Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tamat sudah percutian Langkawi kami sekeluarha selama 3 hari
2 malam. Percutian yang sangat seronok, sangat padat dan sangat puas hati.
Perjalanan menaiki pesawat selama 45 minit perlihatkan
betapa indahnya pantai Langkawi, lautnya yang biru sungguh mempesonakan.
Pengalaman pertama menaiki pesawat memang menakutkan, macam2
perasaan timbul, pening. Aqilah pn turut pening. Sambilkan nak baring. Macam la
kapal tu kereta boleh baring2. Lawak je kan…
Pesawat mendarat ke Airport Langkawi tepat jam 8.45 pagi. Lepas
tu HB saya berpusing pulak mencari kereta sewa. Kebetulan kereta untuk disewa
pn kurang. Mungkin ramai org bcuti selepas tamat cuti persekolahan. Akhirnya HB
dapat sewa kereta En. Faizal. Sebuah kereta proton Wira1.5..ok la tu RM150
untuk 3 hari.
Lepas dapat kereta tiba la masanya pula untk mencari tempat
tggal, untuk makluman semua kita orang g Langkawi memang tak booking ape2 pn.
Main redah je. Sebab fikir cuti sekolah dah abis dan tak ramai orang.
Pusing2 pantai Chenang, tanya satu persatu Chalet, hotel dan Motel untuk buat perbandingan murah atau tidak. Yang penting adalah
keselesaan, biar tak mewah xpe yang penting selesa dan dekat ngan pantai,
senang anak2 nak mandi. Akhirnya kami memilih tggal kat AB Motel, mmg dekat
dengan kedai2 dan sangat dekat dengan pantai. Katil besar double, TV, ade mini
peti ais, penghawa dingin serta kipas rm120. Air panas dan seterika juga ada
disediakan. Tapi kalu nak seterika kena pergi kat opis dia, korang hanya perlu
bawa baju je. Senangkan. Pukul 11.00
pagi da bole cek in…rehat kejap, mandi, solat bagi Afiqah susu then lepas Zohor
kami ber Island Hopping pulak.
Untuk ber Island Hopping kalu pakej kat AB Motel ni sorang hnya rm25 untuk dewasa dan rm15 untul Aqilah & Alesya. Manakala Afiqah free. Jadi rm80. Kami dibawa ke jeti dengan menaiki van. Kami akan dibawa ke 3 tempat Tasik Dayang Bunting, Tengok Helang dan Pulau Beras Basah.
Seronok juga ye naik bot, lame dah tak naik. ½ jam perjalanan kami smpai ke Dayang Bunting, Mak oii jauhnya nak bjalan…sakit kali, naik tangga ber anak2 pulak tu, dah la bdukung Afiqah, nasib baik la bergilir ngan HB. Monyet pn banyak juga…baru tau, macam ni rupenya TDB…nak curun anak tangga pn curam. Takut je kalu anak2 tergolek. Makanan pulak usah dikeluarkan memandang masa datang tadi Alesya hampir2 nak diterkam monyet, bukannya ape, dia haus, jadi saya pn buka la air kotak..x sempat nak cucuk straw, tiba2 seorang monyet menerkam..apalagi saya baling la air kotak pada simonyet…Alesya menjerit2 ketakutan. Heee..Niat hati nak rase air TDB, tyapi tgk air dia mcm was2 je..hee..x jadi la. Kami diberi masa 1 jam berada kt tasik ni.
Selepas tasik dayang bunting, kami dibawa pula ketempat helang, belom pun smpai ke tempat helang tu, tiba2 enjin bot kami mati, wahhh!! Takut…kami terdampar kat tengah2 laut hampir 1 jam sementara nak tunggu bot lain datang, air kat laut ni sungguh tenang, perlahan2 angin dan ombak kecil menolak bot kami. Detik bganti saat, minit higgakan jam beralih masa, baru bot baru muncul.
Selesai menukar bot, kami dibawa ketempat helang tadi. Juru bot
baling je kulit ayam kat tgh laut, berpuluh2 ekor helang muncul…menarik..afiqah
sibuk ‘bird2’…cohhh…
Destinasi seterusnya ke Pulau Beras Basah, pulau ni hanya
untuk mandi manda je..memandangkan tak bawa baju, terpaksa la membasahkan baju
yang dipakai…lencun…seronok Aqilah & Alesya serta sikecik Afiqah..
Smapi kat jeti pulak ade pulak org jual gambar..ade pulak
gambar kami semua 4 org, satu piring harganya rm10, 4 pring =rm 40..HB cakap
amik je la buat kenangan..
Penat sudahh…nnti citer lagi yerr
No comments:
Post a Comment