SaHaBaT IsTiMeWa

Monday, August 3, 2009

SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 1 hingga 7 Ogos 2009


Tarikh 1 hingga 7 Ogos setiap tahun telah dipilih sebagai Minggu Penyusuan Ibu Sedunia dengan tema pada tahun ini

“Penyusuan Susu Ibu- Tindak balas Penting Ketika Bencana. Sudahkah Anda Bersedia?”
(Breastfeeding – A Vital Emergency Response. Are You Ready?)

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah terdedah kepada bahaya ketika bencana berlaku – bilangan kematian di kalangan anak kecil boleh meningkat dari 2 ke 70 kali ganda lebih tinggi dari kadar purata kerana terdedah kepada penyakit cirit-birit dan pernafasan serta malnutrisi.

Penyusuan susu ibu adalah kaedah keselamatan nyawa dan perlindungan yang paling baik terhadap bayi kecil. Bahkan dalam keadaan bukan darurat sekalipun bayi berumur 2 bulan ke bawah dan tidak menyusu susu ibu adalah berisiko enam kali ganda untuk menghadapi kematian.

Bencana boleh berlaku di mana sahaja. Apabila bencana berlaku, segala kebiasaan akan dimusnahkan. Ini akan mengakibatkan keadaan di mana penjaga bayi terpaksa bertungkus lumus untuk menghadapi suasana kecemasan dan bayi-bayi akan mudah terdedah kepada penyakit dan kematian.

*sumber dr http://worldbreastfeedingweek.org/


Aktiviti Menarik Sepanjang Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2009

6 Ogos 2009 - Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat PPUM
- Peraduan Teka Silang Kata
- Pameran Penyusuan Susu Ibu
- Gerai-gerai jualan barangan menarik
- Lain-lain aktiviti yang menarik

Jom p PPUM..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails