SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, March 13, 2013

Hanya Kerana Botol Ini

Nak cerita pasal botol susu si kecik saya Nur Afiqah Qasrina.
Untuk makluman korang Afiqah menggunakan botol susu MAM sejak umur 3 bulan, apabila saya naik bekerja sehingga la dia berumur 1 tahun 5 bulan. Puting yang digunakan hanyalah puting no 2 dan botol MAM yang pendek begini.  Dia juga masih menyusu ibu sepenuhnya.


2 hari lepas, disebabkan puting dan anti colic valve set dah tak berapa nk ok, jadi HB saya tukar dengan botol yang tinggi macam kat bawah ni dan puting 6 bulan +. Memandangkan dia dah besar. Lagipun, kate jurujual tu, botol yg pertama tadi hanya sesuai untuk bayi je.




Nak dijadikan cerita, mak saya pun tuangkan susu yang dah dicairkan ke dalam botol yang panjang tadi. Bole pulak dia tolak botol tu. Sampai la ke petang bile mak saya suakan ke mulutnya 2 ke 3 kali jugak la, Afiqah masih menolak botol tu, tak nak menyusu. Sebelom tukar ke botol panjang tu dia ok je. Tak cukup susu lagi ada la, siap cakap ‘nak agi’. Mak cerita, mengamuknya usah cakap la, nasib baik la neneknya pandai memujuk. Tunggu saya balik rumah baru dia menyusu sepuas-puasnya. Masuk ni da hari yang ke 3 dia tak nak botol. Ya Allah, ape la kena ngan Afiqah ni, puas saya mikirkan ape nak buat…pagi bangun tu saya keluarkan juga la sebotol susu beku dari peti ais ke bawah, takut-takut dia nak ke. Risau juga dibuatnya. Kalu tak, sehari dalam 3 botol dia nyusu, ni bole tak nak langsung. Semua gara-gara tukar botol panjang. Kalu tau, tak yah nk tukar2 botol.

Ade juga cakap ngan HB, kot Afiqah terkena ke? Hb gelak…ingat nak bwa dia jumpa pakcik2 yang pandai baca ayat-ayat agar dia nak nyusu botol.

Nak sangat tengok Afiqah kembali menyusu seperti biasa.

Mane ibu-ibu, mama-mama yang pernah mengalami keadaan seperti saya harap dapat berkongsi pengalaman.

Wednesday, March 6, 2013

KIKO Warehouse Sale



7-10 March 2013

KIKO Warehouse Sale

Prices starting from as low as RM8
Products Offered
Children Apparels
Nursing Products

Time
10am – 5pm
Location
No.1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor


Kami Kat Armada Hotel, PJ


Ni pic masa jadi AJL ICOLIS hari tu. Saje tempek untuk kenang2an...hee


Cuti- Cuti Melaka - Kamunting Beach Resort

 Assalamualaikum..

Seronoknya dapat bercuti-cuti, makan angin, rehatkan minda bersama family kan.

Ni gambar masa kami pergi jalan2 melaka bersama2 kawan2 tempat kerja HB ri tu, kat Melaka kami tinggal kat Kamunting Beach Resort. Tempat yang takde bintang pun, yang penting sesuai untuk kami semua mnginap. Berbintang atau tidak, tidak lah penting sangat. Walaupun murah tapi yang penting keselesaan.



Macam biasa percutian selama 2 hari 1 malam. Konvoi dalam 8 buah kereta. Sungguh menyeronokkan. Macam2 karenah serta gelagat. Ada yang bujang, ada yang berfamily, ada yang da kahwin dan beranak pinak.



 Hari pertama kami sampai, aktiviti yang utama adalah mandi pantai. Aktiviti yang budak2 serta bapak budak suka. Hee…saya tak brape suka sgt mandi laut ni, bukan sebab ape, takut gelap…dah la saya ni gelap, kulit senang di makan matahari. Sekejap je da berbelang2 muka tue..jadi, saya Cuma memerhatikan sahaja


Kalu dah namanya berpicnic, tak sah kalu xde bbq kan..bbq ni budak2 lelaki yang uruskan. Macam2 dorang bawa, ayam, ikan, daging burger, hotdog dan yang paling bes adalah kambing. Memang meletop kambing panggang tu, lagi2 bes bile dicicah ngan sos..








 Kat Kamunting Beach Resort ni tak berapa ramai sangat orang, sronok..walaupun murah tapi ade swimming pool, tapi tak lah besar, boleh la anak2 nak berendam setelah puas mandi laut. 





Dah puas mandi, balik bilik, mandi, solat, selesaikan ape yang patut, selepas maghrib sambung jalan2 kat jonker street pulak, punya la ramai orang. Sesak gile Melaka hujung minggu rupenye. ingat nk naik cruise, tapi tak berkesempatan sebab ramai sangat orang. Pusing2 pasar malam. Xde pe yang berkenan pun. Nak naik Menara Taming Sari, takut…gayat woo…tengok jer la. Lepas puas jalan kat ctu nk g Umbai makan ikan bakar, tapi disebabkan bnyak kereta yang tersalah masuk lorong, kami terpisah..lastnya sampai kat Umbai tu dalam pkl 1 lbh…dah tutup…hampaa btl…da la perut lapar. Dapat tapau ape yang patut je kat kedai2 tepi jalan tu then balik bilik. Esk pagi2 bdak2 ajak mndi lagi. Mandi sepuasnya sebelum berangkat balik KL…


Horeyy..bess



Tuesday, March 5, 2013

Ambil Angin Petang Tepi Sawah


Hee..cantik tak permandangan sawah ni? J cantikkan, hijau je, sejuk mate memandang..jauh dari hiruk-pikuk kota batu. Inilah dia Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Tempat lahirlah HB saya.


 Petang2 kalu balik tanjung mesti tak sah kalu tak naik motor pusing2 kampung. Bess wooo amik angin petang sawah..tengok burung-burung bangau putih beterbangan, orang mancing ikan. Tengok gelagat makcik-makcik tanam pokok bunga…jomm


Ikan Baung Fresh



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang semua kenal atau pernah tengok tak ikan ni?
Haa…ni la ikan baung, ikan baung segar ni tau, masih hidup…
Meloncat-loncat lagi ni, kalu kena sengat dia tak tau la camne rasenya..
Ikan baung ni kawan HB saya yang menjaring kat sungai
sibuk HB menempah ikan dari kawannya,
Katenya nak minta saya masakkan asam pedas…hee..kena la kabulkan permintaan HB kan..
Sedap ikan ni, tak berbau dan yang paling bes ikan ni manis..comel2 jer ikannya…

Monday, March 4, 2013

Kereta Baru Afiqah - My Dear Sale


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Hai, apa khabar kawan2 semua. Semoga sihat2 hendaknya. Maklum la gaji pn udah, cuti pun udah…

Ahad baru ni ajak HB g My Dear Warehouse Sale, biasanya My Dear ni akan buat sale kalu tak silap 2 kali dalam setahun. Antara bulan Mac dan Julai (Kalu tak silap la). Seronok kalu g sale dia, macam2 ade…paling bes kalu tgk barang2 baby macam stroller dan walker, kalu harga tak sale memang mahal, tapi kalu sale ni harganya memang murah berbanding yang biasa. Saya berkenaan dgn satu stroller tu mmg cantik. Begitu juga ngan bouncer (betul ke eja) cantik sangat, kaler pink ngan biru harga rm80, HB kate kalu ade baby dia dah beli dah…hee

Barang2 yg kat luar pn dah murah, barang2 yang dorang letak kat luar ni biasanya clearance stok, mmg murah gile. Yang jadi murahnya kadang sebab calar, patah sikit lebih kurang camtu ar. Tapi masih bole lagi digunakan. Kebetulan ada satu kete mainan warna kuning, skali pandang da jatuh hati pulak. Afiqah pn sonok naik. Macam tak nak turun dah. Ape lagi, belikan je untuk dia. Harga kete ni rm40, ok la tu untuk dia main sementara tunggu dia besar. Rupanya2 lampu kete tu pecah 1, tu yg harganya camtu. Balik umah kakaknya yang lebih naik. Nasib baik adiknya baik hati.

Selain dari tu, sempat gak sambar baby buggy, senang nak lipat macam payung harganya RM79.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails