SaHaBaT IsTiMeWa
Wednesday, March 27, 2013
Tuesday, March 26, 2013
Kaedah Banyakkan Susu Ibu
Sumber : Pa & Ma
- Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
- Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
- Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
- Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
- Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
- Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
- Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
- Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
Garam Atasi Batuk
Cuaca tak menentu sekarang ni, hujan panas hujan, membuatkan saya kurang sihat, batuk..gatal-gatal tekak, rase macam nak batuk kuat-kuat je. Biar batuk terlepas. Minum air panas bagi batuk cepat hilang. Adoii..tak sukanya, ni gara-gara banyak minum air kat kenduri ari Ahad baru ni la. Maklumlah panas, ais menjadi kegilaan...nyamann..
Terbaca kat Majalah Pa & Ma ni, katenya, Sekiranya anda mengalami batuk berkahak dan gatal pada tekak, ambil satu sudu asam jawa dan setengah sudu kecil garam. Bancuh dengan air panas sehingga sebati. Seelok-eloknya diminum semasa masih panas. Batuk dan gatal tekak akan berkurangan. Minum bila perlu.
Balik ni nak cuba la, mane tau ko-kot baik...harap-harap cepat la oknya..
Makan banyak buah-buahan
Assalamualaikum & Selamat Pagi...
Sedapnya tengok gambar buah-buahan kat bawah ni kan? terliur rasenya..hee paling sedap bile tengok gambar buah peach, kiwi ngan anggur tu. Paling bess kalu dapat makan sejuk-sejuk. Nyaman betul tekak..
Sebenarnya tujuan gambar ni adalah untuk menggambarkan khasiatnya. Bayak betul khasiat buah-buahan ni kan..
Tuesday, March 19, 2013
Bakal Sekolah Aqilah...
Tahun depan, 2014 Aqilah dah darjah 1. Aritu abah Aqilah
shift petang, sempatlah dia bawa dokumen yang patut ke sekolah Aqilah. Tapi mase tu Aqilah tak ikut sebab dia
bersekolah di PASTI. Kalau dia ikut mesti teruja bangat melihat bakal
sekolahnya nanti. Saya pun tak dapat ikut juga, sebab bekerja. Nasib baiklah
ada suami yang sangat memahami J.
Mase online tu saya pilihkan Aqilah Sekolah USJ 20 kat UEP
Subang Jaya. Sebab sekolah ni boleh dikatakan dekatlah juga dengan rumah. Kalu
tertinggal bas, boleh lagi la minta atuknya hantarkan. Sekarang cuma tunggu
jawapan dari sekolah aje.
Alhamdulillah, sekolah kebangsaan da settle, tinggal nak
daftar Sekolah Agama je lagi. Aritu mase abahnya g sekolah agama, gambar Aqilah
pulak takde. Tu yang tertangguh tu. Harap minggu ni dapat selesaikan semuanya.
Friday, March 15, 2013
Selamat Berhujung Minggu...
Assalamualaikum…
Selamat berhujung minggu
kawan-kawan semua. Semoga hujung minggu anda penuh ceria. Nampaknya minggu ni
tak bole nak kemana-mana sebab HB ke Kedah, MADA bersama Jabatan Pertanian,
Tanjong Karang, SDE. Tadi cal pukul 3.30 petang katenya dah dekat nak sampai Kedah.
Thursday, March 14, 2013
Berkelah di Kalumpang
Seronoknya dapat berkelah sambil menghirup udara segar.
Dengar deruan bunyi air terjun serta kicauan unggas di rimba. Sungguh
menyegarkan. Lagi-lagi kalu dapat berendam didalam air. Sejuk gile. Menggigil
seluruh badan dibuatnya. Hinggakan bibir pun turut biru.
Lupe nakbagitau nama air terjun ni, rasenya korang semua pun
pernah pergi. Ni Air Terjun Kalumpang yang terletak kat Hulu Selongor.
Dekat-dekat dengan Tanjung Malim. Dia ade 2 tempat, satu yang berbayar dan satu
lagi yang tak berbayar. Masa kali pertama pergi dulu ingat semua kna bayar,
rupenya ade tempat yang free. Kalu masuk tempat yang berbayar tu mahal. Tempat
yang free ni kena naik atas skit. Tapi selesa.
Ni sebenarnya gambar berkelah tahun lepas. Afiqah baru nak
mula berjalan. Seronok g berkelaha ramai-ramai. Tengoklah meriah betul dengan
segala macam benda. Siap banyak gas, periuk belanga lagi tu. Sebenarnya ni
bukan lah percutian bersama family. Ni member-member tempat kerja HB saya.
Dorang ni kalu bab-bab berkelah makanan memang mewah. Memang kenyang makan.
Naik turun air terjun leh lagi makan. Menu pun macam-macam. Siap ade char kueh
teow lagi tu. Panas-panas, sedap. Kerang bakar, ayam bakar..macam2 lagi..
Yang paling seronok bile beraktiviti macam ni adalah
anak-anak, bapaknya pun menumpang skali. Jaga anak. Maknya kena tengok je,
sebab kena jaga Afiqah. Aqilah dan Alesya memang puas mandi, sampai biru bibir.
Seronok. Nasib baik teringat nak bawa pelampung. Kalu tak payahlah, nak mandi.
Lagipun airnya deras jugak. Bahaya untuk kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)












