SaHaBaT IsTiMeWa

Friday, September 14, 2012

2 bulan lagi aje...


Seronoknya rase….macam saya pulak yang nak tunggu hari bahagia, heheh..bukan saya tau…saya tumpang gembira sebab 2 bulan lagi adik bongsu saya akan naik pelamin.

Alhamdulillah, kali ni dia bertemu jodoh ngan orang Maran, Pahang. Sebelum ni dia pernah btunang ngan org Negeri Sembilan. Bak kata orang xde jodoh, akhirnya dia yang minta putus…bekas tunangnya tu pun dah kawin awal bulan puasa aritu ngan orang Melaka.

Skang kami tengah sibuk mencari segala benda yang patut….khemah (done – kawan pakcik sya 7 khemah), mak andam ( tak konpem lagi),jurugambar (tak kompen lagi), tukang masak (done), DJ (blom lagi), bunga penanggah (blom lagi), tempah ais krim (done – ejam), hadiah cabutan bertuah (dlm pencarian), hantaran (buat sendiri aje)…

Ni adalah adik bongsu saya, memandangkan kami hnya 3 bradik aje…tu la adik bradik tak ramai…jadi kami berpakat 2 bradik camne nak meriahkn majlis..heheh..ni antara saya, HB, adik lelaki & wifenya…

Harap semuanya bjalan lancar...doakan yang terbaik buat kami yer...

Suka Kacau Adik....



Heheh…
Kadang2 nak marah pn payah
Nak gelak pn ade bile tengok keletah anak2
Yang si kakak, Alesya suka membuli adik
Yang adik pulak tak suka dibuli
Menggelongsor untuk mnyelamatkan diri dari kakak
Nasib baik si adik tak pandai bgaduh lagi
Kalu tak, mahu tonggang langgang umah nenek…
Aduhaiii…

Nur Addelia Syaffiyah



Ini 2 pupu Afiqah
Namenya Nur Addelia Syaffiyah
Lahir di Hospital Colombia Asia, Seremban
Comeikan..orgnya kecik je...

Thursday, September 13, 2012

Pandelela Masuk UM


Pertikan dari :UMNews

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 yakin dengan Program Sains Sukan di UM

KUALA LUMPUR, 12 September 2012 - RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg membuat keputusan untuk menyertai universiti penyelidikan terulung negara ketika dirinya dihujani dengan tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pandelela, 19 sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selama 4 tahun di Australia oleh kerajaan negeri Sarawak, namun memilih UM berikutan program sains sukan yang diiktiraf sebagai yang terbaik antara kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

“Meskipun menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, saya memilih UM kerana program sains sukan yang ditawarkan diiktiraf sebagai yang terbaik di Malaysia.”
“Selain itu, saya memilih untuk melanjutkan pengajian di UM kerana lokasinya yang strategik di tengah ibu negara yang membolehkan saya berulang alik ke tempat latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil,” katanya.

Gadis kelahiran Bau, Sarawak itu yang meraih tempat ketiga dalam acara 10m platform wanita di London, menerima surat tawarannya dan insentif khas RM10,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada majlis sambutan Hari Raya di Menara KPT, Putrajaya.
Bagi pihak UM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof yang hadir pada majlis itu, mengalu-alukan kedatangan Pandelela ke kampus universiti terulung tanah air dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan tertinggi buat program sains sukan UM.

"Kami mengalu-alukan kehadiran Pandelela ke universiti terbaik di negara ini. Minatnya untuk melanjutkan pengajian di UM adalah pengiktirafan tertinggi buat program sains sukan yang diperakui Pandelela, pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik baru-baru ini sebagai yang terbaik di negara ini.”

“Diharapkan dengan kemasukan Pandelela, akan menyemarakkan lagi minat lebih ramai atlit sukan tanah air untuk menyertai UM.”
“Selain Pandelela, seorang lagi atlit terjun negara, Wendy Ng juga turut meluahkan minat untuk melanjutkan pelajaran di UM sekali gus menyertai seorang lagi atlit terjun yang sedang mengikuti Program Sains Sukan di UM, Bryan Nickson Lomas.”
“Pihak pengurusan sentiasa menggalakkan ahli sukan untuk menyertai UM dengan menawarkan program dengan penyesuaian terhadap jadual masa dan aktiviti harian mereka.”

“UM akan menawarkan segala bantuan kepada Pandelela dalam misinya untuk menjadi penerjun pertama negara merangkul emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro di samping mendokong cita-citanya memperkembangkan lagi sukan yang diceburinya di Malaysia menerusi pembabitannya dalam program sains sukan,” katanya.

Rindu Time ni...


Bile tgk gambar ni, prasaan seronok terselit di jiwa, bukan ape saat ini saat paling gembira…nak tau knape? Time ni afiqah dalam perut lagi, mase tu dia 6 bulan sedang berpusing dalam perut ibu. Time ni juga saya dapat berjumpa ngan BFF sya..kami buat potluck sambil berfotoshoot…heheh..klakar je…tapi bes…


Rindu nak makan laksa ko lin…

Wednesday, September 12, 2012

Lagi Jamuan Raya - Bahgian Pangkalan Data

Minggu Jamuan raya...

Makan je kejenya

Ni jamuan raya kat Bahagian Pangkalan Data pulak...





Desert ni simple je, tapi bess..sbb ade asam kulit limau...

Jamuan Raya @ Perolehan, Perpustakaan pulak

Kali ni hadiri jamuan raya untuk Bahagian Perolehan, Perpustakaan UM pulak...

Terima kasih jemput kami.

Makanan mmg bes...ade laksa lagi...laksa johor pn ade....sate...
Smua makanan saya rase...mmg bess...





Tq smua staf perolehan...

Meriahnya Raya @ Library UM


Lagi beberapa hari lagi akan berakhirnya bulan Syawal…macam2 jabatan/bahagian sibuk buat jamuan, setiap hari ade aje jemputan yang harus dipenuhi…da org jemputkan, haruslah pergi..bak kate orang rezeki jgn ditolak..kang musuh yang datang..heheh

Makanan dan hiasan usah cakaplah, mmg meriah gile..da jadi macam ala2 hotel dan majlis perkahwinan punya hiasan…mmg kelass..cayalah…

Ni mase jamuan raya perpustakaan utama, jamuan ni anjuran kelab kami yang diberi nama kelab sukan & rekreasi UM…harus lah semua staf dtg join…kali ni buat potluck…setiap jabatan/bahagian diminta pilih untuk bawa menu masing…opis saya ape lagi, masih seti ngan laksa penangnya, opis lain ade yg bawa rending, lontong, satay, ABC, soto..macam2 lagi la hidangan. Jenuh nak sebut semuanya. Yang penting mmg puas hati la…tersangan meriah. Kebetulan dalam masa yang same ade beberapa staf yang akan bersara dan bertukar ke tempat lain, jadi kami sambut la sekali…








Tahniah buat smua, jamuan raya 2012 mmg meriah…

7 Hari Kursus Dalam Setahun


Untuk mencapai KPI setiap staf diwajibkan mengikuti sekurang-kurangya 7 hari kursus dalam setahun, tak kira lah kursus tu anjuran dalam jabatan atau pun luar dari kampus.

Heheh..setakat ni saya masih belom lagi mencapai angka yang sepatutnya, hanya banya kursus anjuran dalaman jabatan aje yang dihadiri setakat ini…

Antara kursus yang telah saya ikuti adalah…heheh…kursus UMMail versi Gmail, Bengkel Pengkomputeran dan Kursus Perkhidmatan Pelanggan….

Jom layan gambar…gambar bersama otai2 library
atas : Kursus Perkhidmatan Pelanggan
 Kursus Pengkomputeran

 Kursus UMMail versi Gmail





Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Jadi Nur Afiqah Qasrina 1 Tahun 11/9/2012


Hari ni 11 September 2012 genap usia puteri ke 3 ku si comel Nur Afiqah Qasrina yang pertama. Da setahun anak ibu. Alhamdulillah, Afiqah membesar dengan sihat dan kuat…

Buat anak ibu Nur Afiqah Qasrina, ibu doakan Afiqah menjadi anak yang bijak pandai, cerdik & solehah dan smoga Afiqah sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Sesungguhnya ibu, abah & kakak2 amat mnyayangimu.

Teringat lagi betapa lame nya menahan kesakitan ketika lahirnya Afiqah. Kesakitan itu hampir sekarang masih terasa.  Rupanya anak ibu yang lahir besarnya 3.7kg…patut la susahnya Afiqah nak keluar. Alhamdulillah, sekarang Afiqah da 1 tahun. Cuma masih belom pandai bjalan lagi, tapi bile ibu & kakak pegang tangan sibuk nak bjalan. Seronok tgk telatahnya…

Doakan yang terbaik buat Puteriku Nur Afiqah Qasrina.

Alhamdulillah - Esok genap 1 tahun BF


Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah diberi ruang & peluang menyusukan si comel Nur Afiqah Qasrina sehingga saat ini. Semoga Allah swt sentiasa melapangkan rezeki buat anak ini. 

Pada teman seperjuangan yang struggle utk beri yg terbaik buat anak masing-masing, saya kagum dgn ketabahan dan usaha anda teman (
Khairiah, dila, Sha’a, Norida dan teman-teman FB serta blogger lain). 

Buat kakak & adik ipar (
kak mil & aniza) tahniah juga buat kalian. Teruskan usaha menyusukan waris kita demi masa depan & hak mereka. 

HAPPY BREASTFEEDING MOMMY!

Thursday, September 6, 2012

2014 Aqilah Darjah 1- Daftar Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online


Tahun 2012 Aqilah 5 tahun, 2013 dia 6 tahun dan 2014 anak ibu da 7 tahun…da darjah 1…


Skang dgrnye kebnyakan ibu bapa sibuk daftar anak untuk masuk daftar 1 mggunakan eSPPSEL…
Jadi bile da dengar ramai kawan2 yang dah daftarkan anak mereka , saya pn ape lagi, ambil juga kesempatan mendaftar puteri saya Nur Aqilah Insyirah Jainudin yang akan masuk ke darjah 1 pada Tahun 2014 nanti..

Butir2 diri dah di isi tapi x tau pulak nak pilih sekolah mane? Nk kena survey pulak kt jiran2…wat mase ni x sempat lagi nk survey, maklum la blik umah je bz ngan anak2..anak mak cik skolah USJ 20, mungkin Aqilah juga akan diseolahkan disitu juga kot…heheh…

Si Comel xcident...


Malam tadi semangat gosok baju, pkul 2 pagi gatal menmpal batu pada baju..ni gara2 semngat nak sambut jamuan raya di Library. Pagi2 kluar rumah dengan penuh riangnya…hati2 memandu menjadi kewajipan agar selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Silap mgalah pada kenderaan yg besar haruslah diutamakan. Setiap undang2 jalan raya mesti dipatuhi sentiasa.

Tiba hati girang berbunga2 bertukar menjadi awan yang kelabu, sedang saya asyik memandu dgn penuh hati2, tiba saya disondol dari tepi oleh Toyota Hilux, seperti nak luruh jantung..berdebar2…hati berkata habis la kete aku…tanpa piker panjang signal pn diberikan agar sicomel dapat berhenti ditepi jalan. Turun2 je tengok…Ya Allah, si comel sya kemek ke dalam…aduhhh bercalar balar badannya..msti sakit dia walaupun cedera ringan.

Namun pemilik Hilux seorang lelaki berbangsa cina tidak mengaku kesilapannya, malah menuduh sya yang salah…sungguh panas terasa hati ini, membuak2 seperti air panas yang sedang mendidih. Dah la salah jalan, kot ye pn nak pergi ke lorong paling kiri yang ko ikut lorong paling kanan sape suruh..da tu salah kan orang…sakit hati betul..pastu siap cakap kete dia pun kemek bumper, lantak p la, ko yang salah…kete ko besar, kete sya kecik…sikecik tu la buah hati pengarang jantung saya. Tanpa dia bagai mana sya nak bergerak ke tempat kerja. Pastu kulur kat saya RM50, dia ingat duit RM50 tu besar sangat..x cukup pun 3 puteri nak beli aiskrim…bukan boleh baiki si comel sya yang kemek tu…xpe, tggu je la, sya da amik no pendaftaran ketenya…minta maaf pn x…geram…

Tapi itulah dugaan, dalam keceriaan terselit kedukaan…harap pemandu2 kereta besar hormatilah pemandu kereta kecik macam saya…

Wednesday, September 5, 2012

Nur Syakira Syazwani is 2..


Taraaaa..cantik tak??
Selamat ulangtahun Kira, smoga jadi anak yang bijak pandai, serta hormatny pada mama & papa…dan sentiasa dilindungi olehNya…

 Kek Afiqah kek lain, ni kek kira…cantikkan kalernya…ni mamanya tempah di mybabydeco. Papanya ambil kt Seksyen 7, Shah Alam…


Selamat ulangtahun Kira, smoga jadi anak yang bijak pandai, serta hormatny pada mama & papa…dan sentiasa dilindungi olehNya…

Tahniah Diana Danielle & Farid Kamil

Seorang demi seorang selebriti yang hangat bercinta mengambil langkah yang seterusnya dalam percintaan mereka. Terbaru, Ahad lepas, Diana Danielle dan Farid Kamil telah pun mengikat tali pertunangan. Menurut perancangan, mereka berdua bakal bergelar suami isteri dalam tempoh masa setahun.

Majlis yang dijalankan sekitar jam 4 petang di rumah ibu Diana Danielle ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Jutaan tahniah di ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini. Banyakkan bersabar sepanjang tempoh pertunangan ini. Jangan cepat marah, jangan cepat emosi dan jangan cepat merajuk. Kena banyak bertolak ansur.

Tahbian Sekali lagi...moga akan kekal hingga jinjang pelamin...

Air tu dah tamat tempoh rupanya...


Smlam singgah kat ESSO isi minyak…kbetulan pagi tu tjaga lambat, biase la kalu da lambat memang tergopoh gapah la dibuatnya…minyak pulak da merah….singgah ESSo isi minyak sambil2 tu tpandang ade nasi lemak bungkus, ape lagi..sapu la 2 bungkus, amik susu full cream sebotol ngan air fruit tree sbotol…
2 bungkus nasi mmg da selamat masuk ke dalam perut disebabkan kelaparan yang amat sngat. Ntah knape sejak2 lepas raye ni perut tu lapar je memanjang, susu FC pn sekali tenguk je da licin..yng tinggal hnyalah air oren tadi…nak minum macam perut x bole nak terima je…kang tkeluar blik kang…

Jadi keputusannya air oren tu saya simpan untuk hari ini, nk bwa balik umah kang 2 bradik tu berebut..payah nak lerai kang…alih2 minum tengahari tadi, nak dijadikan cerita…tgh sedap minum tiba2 rase macm lain je…terpikir lak nk tenngok tarikh luput…haa ambik ko 30812..bukan ke tarikh luputnya 30 Ogos 2012..hari ni da 5 September 2012..Ya Allah separuh da ku telan..heheh..kira halal je la..nak buat camne kan…

Sebelum ni kalu sya bli minuman @ makanan msti pandang kt tutup @ bawah tin…tu la dia..esk nk tukar yg baru bole tak?

Tuesday, September 4, 2012

5 Years in love...




Bosannya arini..godek punya godek terjumpa kek yang ditempah dari kak marwiah…akk yg pandai wat kek & keknya mmg bes…korang minat? Silalah lawat blog kak marwiah pasti korang jatuh cinta dengan kek2 buatannya…

Ni kek yang saya order tahun lepas, saje meraikan cinta kami yg dah berusia 5 tahun..alhamdulillah, kami dikurniakan dengan 3 org zuriat yg ketiga2nya puteri. Smoga tahun keenam btambah lagi…ye ke? Rasenya tggu la dulu kot…

Tahun nix tau nak tempah kek yg macam mane, kalu ikutkan Hb sya, dia mmg x suke segala sambut2 ni…tpi nak buat camne..da wife dia camtu..kena la turutkan…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails