SaHaBaT IsTiMeWa

Thursday, February 28, 2013

JJCM Steamboat - Flaming Steamboat




Assalamualaikum  

Malam Rabu ri tu HB belanja. Dia ajak makan steamboat. Katenya Flaming Steambot kat area Seksyen 33, Shah Alam dekat2 ngan Giant baru tu. Kami main redah je. Takyah dok booking bagai. Korang mesti pernah pergi. Lagi2 mereka yang tinggal area Kelang atau mereka yang suka JJCM. Biasa kami makan steamboat kt Tupai-tupai je.

Kali pertama makan steamboat kat Flaming ni. Kiranya cawangan Flaming yang kat Sunway tu la. Tempatnya memang senang nak parking berbanding kt Sunway yang sesak tu. Masa kami sampai org tak ramai. Lame kelamaan penuh sekedai.

Bayaran untuk satu kepala rm29.90. Bayaran untuk kami 5 beranak ialah RM73 + tak tau la rm brape dia cas untuk Aqilah, Alesya dan Afiqah. Yang penting kami dapat makan sepuas2nya malam tu. Makanan kat situ memang banyak. Berbagai pilihan. Macam2 ada. Segar lagi, sebab dia duduk dalam peti ais, dim sum pun ade, ice krim macam biasa la. Cedok je. Yang Aqilah dan Alesya sibuk dok mencedok ais krim ngan mashmello je. Lagi2 bile mashmello tu dia celup coklat pastu tabor coklat rice berkaler2 tu. Memang la menarik. Afiqah pn suka, habis melekit2. Saya ngan HB pulak sibuk makan, ape lagi da bayar, makan je la selagi boleh muat perut.

Ape pn malam tu kami hepi. Tapi yang tak bes cuma dapat amik pic skit je. Sebab jarak meja antara jiran sebelah dekat sangat. Malu nak snap pic. Tu pun guna hp je. Gambar kat atas ni gambar dari blog Flaming.
Bagi yang nak makan2 kat sini kna datang awal skit, sebab takut meja penuh..hee

Mereka Bercuti di Korea



Assalamualaikum & Selamat Petang

Sejukkk…bagai berada di Korea. Mane taknya suhu penghawa dingin 17C..heee…besnya tdo petang Jumaat ni. Maklum la dok kat opis sorang2. Bukannya saya berada di Korea yer..

Untuk makluman, Bos saya, PA Bos dan teman2 sepejabat serta cawangan2nya yang ke Korea. Saya mane boleh pergi jauh2 sendirian tinggalkan anak2 sendirian bsama abahnya. Tak sampai hati rasenya nk g sorang2 tinggalkan mereka. Lagi2 Afiqah masih menyusu badan sepenuhnya. Kalu ade rezeki insyaallah sampai la kami ke Korea nanti…hee

Rancangan dorang g Korea ni telah di atur dari tahun 2012 lagi, semua bayaran kalu tak silap RM3000+, bayaran dibuat mula bulan 3 tahun 2012 sebanyak rm300 sebulan. Mak aii banyak tuu.jadinya mereka semua bcuti panjang dari 28 Februari hingga 6 Mac 2013 baru balik Malaysia..lagi2 pulak tu skang katenya snow, memang sejuk gile..saya sekadar dengar mereka bercerita kt FB je. Tapi nanti jangan lupa bawa ole2 untuk saya yer..

Selamat bercuti korang. Semoga dipermudahkan perjalanan…enjoy

Karnival WOW Putrajaya 2013



Assalamualaikum & Selamat Tengahari

Hari ini hari pertama dibulan Mac, cepat je rasenya masa berlalu mninggalkan hari2.

Esok pulak Sabtu, hari berhujung minggu, hari  berehat2 bersama anak2 dan suami setelah sminggu bekerja.
Neway, 28 Februari baru2 ni Putrajaya buat lagi Karnival. Pada mereka yang tak tau nak kemana hujung minggu ni boleh lah singgah ke carnival ni yer…

Ok, selamat berhujung minggu…

My Dear Warehouse Sale 2013


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ni 28 Februari hingga 10 Mac My Dear buat sale.

Jomm pergi, seronok juga sale kat My Dear ni, barangnya memang tahan.
6 Tahun lepas pernah beli kete mainan untu Aqilah, skang Aqilah da 6 tahun masih elok lagi. Mase tu kete tu di jual murah je…RM 30 sebab ade calar sikit je. Masuk ni dah 3 generasi pakai. Still cantik dan ok lagi.Buggy pn korang bole dapat dalam RM50..orang kate alah membeli menang memakai..

Saya memang tak pernah ketinggalan, kalu tak beli ape2, dapat tengok je pun dah cukup. Mane tau kot2 ade yang berkenaan dihati. Setakat ni pergi tak pernah la lagi balik tangan kosong, walaupun setakat stoking sepasang..hee..botol susu Avent & MAM pun korang bole dapat dengan harga murah. Botol Avent yang berkaler2 macam beli online tue..

Jomm shopping kat My Dear…

BR1M 2.0



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kite masih lagi bernafas dibumi Tuhan yang sungguh indah ini.
Syukur kepada mu Ya Allah di atas segala kurniaanMU…

Seronoknya orang2 yang dapat BR1M ni kan, arini adik saya pn dapat..ambil kat Rakan Muda Puchong, Satim Diman yang sampaikan…

Hari tu ingat nak mohon juga, try la isi online. Lastnya hampa sebab gaji terlebih. Takpe la takde rezeki saya. Mungkin ramai lagi kat luar sane lebih memerlukan. Kalu cite kat Hb mesti dia marah. Ni pun buat diam-diam je.

Tapi dengarnya ramai yang terlebih gaji pun dapat ye?
Terpulang la pada mereka, yang penting kite kena jujur kan..

Friday, February 15, 2013

Kami Ber BBQ


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Cuti panjang Tahun Baru Cina baru2 ni anak buah SMS, katenya nak buat makan2 BBQ macam yang selalu buat sebelum ni, katenya dah lame tak buat. Kebetulan semua adik-beradik belah HB balik dan dapat lah kami berkumpul.  Kampung Hb saya ni dekat je, kat Sawah sempadan, Tanjung Karang.

Adik beradik Hb saya 6 orang je, sekali berkumpul memang gamat bagai nak runtuh rumah, dengan keriuhan cucu2nya..

Ayam bakar


Hari tu kite orang plan masak secara gotong-royong, seronok..macam2 ade..antara menu BBQ kami adalah ikan baung asam pedas, ini menu air tangan saya, permintaan dari HB. Ikan fresh tau, hidup2 lagi, kwannya yang menjala. Selain dari tu siakap stim abg piee (abg ipar saya masak), tom yam (kak mil), roti jala (kak miah), udang sweet & Sour (Kak linda), pulut kuning (my MIL), kari ayam & tahu sumbat (kak melah& uji), air koktel & roobeer float, buah tembikai susu (manis gile) + tembikai merah, steamboat pun ade tau dan benda yang boleh dibakar2…daging kambing bakar, ayam, kerang, daging burger…memang kenyang la hari tu.
Ikan Baung Asam Pedas (air tangam saya)

Steamboat

Daging Burger

Daging Kambing

Kerang

Pulut Kuning & Kari Ayam

Siakap stim

Udang Sweet Sour
Tapi hari tu, bukan ahari makan je..kami buat tahlil dan doa selamat untuk family sekali..abg long yang baca, abg long saya ni ustaz, kalu bab doa2 ni Alhamdulillah, kami semua serahkan kat dia…ustaz ramli dan lagi sorang ustaz saipol.Dalam family HB ramai cikgu dan cikgi…abg yang sulung suami isteri cikgu(2 isteri cikgu), kakak no 2 cikgu, yang no 4 pn suami isteri cikgu. Kadang sibuk bercerita hal sekolah je, saya tak leh nak mencelah, tak paham…dengar je la..hee


Thursday, February 14, 2013

Alesya Kena Sakit Kaki Tangan & Mulut..

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Balik kenduri di Tanjung Karang, Alesya sibuk gatal kat sikunya, saya pun tolonglah dia menggaru menggunakan towel, sebab kalu terkena kuku bias, takut lagi merebak. Saya budget itu hanyalah ruam biasa, maklumlah cuaca memang panas.


2 ke 3 hari sebelum ni Alesya demam. 2 hari juga demamnya. Lagipun puteri ke 2 saya ni memang payah nak makan ubat. Tak tau apa yang dia takutkan. Kalu ikutkan bukan payah pun nak telah ubat. Nganga telan. Senang je kan. Kalu tengok je picagari bertempiaran dia lari. Puas la saya ngan Hb dok mngejar…hee…nak makan ubat siap nak kena pegang kaki tangan. Akhirnya dia luakkan juga. Memang payah. Kadang tu, p klinik semata dapat ubat, pastu terbiar begitu aje. Bayar da la mahal. Tapi nasib baik g panel je. Takde la kena bayar.
Berbalik ke ruam tadi, bile saya tengok balik ruamnya tebal lain macam je. Tapi kat siku yang tebal. Pastu ade merah ala2 campak yang tak nak keluar kat tapak tangan dan tapak kaki. Bajet saya campak kot? Sehari lepas tu tengok penuh pulak kat lengan , betis, celah2 jari dan kaki, mase tu memang da tak demam. Gatal pun tidak dah katenya.

Saya pun bawa dia p klinik balik, tanya ngan doktor tu ‘ ni sakit kaki tangan ke doktor’, dok tor cakap ‘ye’…tapi tak bahaya sebab Alesya kuat makan dan minum susu. Lagipun dia tak demam. Katenya kalu keluar yang berair2, tak lalu makan dan minum baru bawa g spital.Saya pun tak lah risau sangat. Cuma doktor cakap kalu bole duduk jauh2 ngan adik2 yang lain. Dah satu rumah nak dok jauh camne, bertepuk bertampar..camne nak jauhkan…risau gak takut berjangkit ngan sikecik Afiqah. Kebetulan dok bekalkan ubat sapu ala2 calamine tu, malam2 sapu, paksa bagi antibiotic dalam 4 hari dia semakin kering. Alhamdulillah, takde ape…senang hati. Skang ni bintik tu jadi hitam ala2 tahi lalat…

Syukur Alhamdulillah…

Anda semua pun rasenya dah tau tentang penyakit ni kan. Bagi yang tak tau bole lawat kat sini.

Langkawi - Teluk Rhu Beach & Dataran Lang

Hari ke 3 diLangkawi kami pergi ke Teluk Rhu Beach pulak, jauh juga perjalanan, sampai tersesat2 dibuatnya.

 Sepanjang menuju ke Teluk Rhu ni, memang banyak pokok2 Rhu di sepanjang jalan. Suasana redup je.
Untuk masuk kesini siap kena tulis nama dan jumpa jaga dipondok. Katenya ini adalah tempat persendirian. Ada syarat2 lagi.

 Pantainya memang bersih, pasirnya putih halus...suasana pn cukup tenang sekali. Tak ramai orang pun.
Orang mandi manda pun tak nmpak. Macam bosan je.



 Akhir sekali ke Dataran Lang. merupakan mercu utama Langkawi. Sonok anak2 tengok Lang yang cukup besar ni.

Langkawi - Makam Mahsuri

 Selepas penat naik kabel car, kami ke Makam Mahsuri pula.


Pusara Mahsuri

Telaga Mahsuri
Sejuk air kat telaga Mahsuri ni, nilah kali pertama anak2 saya melihat telaga.


Langkawi - Cable Car


Sambung Cerita Langkawi hari tu, hari kedua kami  sempat naik kabel car, pengalaman pertama naik kabel car memang menakutkan, kecut perut saya dibuatnya. Hnya Tuhan aje yang tahu.
Setiap kali angin bertiup terasa gegaranya, macam nak jatuh je benda ni, mak oii..kalu bole turun nak je saya turun...heee

Tapi bile dah sampai ke stesennya, perasaan takut hilang, sonok melihat betapa indahnya alam ciptaan Tuhan yang sangat indah. Terpukau seketika dengan keindahan Langkawi.

 Terpikir bagaimana la orang2 bekerja menyambung stesen2 kabel ni. huuu











Thursday, February 7, 2013

Abby Dan Mahzus @ Keramat Mall

Sekitar Majlis Perkahwinan Nor Abby Amani Fadzilah & Mohd Mahzus kat Keramat Mal..




Wednesday, February 6, 2013

Cina Raya...Kami Pun Raya

2 hari lagi kite akan bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.



 Kite sedia maklum, sebut je raya cina mesti kite terbayangkan limau. Macam2 limau, limau kecik, limau besar. Mane2 pasar raya mahupun tepi jalan sarat dengan limau berkotak dan berbakul. Nak dengan tak nak je belinya. Kalau kt opis biasanya pembekal je la yang biasanya bagi. Bos pun banyak gak dapat limau. Yang untung staf2nya la dapat tumpang sekali merasa limau tue. Bertuahkan kalu opis ade pembekal yang budiman. Kadang dapat limau berplastik merah, tapi yang manisnya limau plastic putih.



Ok, Selamat Tahun Baru Cina buat semua yang berbangsa cina.


Asam Jawa Manis...TQ Kawan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jam kat dinding sedikit demi sedikit menuju 11 pagi. Alhamdulillah, cuaca kat luar sangat secerah, secerah mentari yg menyinar, dengan burung2 yang beterbangan riang di udara. Tambah membuatkan saya mengantuk dengan hembusan penghawa dingin yang sejuk. Hee

Sebut pasal mengantuk, nasib baik saya ade peneman…nak tau sape yang temankan saya…haa ni lah teman setia saya dikala mengantuk. Korang penah nampak, makan atau jumpa tak? Asam jawa manis…setakat ni dah nak masuk 3 botol selamat ke dalam perut saya, hee..kuat tul makan asam kan?? Asam ni tak lah masam pun..manis2 masam skit je…seronok layan asam ni dikala mata ala2 nak terkatup macam cengkerang . Nak sonok tu boleh cucuk sebab dalam tu ade sudu kecil..



Asam ni bukan saya beli, botol yang pertama saya dapat dari Shukri, kawan sepejabat  yang balik dari Kelantan, Botol yang ke 2 kak emi yang bagi, dia beli kat Melaka dan botol ke 3 Khairiah bagi, kebetulan staf Perpustakaan melawat UTEM. Terima buat semua yang sudi bagi asam ni. Sangat suka. Nanti kali g Melaka nak beli lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails