Tanggal 4 Disember 2009 dengan sekali lafaz adikku Ejam sah menjadi suami kepada Zahaliza Kadis.
Masjid Ubudiah di Selayang menjadi saksi kegembiraan antara kami semua. Walaupun tarikh yang sama terdapat 7 pengantin lain yang akan dinikahkan Ejam dan Liza tenang menunggu saat2 mereka di ijab kabulkan..
Suasana hujan juga turut sama meraikan pasangan tersebut. Penuh Masjid Ubudiah pada hari itu, terlakar wajah2 ceria 7 pasangan pengantin yang lain bersama keluarga serta hantaran.
Antara yang bernikah disitu pada waktu yang sama adalah orang asli dan juga warga indonesia.
Selepas doa dibacakankan oleh jurunikah dan bergambar kenangan, pengantin dan semua ahli keluarga pun meninggalkan masjid.
No comments:
Post a Comment