SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, March 6, 2013

Cuti- Cuti Melaka - Kamunting Beach Resort

 Assalamualaikum..

Seronoknya dapat bercuti-cuti, makan angin, rehatkan minda bersama family kan.

Ni gambar masa kami pergi jalan2 melaka bersama2 kawan2 tempat kerja HB ri tu, kat Melaka kami tinggal kat Kamunting Beach Resort. Tempat yang takde bintang pun, yang penting sesuai untuk kami semua mnginap. Berbintang atau tidak, tidak lah penting sangat. Walaupun murah tapi yang penting keselesaan.



Macam biasa percutian selama 2 hari 1 malam. Konvoi dalam 8 buah kereta. Sungguh menyeronokkan. Macam2 karenah serta gelagat. Ada yang bujang, ada yang berfamily, ada yang da kahwin dan beranak pinak.



 Hari pertama kami sampai, aktiviti yang utama adalah mandi pantai. Aktiviti yang budak2 serta bapak budak suka. Hee…saya tak brape suka sgt mandi laut ni, bukan sebab ape, takut gelap…dah la saya ni gelap, kulit senang di makan matahari. Sekejap je da berbelang2 muka tue..jadi, saya Cuma memerhatikan sahaja


Kalu dah namanya berpicnic, tak sah kalu xde bbq kan..bbq ni budak2 lelaki yang uruskan. Macam2 dorang bawa, ayam, ikan, daging burger, hotdog dan yang paling bes adalah kambing. Memang meletop kambing panggang tu, lagi2 bes bile dicicah ngan sos..








 Kat Kamunting Beach Resort ni tak berapa ramai sangat orang, sronok..walaupun murah tapi ade swimming pool, tapi tak lah besar, boleh la anak2 nak berendam setelah puas mandi laut. 





Dah puas mandi, balik bilik, mandi, solat, selesaikan ape yang patut, selepas maghrib sambung jalan2 kat jonker street pulak, punya la ramai orang. Sesak gile Melaka hujung minggu rupenye. ingat nk naik cruise, tapi tak berkesempatan sebab ramai sangat orang. Pusing2 pasar malam. Xde pe yang berkenan pun. Nak naik Menara Taming Sari, takut…gayat woo…tengok jer la. Lepas puas jalan kat ctu nk g Umbai makan ikan bakar, tapi disebabkan bnyak kereta yang tersalah masuk lorong, kami terpisah..lastnya sampai kat Umbai tu dalam pkl 1 lbh…dah tutup…hampaa btl…da la perut lapar. Dapat tapau ape yang patut je kat kedai2 tepi jalan tu then balik bilik. Esk pagi2 bdak2 ajak mndi lagi. Mandi sepuasnya sebelum berangkat balik KL…


Horeyy..bess



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails