SaHaBaT IsTiMeWa

Tuesday, August 23, 2011

Saya dah 37 minggu



Lilypie Pregnancy tickers




Diam tak diam rupanya saya dah 37 minggu 4 hari..

Tinggal lagi 17 hari je untuk menuju tarikh bersalin..

Adakah saya akan bersalin awal sperti anak pertama & kedua..

Kedua2 putri saya sbelum ni lahir 2 mggu awal..

Tapi yg ke 3 ni macam xde ape2 tanda pn lagi..

Sedangkan anak buah saya yg patutnya bsalin 14/9/11

dah masuk wad, sbb tanda darah & bukaan 3 cm..

uwaaa..doakan yg terbaik buat saya ye..

smoga semuanya bjalan lancar di bulan yg penuh berkat ini

Thursday, July 14, 2011

Berat saya kini 66.40kg



Alhamdulillah, berat saya semakin hari semakin bertambah..ini adalah sesuatu yg positif bagi saya..


Semalam gi checkup kat Klinik Desa Batu 13 Puchong, sebenarnya hati ni mmg teramat malas nak chekup kt klinik desa ni, bukannya ape..ramai org, pastu klinik kt cni kecik macam rimas je..pastu pagi2 pukul 6.30 pg saya dah beratur depan klinik tu semata-mata nak dapat no 1. Pastu ade pulak org sesuke hati dia potong Q, kalu dia yg beratur saya x kisah..tapi yg diletaknya beg tangan dan lagi sorang pulak letak botol air, dah tau sampai lambat tu letak la barang yg diletak tu dibelakang saya, ni dia letak depan saya..dia pulak senang2 dok lepak dalam kete..amboii!! sedap je kan...kalu korang hangin tak? pastu 7.30pg klinik buka, suka ati lak dtang kt depan saya sorang amik beg dan sorang amik botol airnya beratur depan saya utk ambil nombor...lastnya saya ptut no 1 da saya jd yg ke 3..bengang btl..


Hehehh..dah lari cerita nampaknya, lepas geram jup...ok..bbalik pasal berat tadi..smalam timbang kt klinik tu berat saya jd 66.40kg sbelum tu 63.30kg..wah bes..kan bes kalu berat mngandung kekal hingga bersalin..tapi yang kurang besnya tekanan darah saya pulak yang naik...huhuh...bacaan yg bawahnya ok, tapi bacaan atas tinggi..ape nak buat ni, adakah disebabkan faktor umur? kurang rehat? atau makanan tak seimbang? atau sebab marah org potong Q saya?


Jadi nurse tu cakap saya perlukan rehat yg cukup, makanan mesti kurang masin & manis..jadinye, mmg kena ikutlah nasihat nurse tu kan..


Ok, kt cni dulu ye..

Inilah Baby Zaleha, Muhammad Rayyan Rezqi

Alhamdulillah, sekalung tahniah buat my BFF Zaleha Abd Rashid & HBnya Amran atas kelahiran putera sulungnya pada 7/7/2011. Selamat menjadi mama & papa...

Akhirnya penantian leha & HB kalu x silap saya 2 tahun lbih kot, berakhir dengan kegembiraan. Akhirnya insan2 yang diharap2kan lahir juga kedunia. Hati siapa yang tidak gembira tatkala disahkan hamil. Saya pun turut merasakannya....



Baby tersebut diberi nama Muhammad Rayyan Rezki (betul ke eja camni). Maaf la leha sebab saya pun blom bekesempatan untuk melawat leha & baby. Leha bersalin kat Hospital Putrajaya dan terpaksa d czer sebab katenya dia tak boleh teran, xpe la leha yg penting leha dan baby selamat. Berat baby rayyan ni mase lahir 2.9kg..

Ape2 pun tahniah sekali lagi buat leha & amran. Semoga menjadi papa & mama yang terbaik buat rayyan. Nannti auntie datang lawat rayyan ye..

Wednesday, July 13, 2011

Picnic Wif BFF @ Taman Botani, Putrajaya

Akhirnya 9 Julai 2011 ape yg kami rancang mjadi nyata, payahnye rasenya nak mgumpulkan member saya ni, berpuluh kali sms, dari jd hingga x jadi, dari 6 orang jd 3 org..ape2 pun akhirnya kami ber 3 aje yg jadi.


Saya pn xtau ape masalah dorang, hanya dorang aje yg tau, biarlah..asalkan dorang hepi..ape yg saya tau ramlah tmpat keje HB dia ade family day (tapi macam tiba2 je family day), linda (tiba lak nak keje), asma (ade kenduri) dan Leha memang x leh elak, sebab dia bersalin pada 7 Julai 2011. Mudah2an lepas ni kami ber 7 dapat berkumpul.


Walaupun ber3 kseronokan tetap terasa, gembira dapat berkumpul macam ni wlaupun x cukup korum..masing2 dengan juadah tersendiri..lin bawak laksa, el pula dengan nasi goreng, bihun dan kuih sagunya..dan saya pula bawak serawa durian makan ngan roti. Tapi serawa durian saya tawar skit…(bukannya ape, doktor minta kurangkan manis)…skali tbawak makanan yg tak manis pulak, maaf ye korang…sonok dpt makan ramai2..


Citer pasal puteri kesayanganku yg berdua tu pulak, sape lagi kalu bukan adik & kakak..dorang ni mmg sonok sakan, bebas dapat main dan jumpa ngan kawan2 barunya..anak2 el & anak buah lin..nasib baik tak susah sangat nak control dorang ni, maklum la yg p saya sorang je, maklum ler HB saya skang tgh dok bz ngan sawah padinya..


Ape2 pn memang hepi dapat jumpa korang, insyaallah kalu ade kesempatan kite ber 7 pulak berkumpul..

Monday, July 11, 2011

Senyum..

(sumber gambar : Google)



Di bawah adalah fakta tentang kempen senyum yang diedarkan oleh MAMPU dan Jabatan Perdana Menteri untuk tatapan dan makluman semua.


14 Fakta Tentang Senyum


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.



6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanakberumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.



8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selarasdengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran agama sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Oleh itu, jangan la kite sukar untuk lemparkan senyuman walaupun seketika..

Thursday, June 30, 2011

Mari Kite Same Membantu..

Norma & Rafiq (anaknya)



Kisah ni saya baca kat blog Ibu Hadif. Kemudian saya baca cerita penuhnya di blog Fillanie. Tumpang copy paste ye ibu hadif n Fillanie..


Terharu dan saya tumpang sebak bile membaca ceritanya. Seolah2 saya juga merasainya. Kisah Norma yang kire baru jugaklah berumahtangga, mngandung dan bersalinkan anak sulungnya Rafiq.


Selepas bersalin norma jatuh sakit, tidak disangka rupenya penyakit yang dihidapinya adalah kanser. Mula2 kakaknya ingatkan dia terkena penyakit misteri.


Sedih melihat anaknya yg dapat rase belaian kasih ibu dan merasai nikmat susu ibu, nasib baik rafiq punya ayah, Encik Talib yang penyayang dan makcik dan pakcik yang baik hati menjaganya. Sedih tengok gambar kat atas ni..


Ape2 pun saya berdoa agar norma cepat sembuh dan rafiq dapat rasainya belaian kasih sayangnya..


Marilah kite sama2 membantu Norma dan keluarganya..kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Encik Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.


cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

Monday, June 27, 2011

Besday Alesya 2 Tahun

Ni gambar mase besday Puteri Ke 2 saya Nur Alesya Qaisra yg ke 2 tahun. Sbenarnya kalu ikutkan cite besday ni dah basi. Tapi saya saje je uploadkan gambar ni..

Kek Elmo ni, saya tempah khas dari kawan alam maya iaitu zai. Kalu sesiapa bkenan kunjung la laman webnya www.mypu3cakehouse.blogspot.com. Macam2 design kek yang korang leh jumpa n tempah..


Buat puteri saya, Nur Alesya Qaisara, ibu dan abahh serta kakak ucapkan selamat hari lahir buat adik echa. Smoga echa sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa.


Kasih ibu, abah serta kakak akan terus berkembang mekar buat echa. Sesungguhnya kami amat menyayangimu, semoga echa akan menjadi anak yg solehah, bijak pandai, hormat org tua dan peroleh kejayaan dan kami sentiasa mendoakan yg terbaik untuk echa sayang..

Monday, June 20, 2011

63.30kg sudah..yahoo



Salam ceria untuk smua, mudah2an dipagi selasa ini kite brada dalam suasana yg ceria2 sahaja.


Wah! Sonoknya rasenya melalui saat2 indah tika mengandung ni, saat nilah berat badan saya yang keding itu bakal btambah dari bulan ke bulan. Aritu p Klinik Desa, Batu 13, Puchong timbang berat, tengok2 berat saya skang dah 63.30kg. sbelum mgandung brat saya hnya 46kg je.satu pertambahan yang amat saya kagumi, bukan senang berat saya nak naik begitu,. Kan bagus kalu time tak mengandung pun berat saya macam ni, korang ade cara x nak kekalkannya? Kalu bole saya nak berat macam skang..xkan asyik nak mgandung je kot..huhuhu..


Alhamdulillah, misi yang periksa perut saya bagitau baby saya shat2 je, kedudukan uri dan lain2 pun bagus. Huhuh..yg paling takut tu, tetiba misi tu cakap “ni blom injet kancing gigi nih, nak kna injet ni, dah lambat pun dah”. Alamak..takutttnyaaa…hui! panjang tul jarumnya..”ni jarum baby ni, kalu sakit saya x tau la”..hui! mmg sakit pn..ptt la baby nangis, mak baby pun takutt..saya ni paling fobia ngan jarum..huhuh..


29/6/2011 ni kna p lagi klinik desa, rase macam cek kat spital lg senang dan mudah dari cek kt klinik desa, bukannya ape..sbb dia campur ibu mngandung ngan baby, lagipun tempatnya terlalu sempit..tandas pun ade 1 je, kalu time nak cek urine tu, bratur panjang..mudah2an nnti krajaan bagu budget untuk naiktaraf klinik desa ni, sbb pnduduk kt kawasan nip n smakin btambah, perlukan keselesaan..


Ok, kite tggu chekup yg seterusnya 29/6/2011 nanti..daaa

Monday, June 13, 2011

Baby baru saya..

Tengok la kakinya sampai ke muka..jari kakinya pn dah nmpak jelas..inilah kuasa Tuhan..


Ni pulak scan 2D, dah lupe ni gambar ape..heheh..tapi kalu tak silap ni ukuran tulang blakang baby

Kaki dan tangannya sntiasa mnutup muka, sonographer jezzlyn cakap baby saya ni pemalu..:)..ye ke?


Inilah sedikit sebanyak gambar baby ketiga yg bakal saya lahirkan, insyaallah kalu xde aral melintang dalam bulan 9, aritu mula ikut tarikh awal period yg saya bagi (1/11/10 - period awal) jangkaan bersalin 8/8/2011..fuh! x sempat puasa kalu camtu..tapi saya macam x yakin tarikh tu betul..biase le, kadang tu mane nak ingat kan..


Bile saya scan kat klinik panel dia cakap 4/9/11 dan bile scan 3D pulak 3/9/11..jauhkan beza bulan 8 ngan 9..alhamdulillah, mudah2an sempat la saya berpuasa.


Baru2 ni pulak, doktor klinik desa batu 13..minta saya scan lg skali bagi menentukan tarikh yg sbenar2nya..tup2 dapat 10/9/11..tapui saya x kisah tarikh mane pun sbb biasenya saya akan bersalin 2 mggu lebih awal dari jangkaan sbenar...


Berat saya sekarang adalah 62.04kg berbanding sbelum mgandung 46kg..alhamdulillah saya dan baby sihat2 aje.


Kawan2, doakan lah yg tbaik untuk saya dan baby yer..terima ksih..

Tuesday, May 31, 2011

Bakal Baby ke 3 Girl

Syukur pada Tuhan Yang Maha Esa kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik. Alhamdulillah, baby dalam perut semakin membesar. Mudah dipermudahkan kelahirannya. Insyaallah.


Ahad baru2 ini 29/5/2011 saya sempat buat scan 3D sekaligus dapat lihat secara 4D di Klinik Medi Nur, Puchong Utama. Berdebadar jga nak p memulanya, maklum la saya p keseorangan tanpa ditemani HB tercinta. Kebetulan HB saya ade kursus di Kedah. Saya dapat info tentang Klinik ni ade buat sacn 3D pun dari seorang kawan, dalam jangkasama yang sama saya google juga KASIHKUSAYANG.COM..bayarannya Cuma RM100. Mula2 saya nak buat temujanji di klinik saya cal, hingga esok klinik tu baru cal saya, lambat betul..saya pun cari dari blog2 member2 yg pernah buat sacn ni, kemudian saya dapat info dorang SMS terus dengan sonographer klinik tu MS JEZZLYN (seorang berbangsa Cina) dan terus buat temujanji pada ari Ahad 29/5 dgn beliau. Saya pun bayar di kaunter macam biase RM100.


15 minit menunggu nama saya pun dipanggil, masuk2 je dalam bilik MS JEZZLYN, katenya kalu buat appointment dengan beliau terus Cuma bayara RM90 je..ok la kalu macam tu, dapat balik RM10 ku tadi. Skang mase untuk tengok baby dalam perut pulak..wah! memang teruja habis, sbb tgk pic baby org lain mcm bes je..skang nak tengok gambaran baby saya pula..jeng2 jeng..berdebar seketika…sedia..dah nmpak baby..wah! macm tu rupenya baby dalam perut bergerak..dia tendang2 perut saya, rupanya baby saya ni mmg pemalu la, nak tengok mukanya pun tak dapat sebab dia tutup mukanya dengan kaki dan tangannya, pastu asyik menguap je..ngantuk sangat kot dia, mudah2an dah besar nanti dia jd anak yang rajin..jd tak dapat la lihat mukanya dengan jelas, Alhamdulillah, smuanya ok, tulang blakang, kaki, tangan dan lain2 sempurna..skang kandungan saya 26 mggu berat baby hampir 1kg..mis jezzlyn cakap beratnya normal kalu ikut carta..mudah2an baby makin membesar ye baby..


Tiba mase nak tengok jantinanya pulak, memandangkan saya sudah ade 2 orang puteri…huhuhu..mmg la saya mengharapkan baby boy sangat2, tapi jika Tuhan Yang Maha Esa anugerahkan saya baby girl, sayadan suami terima dengan redha kerana ia adalah satu Anugerah yang tidak terhingga dariNYa. Kami bersyukur sangat2..setelah scan miss jezlyn cakap lain kali cuba lagi J..jad baby dalam perut saya memang bay girl J..alhamdulillah, syukur…

Scan ni Cuma ambil mase lebih kurang 30 minit sahaja, kite dapat lihat baby dapat perut kite melalui skrin yng dipasang betul2 dihujung kaki kite. Puas hati la, dapat 1 keping CD dengan gambar 3D dan video skali, dan mis jezzlyn akan printkan sekeping gambar bewarna baby untuk simpanan kite. Terima kasih MS Jezzlyn, seorang yang sangat peramah. Rase macam nak datang scan lagi untuk mase akan datang, sebab tak dapat tengok muka baby..pasni nak cari name untuk baby girl saya ni pulak. Sebab nama yang saya ade Cuma nama baby boy..sejak tahun 2007 name ni kami simpan, selagi tak dapat boy, insyallah kami akan berusaha.Mudah2an..kawan2 doakn ye..

Thursday, May 26, 2011

Saya dah jumpa Spectra 3 RM 320 je

Ingat tak semalam saya cerita pasal Spectra 3, hari ini setelah mnggodek blog barang2 pnyusuan saya terjumpa satu blog iaitu blog http://e-mumshop.blogspot.com/ yg mnjual pump hanya RM320 aje berbanding harga biase RM388, terasa sangat murah dan sangat berbaloi, saya dah booking satu insyaallah nak suruh adik ipar amikkan nanti.

Tempat simpanan susu dan barang2 lain kat blogny juga murah. Sape yg bminat jom lawat..

Saya Nak Spectra 3

Alhamdulillah, skang dah 5 bulan usia kandungan saya. Mudah2an semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.


Skang tengah pikir nak cari pam susu yg baru, sbelum ni saya dah ade pam tolly joy macam kat bawah ni. Memang bagus pam ni, sebab dia gunakan bateri, mudah sungguh la..kalu perah sekejap je dah penuh..alhamdulillah, saya dapat gunakan pam ini selama 1 tahun 7 bulan. Harganya pun ok RM100. Terima kasih tolly joy, banyak sungguh jasamu padaku..



Tapi untuk anak saya yang ketiga ni, saya teringin nak cuba pam spectra 3, sbb saya dah baca banyak blog ibu2 yg mnyusukan bayinya berjaya dengan spectra 3 ni, x dinafikan tolly joy pun banyak membantu saya sebelum ni, tapi saya nak miliki yg ini juga..insyaallah, saya pasti akan dapatkannya..dari anak yg no 2 dulu saya dah survey kat sarakids.com.my..saya pun nak jadi ibu yang berjaya menyusukan anak..doakan saya ye..




Tuesday, April 12, 2011

Semalam Kedondong, Arini Mangga Muda

Arini dapat mangga muda, kakak cleaner kat tempat keje saya bagi, sedap btl bau getahnya..siap minta garam lg..sedap tul cicah ngan garam. Jangan kena darah tinggi udah, minta2 dijauhkan la..


Wah! murah btl rezeki.kan .smalam kak su bagi buah kedondong yg comel2. Macam buah kedondong kat bawah ni. Makan macam tu je, x yah colek ngan ape2..mmg sedap..heheh..mengidam ke..tp bukan mkn sorang, share utk org yg mengandung dalam library ni..buah ni dia tanam kat depan umahnya..

Ape2 pun trima kasih kak su n kak kiah, siap sendawa mangga lagi..uhuk2..tapi kalu la Hb saya tau, msti dia marah..katenya nnti muka baby masam, x baik utk kesihatan la n macm2 lagi..ala bkan selalu pun Yang..skali skala je..

Monday, April 11, 2011

Takziah buat Samsiah

Salam takziah diucapkan buat temanku Samsiah Mohd Yusof atas pemergian suami tersayang pada hari Sabtu yg lepas 9/4/11. Semoga arwah ditempatkan dikalangan insan2 yg soleh dan beriman.


Sebenarnya amat terkejut dengar berita ni, tu pun dapat sms dari sahabatku Leha yg mengatakan suami Samsiah meninggal ptg Sabtu. Bukan terkejut sebab ape, sebab mereka baru aje mengadakan majlis perkahwinan belah pompuan pada 13 Mac 2011 yg lalu dan menikah seminggu sebelum tarikh sanding. Tup2 dapat berita yg mengejutkan ni. Ceritanya mereka pergi berbulan madu kat Pulau Redang, Terengganu.. dengarnya HB dia lemas. Cerita lebih lanjut saya kurang pasti..kalu tak silap dorang p ari Khamis/Jumaat..sedih sebab kegembiraan mereka bertukar menjadi tragedi. Ialah jodoh, ajal dan pertemuan ditangan Tuhan, kita hanya merancang Tuhan yang tentukan semuanya.


Semoga arwah tenang di Sana dan buat Sam, smoga tabah menghadapi ujian yg berat ini. Relakan pemergiannya. Tuhan lebih menyayangi dia.

Wednesday, April 6, 2011

Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo

Jom join contest lumayan yg dibuat oleh Shakiddon. Ade beberapa soalan yg wajib dijawab..hahah..jom kite cuba..


Tugasan/Soalan dalam ENTRY


A) Apakah nama BUNGA gambar di atas?Korang tau tak? aku ader gak baca entry pasal bunga ni kat SINI


Jawapan : Bunga Pokok Duit-Duit @ nama saintifiknya Zamioculcas zamiifolia


B) SPONSOR HADIAHnya ialah hazmanfadzil.com


C) Soalan pemutus seri. Apakah 3 digit terakhir bagi RM1 di bawah. 3 digit tersebut adalah sama. Jawapan : 888


Contest bermula 4/4/2011 sehingga 16/4/2011 (11.59pm waktu Malaysia).

Kak Ju dpt anak ke 5

Aloloo..geramnya tengok anak kak ju ni. Ni adalah anak kak ju yg ke 5. Yang ni lelaki. Montelkan..geram tengok pipinya..nak cubit2 je rasenya..kalu anak saya besnye..
Kak Ju ni Pustakawan kat opis saya. Alhamdulillah, akhirnya kak ju selamat bersalin pada 5 April 2011. Nama baby ni blom ade lagi, masih difikirkan oleh uminya.

Saya peminat Budu

Saya adalah peminat setia budu. Biar ape2 pun org cakap tentang budu saya tak peduli. Ia adalah satunya2 makanan wajib bagi saya..heheh..sape yg pernah makan mmg tak tau kesedapan budu ni. Baru2 ni p umah member HB kat saujana putra. Kebetulan dia org kelantan dan memang byak stok budu kat umahnya. Lasnya dia bagi kat saya sebotol budu. Mmg bes la, stok budu kat umah saya pun masih ade lg, cuma rase nak tukar2..hari2 balik umah mmg makan budu la. Lg2 makan ngan nasi panas, x yah lauk pun xpe. amik budu letak mangga cincang..mkn hingga mnjilat siku. Lagipun HB saya mmg x suke ngan budu. Tak lalu katanya..


Sumber gambar : Google

Cerita skit tentang budu (sumber google) :


Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.


Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Tuesday, April 5, 2011

Akhirnya jumpa gak si Kundang ni

Haha..korang penah makan buah kundang @ ade org panggil biji kundang dan macam2 name lagi. Hari tu, tiba2 je mulut ni teringin sangat nak makan buah. Orang kate kalu bukan musimnya mmg payah nak jumpa. Tapi kalu kat kampung saya kat Terengganu mmg byk buah kundang ni, terutama bile musimnya, tak termakan pun. Ni bile dah jauh kat KL, smuanya kena beli.

Alih2 puas gak la pikir, mane nak cari sikundang ni, member se opis kate kat pasar borong byak, minta tolong dia beli kan..lastnya minggu pas cuti tu xde pun dia bawa. Xde la kot. Takpe, jgn harap sngat kat org..tup2 mak saya ajak g mydin, subang..alih2 terjumpa sikundang kat sane, Sukur alhamdulillah..memang rezekiku..dapat sikundang..xyah p jauh2 dan tak xyah menyusahkan sape2..
Puas jugak la ku sental sikundang ni, ala bukan selalu dapat makan pun kan..sekali sekala...

Kundang yg jumpa kat Mydin ni kundang manis, huii mmg manis, bess..selain makan makan macam tu kundang yang masih hijau muda macam kat bawah ni bes makan ngan colek @ kuah rojak (meleleh air liur saya). Jeruk kundang pun bes..kalu kt kg makcik saya mmg selalu buat jeruk kundang, tanpa bahan pengawet..mmg sedap..smabl kundang pun sedap, lg2 makan ngan nasi panas cicah pulak ngan budu..huii..meletup..seperiuk nasi bleh habis..


Cerita sikit pasal si kundang :


Kundang juga dikenali sebagai Kemior merupakan sejenis tumbuhan yang pokoknya mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan sekiranya terkena pada kulit. Buahnya pula seperti buah mempelam kecil. Rasanya masih hingga masam, sebagai pemecah selera. Biasanya dimakan bersama dengan kulitnya, isinya mempunyai serat yang tinggi sebagaimana buah mangga

Give Away sempena Ulangtahun ke 2 Blog Terimalah Aku seadanya & Blog Terbaru Disebalik Rahsia Hati


Salam ceria smua..


Pagi ni ni jenguk2 blog kak ina..tokei deko yg terkenal. Hasil kerjanya memang kemas dan cantik. Seorang yg kreatif.


Sape nak join klik sini. Hadiahnya sangat menarik.


Kali ni kak ina buat give away sempena ulangtahun ke 2 blognya Terimalah Aku Seadanya dan Sempena Pembukaan Blog Baru Di Sebalik Rahsia Hati.


Tahniah buat kak ina dan selamat maju jaya. Semoga akak bertmbah maju dan berjaya. Selamat ulangtahun ke 2 juga buat kak ina & selamat membuka blog baru.

Buku ASB saya hilang :(

Uwaaaaa...sedih :( buku ASB saya dah hilang. Puas dicari kat opis, kat umah tapi malangnya tak jumpa...cuai betul la saya ni..HB saya pn kate saya cuai, benda yng penting tak dijaga elok2..mane tau nak jadi macam ni...ade sape2 nampak tak? huhuhu


Ingatkan bile buku dah hilang boleh buat kat Pos opis, rupenye2 kena p HQ dia KL, Shah Alam @ Putrajaya..pastu kena bayar RM10 matikan stem, isi borang lg..adooii..rumit jugak..pasni kna jaga buku tu elok2..rasenya baru ari senin baru2 ni saya tengok buku tu, bile nak bertambah isinya..tup2 semalam cari x berjumpa..buku oh buku..ko mrajuk ke?


Ape2 pun ari senin saya dah booking HB saya. nak ajak dia gi Shah Alam..malas nak gi sorang2..huwaaaa..

Monday, April 4, 2011

Inilah Nur Arisya Sofea

Arisya hari pertama dilahirkan Nilah mama Arisya - Dila
Inilah Nur Arisya Sofea..pic yg sbelum ni adalah sumber google. Ni gambar mase baru2 dia dilahirkan. Comelkan. Wah, rase macam teringin nak ade baby kecik pulak. Skang ramai btl member kat opis yg bakal bersalin. Tak lame lagi giliran hanisah pastu eija, norida..sape lag ekk..tmasuk saya juga..


Doakan2 la kali ini saya dapat baby boy. Insyaallah. Kepada rakan2 blog yang bakal melahirkan. Saya ucapkan selamat melahirkan. Semoga smuanya selamat. Amin

Sunday, April 3, 2011

Dpt baby dah - Nur Arisya Sofea


Gambar : Google


Tahniah buat member satu opis ku, Dilla..dah selamat melahirkan baby girl pada 3/4/2011 di Hospital Kajang. Berat babynya 3.4kg dan lahir secara normal diberi nama Nur Arisya Sofea.


Ni adalah anak sulung Dilla, patutnya anak kedua sebab anak pertama nya gugur ketika kandungan baru berusia 3 mnggu.


Panjang cerita tentang perjalanan dila ni nak bersalin, bukannya ape, member dah xcited sangat nak bersalin sehingga 11 Mac 2011 dia dah ambil cuti awal 2 mggu. Patutnya due dia adalah 24 Mac 2011. Tapi x bersalin2 dan patutnya dia masuk wad 28/4/2011 tapi doktor nya cakap xpe tunggu 2-3 hari lagi..akhirnya bersalin juga dia pada 3/4/2011..alhamdulillah, selamat jadi mama..nanti send pic baby tau..


Patutnya dia bersalin kat Hospital Serdang, tapi disebabkan Hospital Serdang penuh..jad dia ditolak ke Hospital Kajang..x kisah la mane2 pun dila. yg pnting dah selamat semua..penantian dah berakhir..sonok katenye dptr baby..sape x sonok kan..

Gegar 1 Ribu Blog April Bermula

Nak join? jom klik sini

Thursday, March 31, 2011

Shaklee kite Da Sampai

Sumber google (malas nak snap)

Alhamdulillah, usia kandungan kite dah cecah 4 bln lebih. Mudah2an semua bjalan dgn lancar dan dipermudahkan segala urusan olehNya.


Cerita pasal produk Shaklee, sbenarnya dah lame teringin nak cuba..tapi bile sifat “NANTILAH” menguasai diri jawabnya sampai selamat bersalin ank kedua x terbeli produk ni. Lagi satu disebabkan kite xde MB2U juga punca utama sebab kadang malas nak gi ATM buat pindahan. Untuk anak yg ke 3 ni Alhamdulillah, sifat rajin mewarnai dijiwa..teruja dengan cerita pemilik blog Miakididdles iaitu Momma Mia. Kalu ikutkan mmg dah lame kite jenguk blog Alin, suke baca kisah EBM nya yg byak info2 menarik untuk ibu2 dan anak2.


Kite baru nak cuba produk trial pack preggy trimester 2. Harganya RM170..produk ni dah selamat sampai ke tangan kite hari ni. Kite beli dari Alin


Terima kasih byk2 untuk alin

Order kat Affeen Craft


FA Plaque ni kite order dari affeen's Craft. Affeen, kite minta izin paste gambar kat sini ye. Jangan marah ye Affeen.


Berkenan sangat FA bunga ros ni, cantik. Affeen ni mmg kreatif. Hasil kerja tangannya cantik..kalu tak caya jenguk2 la blog Affeen..msti terpukau ngan hasil tangannya.


Ape2 pun terima kasih byak ye Affeen..

Wednesday, March 30, 2011

Orked Menang Hadiah Khas



Wah! pagi ni kite jenguk2 blog mama darwish nak tengok peserta2 loving you contest. Alangkah terkejutnya kite apebile tengok ade nama orked pemenang hadiah khas. Macam tak percaya je, sbb masuk contest mmg x pernah bertuah..alhamdulillah, rezeki Alesya n abah..terima kasih mama darwish..

Tahniah juga buat Hana Kirana.

Sunday, March 27, 2011

Nur Qaseh Qalesya

Semalam balik dari Tanjung Karang..kampung my HB sempat la singgah melawat baby kak Harisah & abg hasmi. Dorang ni dok kat jalan kebun..bole tahan gak le jauhnye msuk ke dalam..lorong haji tahir..tu

Ni adalah anak sulung mereka. Lahir pada 24 Mac 2011 kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang..kak harisah selamat melahirkan baby girl seberat 2.75 kg secara normal. Alhamdulillah. Selamat menjadi ibu dan bapa.

Baby tu diberi nama Nur Qaseh Qalesya..comel, putih..hidungnya mancung macam mamanye..alhamdulillah kak harisah pun sht2 je…hari Sabtu ni dia akan balik berpantang kat kampungnya di Perak..

Seronok dgr ramai2 kawan2 yg dan bersalin dan dapat baby..

Tahniah juga buat mommy Lydzar selamat melahirkan Hilda Marissa yg comel lote..insyaallah, nnti giliran kite pulak..

Wednesday, March 2, 2011

Contest I Love Red

Contest I Love Red anjuran Mis Yana. Nak join KLIK je gambar tu..

Merah, warna yg sgt menarik, ceria dan berani. Merah membawa makna Kuat, berani, percaya pada diri. Merah adalah warna yang punya banyak erti, mulai dari cinta yang menggairahkan hingga kekerasan peperangan. Warna ini tak cuma memengaruhi psikologi tapi juga fizik. Penelitian menunjukkan menatap warna merah bole meningkatkan detik jantung dan membuat kita bernafas lebih cepat. Itulah tafsiran merah
kite nak tag :

Teka-Teki Teka-Tekuk


Contest teka teki teka tekuk Ina Hashim. Meh Jom teka..
Jawapan saya, kena berpantun..maaflah saya amik 2 kerat pantun awak..
PERGI KE KEDAI BERSAMA NYONYA
HENDAK MEMBELI SEBOTOL CUKA
SAYA INGIN CUBA MENEKA
KALU BETULLAH SI BUAH MANGGA

Tuesday, March 1, 2011

Loving You Contest

Salam petang..moga ceria2 aje arini..

:) Contest ini di anjurkan oleh Mama Darwish.
Geramnya tengok pipi Adam Darwish yang tembam tu..
Gambar yg kite pertaruhkan untuk contest ini adalah macam kat bawah ni : Gambar abah n Echa :


Nama : Liza @ Orked

Nama anak : Nur Alesya Qaisara Jainudin

Umur : 1 tahun 10 bulan

Sunday, February 27, 2011

Dah 50kg


Alhamdullillah..berat kite bertambah dari 45kg ke 50 kg..mudah2an kite sentiase diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan olehNYa..skang usia kandungan kite menjangkau 3 bulan lebih..seronok bile jalan2 kat blog ramai member kat blog jugak yg peknen..kite tumpang hepi untuk korang..ade yg dah 12 minggu, yg 34 minggu, 36 minggu dan tunggu hari pun ade..

Yang paling bes dapat tengik baby kawan2 blog yang sudah buat 3D/4D scan..alolo comelnye baby dorang..ibu2 yg mgandung ni mmg smuanya sihat2 belaka..contohnya kite, macam tak percaya je dah 50kg..tu timbang beberapa hari yng lepas..patut ar kain2 dah ketat gile..mane taknya perut pun membesar cikit demi cikit….

Yang penting kesihatan dapat dijaga dengan sebaik yg mungkin..insyaallah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails