu.Woww merah menyala buahnya. Tapi ade penunggu dalam buah tue. Nak makan kena hati2 ler. Anak aku si Qila suka sangat ngan buah ambu nih..jup2 nak ambu..

Wednesday, April 15, 2009

KeK CoMeL..


Comel betul kek nih..sayang betui nak ngap..

Alih2 kite ngap jugak kek nih..xkan nak simpan..kang bersemut, putih mate..meleleh air liur baby kire kang..

Ape2 pun terima kasih kat bos yang bagi kek nih..

TeLaTaH AqiLaH


Tengok ler anakku ni..dah pandai nak duduk kat blakang dah..dia tau dia bakal dapat adik. Jadi dia sebagai kakak kena ler mengalah ngan adiknyer nanti...

Qila skang makin bijak. Tengok ler sayang sangat ngan belon dia tuh..belon nie, dia minta kat kakak TM Net mase g Jusco Equine ari ahad baru2 nih...sonok dia dapat belon tuh..x nak lepas..abah n ibu nak pinjam pun dia x bagi..

Hai...



Just wanted to say Hi,
AND HOPE YOU HAVE A GREAT DAY

Wednesday, April 8, 2009

Abah, Selamat Hari Lahir


9 April 2009 hari jadi abah kiter...kite harap abah kiter sihat2 slalu n gembira..


Sunday, April 5, 2009

KeNduRi - Hasmi N Harisah


Ahad, 5 April 2009 kite satu family p kenduri kawin member hubby kiter kat Kampung Gajah, Felcra Cahngkat Lada, Perak..jauh gak perjalanan. Sakit otot2 ku duduk lame2 kat dalam kete. Nasib baik anak kite tak meragam.

Dalam perjalanan riuh rendah ngan suara si Qila..dia sonok sebab abah dia bawak dia p jenjalan jauh..tapi cuaca panas tul. Kami dari Tanjung Krang pukul 11 n sampai kat sane dalam kul 12.45.. p reramai ngan member2 hubby aku kat kilang. Dia orang tue tau je ler, bawak kete masing2 macam pemandu formula one..kecut perut aku dibuatnyer.

Meriah gak majlisnyer. Pengantin pakai baju purple. Nanti kiter masukkan gambar pengantin ekk!

Ape pun selamat pengantin baru buat abg Hasmi N wife kak Harisah. Semoga kekal bahgia hingga ke hujung nyawa..dari Binjai sekeluarga..
-------------Kenduri Kat Johor -------------------

---------------Kat PeRaK ----------------------------

Wednesday, April 1, 2009

Tesco Setia Alam



Gambar nie mase kat Tesco Setia Alam, Klang. Biase ler aku nie, kalau balik Tanjung Karang mmg tak sah kalu tak singgah mane2 tempat. Tapi yang penting hubby aku setuju jer mane nak p.

Tengok ler anak aku nih, sampai2 jer terus panjat pentas.Skang Qila nih mmg lasak..macam orang besar..tak padan ngan keciknyer..Jenuh nak kejar..

Glory Beach Resort, Port Dickson





28 & 29 April 2009 iaitu Sabtu N Ahad aku n family p bercuti kat Glory Beach Resort, PD. Ala tido kat sane semalam jer..saje jer bawa anak aku, Qila jalan2...mandi kat tepi pantai...fuhh! sonok tul tengok dia mandi..bile tanye "Qila nak mandi kat pantai"...dia kata "nak"....semua ler nak xde yang tak nak pun...



Jadi nie ler sebahagian gambar yang aku dapat snap..


Yang ade kuda tuh time balik kita orang singgah kat Teluk Kemang..Qila cakap nak tengok kuda..jadi abah dia bawak ler..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails