SaHaBaT IsTiMeWa

Sunday, December 30, 2012

Kami ke Karnival Sayangi Selangor

Korang da pergi tak Karnival Sayangi Selangor anjuran, BN..BN Selangor mendapat kerjasama baik daripada i-City untuk membenarkan kemasukan percuma sepanjang karnival ini berlangsung.

Saya dan family pergi semalam 30/12/12, lepas Maghrib kami keluar rumah, ingtkan oergi time tu tak ramai orang, rupenya mak oii macam semut. Tua muda, dewasa, kanak2, bayi , makcik2 yang berkerusi roda pn ade..sungguh meriah dengan orang, Lampunya2 macam biase je, Cuma ade tambahan lampu berbentuk bunga matahari dan burung bangau terbang, tak jauh beza dengan  yang kami datang baru2 ni.


 Sesampainya kami kat ctu hujan turun renyai2 dan semakin lebat, dah la tak bawa payung. Alesya nasib baik boleh guna topi abah, yang Aqilah pulak guna kertas untuk tutup kepala..lawak betul…Afiqah pulak tak nak tutup kepala dengan towel, bile tutup kepalanya dia marah…amboiii  garang betul…nak tak jalan je la…letih juga dukung Afiqah ni, maklumla dam akin besar, kalu tau baik bwa stroller…HB saya ni kurang gemar skit bwa stroller ni, leceh katenya..jalan punya jalan ade kedai payung, jadi HB belilah sebatang payung, dapatlah Afiqah berpayung. Kebetulan kat depan tu pulak ade kedai menjual rain coat..tanya punya tanya rm4 untuk kanak2..sambar la 2 untuk Alesya ngan aqilah…rm8 percuma wisel kateya..amboiii..pandai betul apek tu..alhamdulilah, selamat anak2 saya dari hujan…sya dan HB bhujan pn xpe, kami masih kuat..tapi bile dah malam macam xde yang menarik, banyak gerai2 yang dah ditutup.  Ye la, sape nak overtime sampai ke malam ye tak? Heee…Mungkin kalu datang siang lagi meriahh kot….tapi tak nampak la cahaya lampu..



Sempat juga melabuhkan kaki ke booth 1m4u…kena like FB pastu kena ambil gambar dan dapat coklat kit kat..suka la aqilah ngan alesya…saya tengok ajer..heee

Takde ape yang menarik dapat dibeli pn, Aqilah sibuk nak main mainan…bukan tak nak layan, tapi terlampau ramai manusia, jadi terpaksa hampakan hasratnya…kesian dia…menangis nak naik mainan…tak sampai hati rasenya. Tapi mase datang tempoh hari dia dah merasa naik yg pusing2 tu…ape ke bendanya tu…gayat wooo…tak sanggup nak pandang bawah…bergegar jantungku…yg anak2 selamba je…siap melompat lagi…punya la mahal bayar..ok nk blik dulu…esk adik nk sambut tahun baru kt icity pulak…

Air Anugerah



Korang pernah dengar tak Air Anugerah? Memula dengar tu macam bes je namenya “ANUGERAH’ teringin juga nak mencuba. Ari tu adik beli sekotak rm80+ untuk mak & abah minum mane2 tau kot dapat mghilangkan sakit2 kaki serta badan & lain. Untuk diberi pada anak2ku juga…korang nak tau khasiatnya…jomm baca

Bukan Sekadar Air Biasa

Air Mineral yg kaya dengan zat & didoakan 30 Juzuk Al-Quran serta ayat-ayat pilihan sebagai penawar & pencapai hajat hati

Kenapa air sering digunakan dalam perubatan Islam?
Allah menjadikan air bukannya benda mati. Ia merupakan elemen hidup & sumber penyucian yg berupaya merakam gema suara serta niat apabila dilafazkan terhadapnya. Umpama kita mengambil wuduk sambil berniat, lalu ia berfungsi menyucikan diri. Sebenarnya, air mampu menyimpan kekuatan & daya penyembuhan kepada umat manusia, sebab itulah ia merupakan bahan penting di dalam perubatan Islam

Penemuan Saintis tentang keajaiban air

Teknologi moden sudah mampu membuktikan sebab air menjadi penawar utama dalam hidup manusia. Para Saintis serata dunia dalam penemuan mereka apabila mendapati molekul air bertukar kepada bentuk kilauan bintang setelah ianya didoakan dengan ayat suci Al-Quran. Ini membuktikan bahawa air adalah benda hidup & bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga tetapi mampu menjadi penawar dalam diri manusia.

Khasiat Air Anugerah yg didoakan

Kebaikan untuk diri sendiri
-- menjadi penawar kepada beban kesakitan, melawan sebarang penyakit dari dalam, menjadi penyeri diri & memberi tenaga

Kebaikan untuk keluarga 
--; melindungi dari gangguan makhluk halus, memberi kesejahteraan rumahtangga

Kebaikan untuk kanak-kanak
 --; terang hati, mudah memahami pelajaran, melembutkan hati & menguatkan daya ingatan

Kebaikan untuk ibu mengandung 
-- mengurangkan sebarang penyakit ketika hamil, membantu pertumbuhan kandungan & memudahkan bersalin

Lafazkan niat anda sebelum minum. Kita hanya berusaha hanya Allah menentukan segalanya
Insya ALLAH dengan izin Nya jua

Thursday, December 27, 2012

Khairul Fahmi & Leuniy Sah bergelar Suami Isteri

Sumber : OhBulan

Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.


 Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.



Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000. Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.
Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Friday, December 21, 2012

Tak Dapat p Wedding kat Bora Asmara



Esok 22/12/12 kak kt opis saya, kak rziyah jemput ke kenduri perkahwinan anak sulungnya Mohd Amar Fhairuz. Majlis berlangsung di Bora Asmara, Sungai Penchala. Kak Rziyah ni adalah adik kepada Dato’ Johan Jaafar…korang kenal x? kalu x kenal cba search..gerenti jumpa punyaa..

Memandang esok Sabtu dan HB saya kena kerja, jadi nampaknya saya tak dapat pergi ke majlis tersebut…huwaaa…minta maaf kak, bukan saya tak nak pergi, tapi keadaan tak mengizinkan. Memang la saya pandai drive, tapi saya tahu jalan pergi dan balik tempat kerje je…jalan lain minta maaf saya memang tak tau..buatnya saya pergi sorang, kalu sesat jalan, haru biru dibuatnya…mak oiii..daripada sesat baik lah saya duduk diam2 kat umah jaga anak2…

Insyaallah, nnti majlis kahwin anak akak no 2 nanti dapat p la kot…heee

Tuesday, December 18, 2012

Dapat cahayamata sulung



Tahniah buat pakcik saya  Saiful Anuar dan wifenya Norhaslina
Atas kelahiran puteri sulung mereka pada 17 Disember 2012 di HKL.
Maaf x sempat tengok baby lagi, nanti bawa baby datang Puchong yer

Tahun 2013 Aqilah 6 tahun



Assalamualaikum…

Diam tak diam kita hampir ke penghujung tahun 2012, manakala tahun 2013 bakal mnjelma beberapa hari lagi. Usia juga turut meningkat, smakin tua…heee

Tahun 2013 Aqilah masih bersekolah di sekolah yang sama iaitu Tadika Islam Amali Falah kat Kampung Kenangan, Batu 13, Puchong. 6 tahun sudah usianya. Tiap detik saat berlalu dia nampak semakin dewasa, kakak2…sudah besar kamu..sudah bole bawa diri tapi
Melihat Aqilah yang suka bersekolah disitu saya dan HB sepakat mmbiarkan saja dia meneruskan pembelajarannya disitu. Memandangkan dia sudah begitu serasi dengan kawan2, cikgu2 dan situasi disekolah, lagipun sekolah tersebut memang dekat sangat ngan rumah atuk, walaupun bayrannya bulanan van sebulan pergi dan balik adalah rm20 terasa puas hati dengan perkhidmatan yg diberikan.

Setakat ni baju sekolahnya masih belom lagi dibeli, aritu dia Cuma minta abahnya belikan kasut sekolah aje, beg sekolah rasenya tak perlu beli memandangkan beg yang saya beli tempohari masih elok..mane tak rm69.90 tuu…beg tangan sendiri pun pakai yang murah je…heee..tudung sekolah pn yang tahun lepas ade 3 helai..masih elok. Mungkin hanya perlu bayar yuran sekolah termasuk buku teks aje..

Setakat nip n dia seronok lagi bercuti…hee..

Thursday, December 13, 2012

Pengadil Korea Berat Sebelah


 Malam tadi Malaysia tewas kepada Thailand dan Thailand layak ke akhir dengan kiraan agregat 3-1. Tahniah kepada penjaga gol Harimau Malaya, Farizal yang bekerja keras menyelamatkan banyak cubaan berbahaya Thailand. Namun hajat Thailand untuk mara ke final berjaya setelah berbagai taktik kotor dan keji  yang digunakan untuk menjatuhkan moral pemain-pemain Malaysia. Harus diingat, penyokong tegar Harimau Malaya akan terus bersama-sama selamanya tidak mengira jatuh atau bangun pasukan ini. 


Mohd Fadli
Hari ini ramai yang bercerita tetang pengadil Korea ni yang dikatakan berat sebelah memberi kad merah pada pemain Malaysia, Mohd Fadhli Mohd Shas

Walaupun pun kalah Harimau Malaya kalah secara bermaruah...hidup Harimau Malaya. Kami tetap menyokong kamu...

Pengadil korea

Wednesday, December 12, 2012

Durian Crepe


Sana sini sibuk bercerita pasal durian crepe

Glemer betul durian skang, mnjadi sebutan dalam blog mahupun kat opis saya ni

Tak pernah la lagi try buat, tapi tengok resepi lebih kurang macam buat kuih dadar je…Cuma lain skit je..
Ni durian crepe dari blog Azlita Aziz, pemunya blog masam manis..meriah betul durian crepe dia. Hijau..sungguh memikat hati…

Pinjam gambar ye…tumpang temple kat cni…

DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE

Resepi dari blog : Masam Manis

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit


Sunday, December 2, 2012

Tips Teknik Penyusuan


Sumber dari blog Kak Engku 

Tahukah Ibu?

~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna da
n anda tidak perlu memberikan air tambahan.

~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails