SaHaBaT IsTiMeWa

Tuesday, July 31, 2012

Bukan Bidadari...


Sejak beberapa minggu ni setiap malam Selasa mesti layan Citer ‘Bukan Bidadari’…memula tengok dulu macam x bes jer..lastnya jatuh hati pulak..sampai la smalam, geram betul tengok si Arif tu, mase bercinta ri tu punya ler romantic gile, punya la baik…lepas kawin da la cemburu gile, pastu sanggup pulak pukul memukul…adoiii…sedih..tu la dia, kawin ikut emosi…tanpa restu mak ayah…kan da nyesal nnti…jom tengok synopsis dia…

Sinopsis Bukan Bidadari

Drama Bukan bidadari membawa kita menelusuri kehidupan Inas, seorang gadis kaya yang manja dan sombong.  Hidupnya menjadi tunggang langgang setelah bapanya mati. Inas dan ibunya, Suraya dihimpit hutang dan  mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tiada pilihan, dua beranak ini pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas membenci kehidupan di kampung, Malah dia juga kerap menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Di kampung, seorang pemuda yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

 Inas terus ditimpa nasib malang apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung dan menyebabkannya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Semasa berada di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin, Arif  sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Banyak kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni pertahanan diri. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Dia hampa apabila mengetahui Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah yang terjadi kepada Inas seterusnya? Masihkah dia mampu berada hati Kamal? Bagaimana pula dengan  Arif yang telah dibunuh Inas? Dapatkah Inas menemui kebahagiaan hidup pada akhirnya?

Saksikan kisah penuh emosi dan tragis ini dalam Slot Lestary di TV3 tiap Selasa.

Monday, July 30, 2012

Takziah buat Keluarga Arwah Syafeza


Takziah buat keluarga Syafeza Jaffar. Smoga roh arwah ditempatkan dikalangan insan2 yang solehah dan beriman.

Bile terbaca kisahnya, terbayang bagaimana seorang anak kecil berusia 2tahun + melalui hari2 tanpa ibu tersayang. Sedih dan sayu hatiku..

Tapi ape kan daya, itu sudah ketentuanNYa…semoga pelakunya mendapat balsan yang setimpal…

Al-Fatihah buat arwah…

Tengku Puteri Aishah selamat dikebumi


Sumber : HMETRO


Salam Takziah buat keluarga Tengku Puteri...

SHAH ALAM: Adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, 56, selamat dikebumikan di Makam Diraja, di sini, tengah hari semalam.
Almarhumah yang menderita penyakit barah lebih dua tahun lalu, menghembus nafas terakhirnya ketika dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pada jam 12.15 tengah malam semalam.

Tengku Puteri Aishah yang lahir pada 10 Ogos 1956 adalah puteri bungsu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan isteri pertama baginda, Raja Nur Saidatul Ihsan Tengku Bendahara Badar.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menghadiri istiadat pengkebumian berkenaan. Turut memberikan penghormatan terakhir, Raja Muda, Tengku Amir Shah; kerabat diRaja Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ahli Majlis Diraja, Tengku Seri Wangsa Diraja, Datuk Setia Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, ketika ditemui selepas istiadat pengkebumian berakhir jam 12.45 tengah hari semalam, berkata ketika mangkat, Almarhumah dikelilingi kaum kerabat Selangor dan jenazahnya dibawa ke Istana Alam Shah, Klang jam 2.45 pagi semalam.

“Jenazah adinda baginda dimandikan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Istana Diraja, di perkarangan Istana Alam Shah,” katanya.

Monday, July 16, 2012

Nak tukar N17 KL ke Kuala Selangor/Tanjung Karang


Saya rase sudah nekad untuk bhenti disini. Tapi sbelum berhenti saya harus ade pengganti yg lain…huhuh…bukan pngganti ape, setelah kupikir2  sedalam2nye memang nekad nak tukar kerja dari KL ke Kuala Selangor @ Tanjung Karang @ yang sewaktu dengannya..

Errmm kawan2 ade ape2 info tak tentang mne2 tempat yang ade jawatan kosong kt tempat yang saya sebutkan tu, Kuala Selangor, Tanjung Karang @ kawasan yang berdekatannya dengannya..kalu saya dapat keje kt salah satu tempat ni mgkin saya akan tinggal ditanjung karang…

Harap2 kawan yg ade info dapat bantu saya..sya pn tengah berusaha mencari

Thursday, July 5, 2012

14 & 15 July 2012: Pureen Stock Clearance Promotion

Salam Jumaat...
Korang penah x p Pureen Sales ni...
Sya penah p skali baru2 ni..mak oiii lebih mcam ikan sardin..
baju mmg murah2 gile..paling murah rm3, mmg cantik...trutama baju baby la...
tapi nak kna berebut2..sape cpt dpt la yg cantik...
sbelum pntu pagar bka sya da tggu..da mcm kambing nk msk kandang pulak...
pas tu sape yg x sabar tu mmg btolak2 la...
klu nk p sini, saya nasihatkan jgn la bwa ank kecik korang, kesian tau tgk mak ayah yg bawa anak, sampai bpeluh2, menangis kerimasan sampaikan ade yg tggal pampers...
dan ade smpai yg balik tangan kosong sbb x sanggup nk tggu bratur sbb anak da mrengek2 sakan...

Kalu nak p dtg la seawal yg mgkin, parking pn dekt sikit, kalu lambat alamak aii bjalan jauh la korang...
Ok, selamat bsoping ye kwn2...

KIKO, MIRROR2 Boutique & Pelbagai Warehousse Sale

Sumber : Blog Shopping2



7 July 2012
Mirror Mirror Boutique Anniversary Sale
Celebrating our 1 year anniversary special.
Discounts from 55%  - 70% on ALL items!
RM1 on selected items and manicure express colours.
Products Offered
Ladies’ Apparels
Bags
Accessories
T-Shirts
Kids’ Apparels
and more
Time
9.30am – 9.30pm
Location
No 19-1, Jalan Puteri 1/6
Bandar Puteri
47100 Puchong
Selangor
(Above Digi Telecommunications)




10-15 July 2012

KIKO Warehouse Sale

Prices from RM8 – RM22
Products Offered
Kids’ Apparels
Babies’ Apparels
and more
Time
10am – 5pm
Location (603 8068 8888)
KIKO Garments Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor
Info
We accept Visa & Mastercard with a minimum purchase of RM50



11-22 July 2012

Warehouse Sale

Products Offered
Babies’ Apparels
Kids’ Apparels
Newborn Socks
Baby Booties
Toddler Shoes
Baby Wipes
Baby Giftsets
Strollers
Toiletries
Bath Towels
Ladies’ Apparels
Men’s Apparels
Lingerie
Jeans
Brands Offered
Anakku Junior
Disney
Audrey
Diesel
B.U.M Equipment
Bontton
Union Bay
Lillian
Antioni
Cocoon
Time
10am – 8pm
Location (6016 226 1398 / 6013 319 9085)
No 5 & 7 Jalan PJS 11/1
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Selangor
(In the area behind The One Academy, Sunway)

Wednesday, July 4, 2012

Afiqah Yak Yak Belon...


Assalamualaikum…

Ahad baru2 ni p Giant nak cari pampers angah, sebab kt giant pampers pet pet 2 pek hanya RM60.99..berbaloila kan..pampers ni pun angah pakai pada waktu malam nak tido aje sbb dia x pandai lagi nak bangun kencing malam2..

Nak dijadikan cerita smpai kat kaunter juruwang, kat tepi2 tu ade lah gantung macam2 gula2, bateri2 dan macam2 lagi lah…tetiba anak2 saya terpandang pada BELON…haa BELON…dorang ni memang suke BELON…ape lagi, da 2 orang, beli la 2 BELON..kakak BELON kecik..angah pulak BELON besar dan macam pek besday party tu…mmm..membazir btul..ntah ape2 ntah..bukan bole makan pn…
Selesai membayar kat kaunter, kami mpun mnuju ke parking, masuk kete sibuk minta tiupkan BELON…da la si BELON kecik tu susah nak tiup..nak putus urat perut rasenya tiup BELON kecik tu…sampai kat umah..ade pulak sepupu dia Syakira..ape lagi memang sronok sangat la bermain BELON kecil & besar…pastu sepah sane sini..ade yg pecah, yg belum tiup…

Yang paling rajin adalah anak kecik saya, Afiqah Qasrina..dia memang tolong kutip dan bersihkan segala barang untuk kakaknya yang berteraburan…semuanya dikutip masuk ke mulut…adoiii..sya nmpak dia pegang belon, ingatkan dia masuk dalam mulut…sya nak korek mulutnya dia mngelak…kuat2 mulutnya ditutup rapat..dalam hati apesal Afiqah ni? Biase kalu ade benda2 yg berkenaan dalam mulut mmg susah dia nak buka…bile tgk balik ade BELON merah kat bawah punggung dia…mungkin dia x makan la…selamat…risau juga kot2 dia telan si BELON tu..mane2 cebis2 yg pecah tu saya buang dan yg belum tiup saya simpan  dalam almari…

Esoknya pulak, balik2 je kje mak saya cakap “ ko tau anak ko berak kuar ape? “ pastu mak saya tanya kt angah “Fiqa berak kuar ape ngah”? haaaa…kuar ape? “mak sya cakap : kuar belon”…haa Fiqa berak belon…Ya Allah nasib baik xde ape2, buatnya belon tu tersekat kat tekak dia ke, kat usus dia ke? Macam mane….syukur xde ape2..mmg kuar elok si BELON tu atas yak yak dia…bahaya betul…tu la dia budak2, mane tau bahaya ke dak…yg dia tau amik masuk mulut…jd mak bapak lah yg kena awasi mereka…peringatan ni..harap2 jgn berulang lg…

asib baik xde ape2, buatnya belon tu tersekat kat tekak dia ke, kat usus dia ke? Macam mane….syukur xde ape2..mmg kuar elok si BELON tu atas yak yak dia…bahaya betul…tu la dia budak2, mane tau bahaya ke dak…yg dia tau amik masuk mulut…jd mak bapak lah yg kena awasi mereka…peringatan ni..harap2 jgn berulang lg…

Tuesday, July 3, 2012

Doa Agar Anak Pandai Belajar

Assalamualaikum....

Mari kita kongsikan bersama.
Sumber : Pa & Ma

Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu...


Jom join ramai2..saya dapat info ni dari blog Alin...

Monday, July 2, 2012

Cukup ke Susu Bulan Puasa Nanti?


Assalamualaikum…

Beberapa hari ni puas memikir macam mane la keadaan mengepam susu time bulan pose. Ye la tinggal beberapa hari jek lagi nak masuk Ramadhan. Bulan yang penuh penuh keberkatan dan kemuliaan akan kembali menjengah. Amacam Kawan2 smua da start ganti pose x? heheh..wajib ganti tau..heheh..sya pn blom ganti lg, tahun lepas Cuma terpaksa meninggalkan pose ½ hari jek..sbb time tue mengandungkan si kecik Afiqah Qasrina, mase tu kandungan kalu x silap 8 bulan lebih…mmg x tertahan da time tu, macam nak pitam jek..jadi nak tak nak terpaksa la demi kebaikan anak dalam kandungan…berbelah bagi pn ade mase tu..nak tak nak…tu pn sbelum buka minta kebenaran en husband dulu..dia pn bagi pendapat same gak…

Tahun ni pulak tahun mngepam susu untuk afiqah, mase mngepam susu untuk kakaknya Alesya tahun 2009 mcm mane ek..terlupe sangt situasinya …aduhh, kadang tu risau jugak..harap2 dapat la memenuhi keperluan untuk sikecik sebaik yang mungkin..sesungguhnya ibu akan berusaha membanyakkan stok susu demimu sayang..smoga cinta hati saya si Spectra 3 brada dalam keadaan yg baik dibulan pose nanti…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails