SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, March 13, 2013

Hanya Kerana Botol Ini

Nak cerita pasal botol susu si kecik saya Nur Afiqah Qasrina.
Untuk makluman korang Afiqah menggunakan botol susu MAM sejak umur 3 bulan, apabila saya naik bekerja sehingga la dia berumur 1 tahun 5 bulan. Puting yang digunakan hanyalah puting no 2 dan botol MAM yang pendek begini.  Dia juga masih menyusu ibu sepenuhnya.


2 hari lepas, disebabkan puting dan anti colic valve set dah tak berapa nk ok, jadi HB saya tukar dengan botol yang tinggi macam kat bawah ni dan puting 6 bulan +. Memandangkan dia dah besar. Lagipun, kate jurujual tu, botol yg pertama tadi hanya sesuai untuk bayi je.




Nak dijadikan cerita, mak saya pun tuangkan susu yang dah dicairkan ke dalam botol yang panjang tadi. Bole pulak dia tolak botol tu. Sampai la ke petang bile mak saya suakan ke mulutnya 2 ke 3 kali jugak la, Afiqah masih menolak botol tu, tak nak menyusu. Sebelom tukar ke botol panjang tu dia ok je. Tak cukup susu lagi ada la, siap cakap ‘nak agi’. Mak cerita, mengamuknya usah cakap la, nasib baik la neneknya pandai memujuk. Tunggu saya balik rumah baru dia menyusu sepuas-puasnya. Masuk ni da hari yang ke 3 dia tak nak botol. Ya Allah, ape la kena ngan Afiqah ni, puas saya mikirkan ape nak buat…pagi bangun tu saya keluarkan juga la sebotol susu beku dari peti ais ke bawah, takut-takut dia nak ke. Risau juga dibuatnya. Kalu tak, sehari dalam 3 botol dia nyusu, ni bole tak nak langsung. Semua gara-gara tukar botol panjang. Kalu tau, tak yah nk tukar2 botol.

Ade juga cakap ngan HB, kot Afiqah terkena ke? Hb gelak…ingat nak bwa dia jumpa pakcik2 yang pandai baca ayat-ayat agar dia nak nyusu botol.

Nak sangat tengok Afiqah kembali menyusu seperti biasa.

Mane ibu-ibu, mama-mama yang pernah mengalami keadaan seperti saya harap dapat berkongsi pengalaman.

5 comments:

Puteri Satu said...

ada sesetngah budak bertukar botol memang mcm tu... kena try jugak lama2 dia ok insyaallah.. tapi anak2 akak alhamdulillah... apapun botol aand teat semua dia belasah.. janji dapat minum susu...hehehe...

PoohGumux said...

cuba bagi balik botol sama cam dl tu. kalo dia elok minum maknaya dia x nk botol tu. dia belum boley terima kot perubahan dr btol pendek ke btol pjg kot..
try la. tq

MystoryPic said...

alaaa kesian dia... rindukan botol susu lama kot

Orked said...

puter satu : kalu camtu senang kak, tak yah pikir2..belasah smua yer..anak saya tiga2 mmg cerewet mase kecik...bile dah bsar baru ok

Orked said...

poohgumux & mystorypic : tu la, hb da tukar balik ngan botol lame, ingatkan dia nk hisap. Rupenya terus tak nak..tak tau la kenapa..aduyaii..

bile saya balik rumah baru baru dia bgayut sepuas-puasnya..kesian sgt kt dia..biasa 3 btl x ckup..ni sbotol pn x luak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails