SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, January 9, 2013

Setia Hujung Nyawa...


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 je mesti punggung melekat kat depan TV, ni semua gara-gara cerita Setia Ke Hujung Nyawa lakonan Amar Asyraff  sebagai Zain Hakimi dan Nelydia senrose sebagai Ersalina Imani. Termasuk la HB saya pun terjatuh hati sekali dengan cerita ni.. Jalan ceritanya memang seronok..tak sabar menunggu penghujung ceritanya.

Jom tengok synopsis ceritanya..


Ersalina Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang. Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. 

Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.


Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.

Sinopsis dari kulit novel

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails