SaHaBaT IsTiMeWa

Thursday, January 17, 2013

Tak sempat lagi melawat awak..

Inilah anak BFF saya siti Ramlah Mohd Hanapiah.
Namanya Siti Nur Alisha...

 Masih merah


 Besar sudah


Maknya

Bakal dapat adik lagi

Tahniah buat ketiga sebab bakal dapat baby lagi...seronoknya...


Zahaliza - bulan 8

Linda - bulan 5
Lin - bulan 5

Hari Pertama di Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tamat sudah percutian Langkawi kami sekeluarha selama 3 hari 2 malam. Percutian yang sangat seronok, sangat padat dan sangat puas hati.
Perjalanan menaiki pesawat selama 45 minit perlihatkan betapa indahnya pantai Langkawi, lautnya yang biru sungguh mempesonakan.
Pengalaman pertama menaiki pesawat memang menakutkan, macam2 perasaan timbul, pening. Aqilah pn turut pening. Sambilkan nak baring. Macam la kapal tu kereta boleh baring2. Lawak je kan…


Pesawat mendarat ke Airport Langkawi tepat jam 8.45 pagi. Lepas tu HB saya berpusing pulak mencari kereta sewa. Kebetulan kereta untuk disewa pn kurang. Mungkin ramai org bcuti selepas tamat cuti persekolahan. Akhirnya HB dapat sewa kereta En. Faizal. Sebuah kereta proton Wira1.5..ok la tu RM150 untuk 3 hari.


Lepas dapat kereta tiba la masanya pula untk mencari tempat tggal, untuk makluman semua kita orang g Langkawi memang tak booking ape2 pn. Main redah je. Sebab fikir cuti sekolah dah abis dan tak ramai orang.

Pusing2 pantai Chenang, tanya satu persatu Chalet, hotel dan Motel untuk buat perbandingan murah atau tidak. Yang penting adalah keselesaan, biar tak mewah xpe yang penting selesa dan dekat ngan pantai, senang anak2 nak mandi. Akhirnya kami memilih tggal kat AB Motel, mmg dekat dengan kedai2 dan sangat dekat dengan pantai. Katil besar double, TV, ade mini peti ais, penghawa dingin serta kipas rm120. Air panas dan seterika juga ada disediakan. Tapi kalu nak seterika kena pergi kat opis dia, korang hanya perlu bawa baju je. Senangkan.  Pukul 11.00 pagi da bole cek in…rehat kejap, mandi, solat bagi Afiqah susu then lepas Zohor kami ber Island Hopping pulak.


Untuk ber Island Hopping kalu pakej kat AB Motel ni sorang hnya rm25 untuk dewasa dan rm15 untul Aqilah & Alesya. Manakala Afiqah free. Jadi rm80. Kami dibawa ke jeti dengan menaiki van. Kami akan dibawa ke 3 tempat Tasik Dayang Bunting, Tengok Helang dan Pulau Beras Basah.






Seronok juga ye naik bot, lame dah tak naik. ½ jam perjalanan kami smpai ke Dayang Bunting, Mak oii jauhnya nak bjalan…sakit kali, naik tangga ber anak2 pulak tu, dah la bdukung Afiqah, nasib baik la bergilir ngan HB. Monyet pn banyak juga…baru tau, macam ni rupenya TDB…nak curun anak tangga pn curam. Takut je kalu anak2 tergolek. Makanan pulak usah dikeluarkan memandang masa datang tadi Alesya hampir2 nak diterkam monyet, bukannya ape, dia haus, jadi saya pn buka la air kotak..x sempat nak cucuk straw, tiba2 seorang monyet menerkam..apalagi saya baling la air kotak pada simonyet…Alesya menjerit2 ketakutan. Heee..Niat hati nak rase air TDB, tyapi tgk air dia mcm was2 je..hee..x jadi la. Kami diberi masa 1 jam berada kt tasik ni.





Selepas tasik dayang bunting, kami dibawa pula ketempat helang, belom pun smpai ke tempat helang tu, tiba2 enjin bot kami mati, wahhh!! Takut…kami terdampar kat tengah2 laut hampir 1 jam sementara nak tunggu bot lain datang, air kat laut ni sungguh tenang, perlahan2 angin dan ombak kecil menolak bot kami. Detik bganti saat, minit higgakan jam beralih masa, baru bot baru muncul.




Selesai menukar bot, kami dibawa ketempat helang tadi. Juru bot baling je kulit ayam kat tgh laut, berpuluh2 ekor helang muncul…menarik..afiqah sibuk ‘bird2’…cohhh…
Destinasi seterusnya ke Pulau Beras Basah, pulau ni hanya untuk mandi manda je..memandangkan tak bawa baju, terpaksa la membasahkan baju yang dipakai…lencun…seronok Aqilah & Alesya serta sikecik Afiqah..

Smapi kat jeti pulak ade pulak org jual gambar..ade pulak gambar kami semua 4 org, satu piring harganya rm10, 4 pring =rm 40..HB cakap amik je la buat kenangan..
Penat sudahh…nnti citer lagi yerr

Friday, January 11, 2013

Kuih Gelembung Buaya



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nak cerita tentang kuih gelembung buaya ni, korang pernah dengar tak?
Saya pun pernah dengar beberapa minggu lepas, kebetulan tengok gambar kuih ni kat seorang kawan yang tinggal kt Pantai Timur sana, tetapi beliau kerja kt KL ni…

Sekali tengok gambar kuih ni cam sedap je, kuihnya 2 kaler, 2 lapis hijau ngan merah..kuih ni katenya memang popular kat Pantai Timur sana Kelantan atau Terengganu . Kebetulan ada Juruteknik kt opis saya ni nak p Nilam Puri, Kelantan. Jadi sempatlah mengirim kuih Gelembung Buaya ni. Tau tau tang mane ade gelembung dan bentuk buayanya.Iadibuat dari pulut ngan kelapa..memang sedap, tak berapa manis sangat..sebab sebelum ni orang yang dah pernah makan cakap ‘manis leting’.

Terima kasih Shukri tolong bawakan dan ka kina tolong belikan. Nanti kalau p Kelantan bole kirim lagi ye..

Wednesday, January 9, 2013

Setia Hujung Nyawa...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 je mesti punggung melekat kat depan TV, ni semua gara-gara cerita Setia Ke Hujung Nyawa lakonan Amar Asyraff  sebagai Zain Hakimi dan Nelydia senrose sebagai Ersalina Imani. Termasuk la HB saya pun terjatuh hati sekali dengan cerita ni.. Jalan ceritanya memang seronok..tak sabar menunggu penghujung ceritanya.

Jom tengok synopsis ceritanya..


Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. 

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.


Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.

Sinopsis dari kulit novel

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Monday, January 7, 2013

Menang Giveaway Mummy Ayu...

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni buka email …tgk ade subject ‘Nak alamat’

Dalam hati, sape pulak yang minta alamat saya ni…
Klik2 rupenya Mummy Ayu, ingat tak aritu Mummy Ayu ade buat giveaway…haaa pemenang telah diumumkan dan dipilih secara random.  Tak sangka orked no 14 terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway Mummy Ayu.




Alhamdulillah, rezeki …trima kasih mummy ayu…
Smoga mummy ayu, smoga terus sukses…

Sunday, January 6, 2013

Cukur Jambul Nur Umairah


Assalamualaikum & Salam sejahtera….

Semalam 6 Disember 2012 adalah majlis cukur jambul & akikah puteri sulung pakcik saya iaitu Nur Umairah…Mairah lahir pada 18 Disember 2012 di HKL

 Majlis dibuat dirumah nenek saya di Puchong. Alhamdulillah, lauk yang dimasak semalam memang sedap, lauk kambing kari cik semah…sedap hingga menjilat jari tuuu…3 pinggan tambah kauu…


Buat Mairah, semoga jadi anak yang solehah...

Thursday, January 3, 2013

Selamat Pengantin Baru Hikmah


Selamat Pengantin Baru buat Norhikmah & pasangannya Nizam.
Majlisnya dibuat kat Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Tahniah, smoga bahgia hgga akhir nyawa


Deqna kahwin...majlis kat Puchong


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan majlis perkahwinan adik saya selesai. Tapi sekeping gambar pun saya tak sempat nak snap. Rugi besar rasenya tak dapat abadikan kenangan terindah itu dalam kamera sendiri.

Makklum la saya tuan rumah yang siap menyiapkan makanan pengantin didapur, nasib baik lah ejam, adik saya sempat juga menjadi jurukamera tak bertauliah dalam majlis itu. Kalu tidak, tidak dapatlah kami sekeluarga menjamu mata melihat gambar pengantin…

Lepas ni sudah tak ada majlis kahwin lagi dirumah pakcik Zul, semua anak2nya sudah berumah tangga. Tunggu saya pulak la nanti…cehhh..

Lembaran Baru 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasenya masih belom terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada kawan-kawan semua. Yehaaa…Tahun Baru, semangat baru, azam baru, baju baru semuanya baru. Umur pun turut akan jadi baru sekali.

Semoga Tahun 2013 memberi penuh makna dan menjadikan kite insane yang lebih cemerlang, gemilang & terbilang.

Semoga Tahun 2013 juga mendatangkan sejuta keceriaan serta kegembiraan buat kite semua, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan apa jua urusan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails