SaHaBaT IsTiMeWa

Thursday, October 7, 2010

Mengapa CD bocor

Sumber dari pemunya blog CD - tumpang letak kat cni ye artikel ni..
Cara mengatasi CD bocorPertama sekali kenal pasti sebab CD anda bocor (drp kenapa CD bocor di atas)...... Ataupun kalau malas nak kenal pasti tgk je la cara mengatasi ni sebagai checklist.................
1. Lakukan pre-wash sebanyak 3 kali (lagi byk kali dibasuh lagi elok serapannya). Bagi insert bamboo dan hemp perlu lakukan pre-wash sehingga 7-8 kali baru dpt berfungsi dgn baik.
2. Pakai dgn saiz yg betul (jika one size, setkan saiz CD mengikut saiz baby). CD mesti betul2 fit dgn anak anda.

3. CD mesti dipakaikan dgn kemas. Mesti 'ketat'kan pada baby (well-snug di bhg pangkal paha dan pinggang). Selagi boleh masuk 1 jari (dgn mudah) dekat paha baby tu maknanya masih longgar la... Tapi jgn la pulak sampai berbekas getah CD tu pada paha baby.. huhu...

4. Tukar CD selepas 3-4 jam atau apabila perlu. Jangan tunggu sampai melimpah ruah baru nak tukar (macamana CD tak bocor???)
5. Gunakan sabun yg sesuai. Ingat, sabun yg tidak berenzim, tidak berpelembut, tidak berpeluntur dan tiada unsur minyak. Jgn guna sabun seperti Dynamo, Pureen ABD... Juga jgn gunakan sabun mandi, kerana ada unsur minyak.
6. Bilas CD sehabis bersih/ dgn air yg mencukupi (jika basuh tangan).
7. Lakukan stripwashing sebulan sekali atau apabila CD mula leaking.
8. Jika menggunakan pocket CD, insert itu mestilah terletak elok hingga ke hujung (depan) dan betul2 flat/ tidak terlipat (terutamanya di bhg elastik di tengah CD).

9. Jangan sekali-kali gunakan pelembut kain (fabric softener) kerana akan mewujudkan lapisan lain pada CD dan insert yg akan mengurangkan daya serapannya...

10. Sekiranya anda ada menggunakan nappy cream, digalakkan guna nappy liner. Ini kerana krim tersebut boleh terkena pada lapisan inner CD dan menjadikannya kurang menyerap basahan.

11. Selain itu, anda juga boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya. Contohnya jika CD Coolababy yg anak anda pakai selalu bocor (sbb kurang fit dgn anak anda), jadi anda boleh cuba CD yg lebih kecil cuttingnya seperti Babyland printed, Rainbow dan Lunatots. Mcm Lunatots, cutting di bhg cawatnya adalah lebih kecil (slim) jadi lebih sesuai jika anak anda jenis kecil (sbb lebih fit dekat paha).Cara lain utk mengatasi CD bocor adalah dgn mengenal pasti bahagian mana yg selalu bocor/ yg byk basahan (kalau pakai DD masa nak buang tu tgk bhg mana yg byk basah).

Jika anak anda mmg jenis heavy wetter, anda juga boleh cuba CD jenis fitted + diaper cover. Fitted CD mmg sesuai utk baby yg jenis heavy wetter (kot la mmg tak serasi dgn pocket diapers).

Nota:
Kesimpulannya, jika CD bocor selepas dipakai selama 3-4 jam adalah mmg kerana DAH PENUH (salah kita yg tak tukar, bukan salah CD)... Tetapi jika pakai sekejap, sejam atau tak sampai 2 jam (sekali kencing aje) dah bocor tu mmg something wrong la dgn CD tu / cara pakai yg tak betul (sila rujuk kenapa CD bocor seperti di atas)...

1 comment:

Kaklong Nuzula said...

Salam. Artikel ni adalah tulisan saya di entry ini..

http://happy-clothdiapering.blogspot.com/2009/12/kenapa-cd-bocor-dan-cara-mengatasinya.html

Boleh tak nyatakan sumber artikel dan link back ke blog sy. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails