SaHaBaT IsTiMeWa

Wednesday, June 27, 2012

Ajak Si Kecil Mengenali Al-Quran

Sumber : Majalah Pa & Ma

Ramadhan tiba lagi. Pada bulan ini juga menjadi saksi penting dalam peristiwa turunnya ayat Al-Quran atau dipanggil sebagai peristiwa Nuzul Quran. Jadi, apa kata kita bawa anak-anak dan anak didik kita untuk mendalami Al-Quran dari pelbagai sudut di bulan yang mulia ini?

Apabila disebut belajar membaca Al-Quran, ia cukup sinonim dengan rotan. Namun, keadaan masa yang pantas berubah membuatkan ibu bapa dan guru hari ini punya lebih banyak pilihan selain penggunaan rotan yang menggerunkan ini! Kini, terdapat pelbagai kaedah untuk menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran. Flash card, puzzle, CD lagu, carta, program aplikasi dalam telefon bimbit dan pelbagai lagi bahan bantu mengajar boleh digabungkan penggunaannya untuk membuatkan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik.

Bahan Bantuan Mengajar D.I.Y.
Inilah waktunya untuk ibu bapa dan guru kreatif menunjukkan bakat mereka! tidak semestinya terhad kepada penggunaan buku sahaja, Sebagai contoh, ibu bapa dan pengajar boleh menggunakan perisian komputer seperti Powerpoint untuk menghasilkan pelbagai paparan menarik. Slide pembelajaran Al-Quran hasil fikiran anda ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan; memperkenalkan cara bacaan huruf dalam Al-Quran, membantu hafalan surah pendek dan juga bercerita tentang maksud di dalam ayat-ayat Al-Quran. Menariknya di sini, kandungan paparan kita boleh diolah mengikut cita rasa dan tahap pemikiran kanak-kanak yang berbeza.

Permainan Kos Rendah
Ibu bapa dan guru juga boleh menghasilkan alat permainan yang bercirikan pendidikan dari barangan kitar semula. Kotak-kotak boleh dibalut untuk menghasilkan blok-blok huruf hijaiyah. Sampul surat lama pula boleh digunakan untuk aktiviti memadankan nama surah dengan cerita bergambar dari maksud surah tersebut. Mungkin anak-anak akan asyik bermain sehingga tidak sedar tibanya waktu berbuka puasa!

1 Minggu, 1 Kisah Dari Al-Quran
Cara ini telah diguna pakai disalah sebuah tadika Islam di Kota Bandung, Indonesia bagi menerapkan pemahaman yang unggul mengenai Al-Quran kepada anak didik mereka.

Setiap tema pembelajaran akan dilengkapi dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan. Contohnya, jika tema mingguannya ialah ‘Haiwan: Lembu’, ayat Al-Quran yang akan dipelajari oleh murid-muridnya pada minggu itu ialah ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 67-35 yang mengisahkan tentang Bani Israel dan Lembu Betina. Sesi penceritaannya pula akan dibantu dengan buku-buku cerita yang menarik. Banyak buku-buku kisah dari Al-Quran untuk kanak-kanak boleh didapati di pasaran.

Apa yang penting, setiap aspek di dalam pembelajaran Al-Quran seperti bacaan, hafalan, pemahaman maksud dan kisah-kisah dari Al-Quran bolehlah diperkenalkan sejak dari awal lagi. Semoga dengan pemahaman Al-Quran yang dalam dan mantap ini, anak-anak serta anak didik kita akan memegang Al-Quran dengan erat sekali sebagai panduan di dalam kehidupan mereka nanti.

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Insyallah..AMin..

Orked said...

alhmdulillah..mudah2an ank2 kite mjd ank yg bjk pndai

LYAfrina said...

ilmu dunia & akhirat..biar seiring

Orked said...

btl tu lia...harap2 sya bole didik mreka sbaik yg mgkin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails