SaHaBaT IsTiMeWa

Monday, July 30, 2012

Tengku Puteri Aishah selamat dikebumi


Sumber : HMETRO


Salam Takziah buat keluarga Tengku Puteri...

SHAH ALAM: Adinda Sultan Selangor, Tengku Puteri Aishah Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, 56, selamat dikebumikan di Makam Diraja, di sini, tengah hari semalam.
Almarhumah yang menderita penyakit barah lebih dua tahun lalu, menghembus nafas terakhirnya ketika dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, pada jam 12.15 tengah malam semalam.

Tengku Puteri Aishah yang lahir pada 10 Ogos 1956 adalah puteri bungsu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan isteri pertama baginda, Raja Nur Saidatul Ihsan Tengku Bendahara Badar.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menghadiri istiadat pengkebumian berkenaan. Turut memberikan penghormatan terakhir, Raja Muda, Tengku Amir Shah; kerabat diRaja Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Ahli Majlis Diraja, Tengku Seri Wangsa Diraja, Datuk Setia Tengku Ramli Tengku Shahruddin Shah, ketika ditemui selepas istiadat pengkebumian berakhir jam 12.45 tengah hari semalam, berkata ketika mangkat, Almarhumah dikelilingi kaum kerabat Selangor dan jenazahnya dibawa ke Istana Alam Shah, Klang jam 2.45 pagi semalam.

“Jenazah adinda baginda dimandikan dan solat jenazah dilakukan di Masjid Istana Diraja, di perkarangan Istana Alam Shah,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails