SaHaBaT IsTiMeWa

Thursday, July 30, 2009

Alesya dah 2 bulan lebih..


Ni Alesya..anak aku ler, yg no 2..

Dah 2 bulan lebih dah umo dia..

Jup jer mase berlalu..

Dah besar dah anak aku nih..

Seronok tgk gelagat dia..

Tapi slalu jd mangsa kakak dia..

JaLan2 kat ShaH aLaM



Seronok Qila..abah ngan ibu bawak p jenjalan..


SiTi ZuLaiKha....


Ini anak buah aku..

Name dia Siti Zulaikha Zainal Abidin..dulu ibu dia nak letak namae Siti Nur Zulaikha Zainal Abidin tapi owang kat JPN ckp panjang bangat..sakang umur dia 6 bulan..dh nak pandai merangkak dah..kalu tgk mase kecik lu muka dia sebijik cam sinchan...

Ini lak ibu dia..Aniza, kt kg panggil ucu..merangkap adik ipar aku..yg bongsu tau..adik bradik hubby aku smua dah kawin dah..

Sawah banjir..



Nie gambar mase sawah atuk qila banjir..

Jenuh ler abah nak ngeluarkan air dari sawah..



Siap guna pam lagi ngelurkan air tuh..

Jawab tag dari Lin...

Dapat tag dari Lin..

Jadi kener ler jawab..kang dia marah aku lak (lin ko jangan marah ek)

1)Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
* Dia adalah suamiku, sahabatku dan kekasihku yg tersayang – Jainudin Md Nawawi

2)impression terhadap dia?

*Seorang yang rajin
* Suami yg ceria
*Kuat bekerja, berhemah tinggi
* Seorang yang penyayang, bertanggungjawab
* Seorang yang penyabar
*Pendengar yang setia
*Penasihat yg bagus
*Bermotivasi

3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
* Jadikan diriku suri hidupnya...
* Kejutan mase besday ku…
*Jagaku mase anak ku kat wad, kene kuning..
*dia sanggup ambik cuti tanpa gaji ketika aku bersalin..


4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
* Mase dating dia cakap nak melamarku… (terkedu kejap mase tuh!)

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
* Akan mencintai, menyayangi, menghormati dia sepenuh hatiku.

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
* Mendoakan kesejahteraannya…


7. Overall impression tentang dia?

* Seorang yang ceria, nakal,penyayang, setia dan banyak lagi. Bak kata semua bestla tentang dirinya. Yang paling penting sntiase brada disisiku dikala suka, duka, susah dan senang..



9. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
* mungkin org kate aku ni pemalu, pendiam..tapi xtau ler. Terpulang kt org nak nilai aku..aku sedia terima…

10. The character of you for yourself?
* Penyayang, setia……..baik hati kot

11. On contrary, the character you hate about you?
*Suka merajuk….
* takut untuk mulakan sesuatu…..

12. The most ideal person you want to be with?
* Suamiku & anak2 ku

15. For people who like you.... tell something about them....
* terima kasih sbb sudi melayan aku..aku mintak map kalu ade salah n silap..terima ler aku seadanya..insyaallah aku akan jadi sahabat yg baik..

16. Ten people you tag?
~ Nak tag pada siapa pula ye......
1. Kak yong
2. Kak ina
3. umi danish
4. ibu umairah qarirah
5. sue
6. Mama aqilah…


Diharapkan nama2 yang tersenarai nie datang la ye ambil tag.Kalau dah ada abaikan aje la ye.

Monday, July 27, 2009

Baby Warehouse Sale - Anakku N Pureen


Tadi jalan2 kat blog baby ibu..terjumpa ler benda nih..Jualan gudang untuk baby dtang lagi..ni ler mase yang ditunggu2..jom kiter p serbu..



Insyaallah, kalu xde aral akan ku singgah jua..

Sunday, July 26, 2009

MuTiaRa KaTa......

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...
Justeru itu nilailah semula erti persahabatan yang anda miliki.

Tanya pada hati, adakah diri ini sahabat sejati?

dI PetIK DARI MAjalah MIDI..

MASAM MASAM, SI LEMON


Kekurangan vitamin C?

Amalkan lemon kerana ia menyumbang hampir 33 peratus keperluan vitamin C setiap hari.

Kebaikan buah kuning ini lebih dari sekadar menyumbang vitamin C kerana ia turutbertindak sebagai agen anti oksida yang dapatmelindungi sel dalam tubuh dari rosak atau mendapat serangan kuman.

Satu sudu besar perahan jus kulit limau mengandungi 13 peratus vitamin C.




dipetik dari majalah RAPI

Monday, July 20, 2009

SeKiTar maJliS CuKuR JaMbuL ALesYa 18 Julai 2009


18 hb Julai umur Alesya dah 2 bulan 9 hari...semoga Alesya cepat besar..hari ni kami sepakat membuat majlis cukur jambul untuknya..majlis diadakan secara sederhana jer..












Alhamdulillah, ramai juga jemputan yang dtg..maklum ler majlis dibuat pada waktu petang jadi menunya pun macam ala2 makan petang lontong, soto suhun + nasi impit, kuih muih dan sebagainya...

Thursday, July 16, 2009

Nur Alesya Qaisara



Nur Alesya Qaisara

berat 3.3 kg

Hospital Sungai Buluh..

Semoga Alesya menjadi anak yang solehah...amin

Monday, July 13, 2009

Melaka oh melaka


Sabtu n ahad, 11 n 12 Julai 2009 aku ikut hubby aku ngan kengkawan nyer p jenlajan kat melaka..tak ler jauh mane melaka tuh..tapi sonok gak dapat konvoi beramai2..kami pergi dalam 15 buah kete..ade yang bawa anak2, bawa awek n bawa tunang...hehehe..




Anak aku baby alesya pun tak ketinggalan n yang paling sonok kakak dia ler aqilah..asyik mengomel jer..atpi ngomelan dia ler yang menceriakan kami..



Hehehe..nanti kiter cerita lagi yerk..gambar nanti ekk..

TQ Umidanish...



Award kat atas nih umidanish yang bagi..mekasih umidanish coz sudi bagi award kat blog kiter yang x seberapa nih..

dAH DAPAT AWARD NAK KENA CERITA tau..10 fakta/hobi diri sendiri

1) suka membaca majalah pa & ma
2) suka shopping terutama bagi aqilah n alesya
3) suka tengok sesuatu yang cantik
4) suka pada bunga
5) suka picit hidung hubbyku tersayang
6) suka coklat (huhu bes makan coklat)
7) suka sangat makan laksa
8) suka dengar lagu
9) suka sms
10) suka pokok bunga..

penerima award seterusnya (anda ditag). ape yer..

1) lin
2) kak yong
3) kak ina
4) mamairfan
5) kak saba
6) sue

k, terima award yang kat atas nih untuk anda semua. Terima kasih pada mumidanish..

Thursday, July 9, 2009

Saya dah kembali....

Salam buat semua kengkawan..maaf lame tul menyepi n tak update blog nih. mintak maaf juga sebab tak jawab msg dan kotak komen yang tidak berfungsi.

9hb Julai baru saya kembali setelah 2 bulan bercuti bersalin..alhamdulillah saya dah selamat bersalin secara normal untuk anak yg kedua nih berbanding operation untuk anak yang pertama dulu.

Untuk tahun 2009 nih saya dapat lagi seorang cahayamata pompuan namaenye Nur Alesya Qaisara beratnye 3.3kg kat Hospital Sungai Buluh..jadi aqilah dapat kawan..sebenarnya saya pun tak sangka tul bersalin awal iaitu 10 mei 2009 sempena hari ibu..jadi itulah hadiah yang paling bermakna buat kami sekuarga. Sepatutnya saya bersalin pada 27 Julai 2009...

Nanti saya cerita lagi yer..

Ok sampai berjumpa lagi..maklumlah dah cuti lame keje pun banyak yang tertunggak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails