SaHaBaT IsTiMeWa

Thursday, September 13, 2012

Pandelela Masuk UM


Pertikan dari :UMNews

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 yakin dengan Program Sains Sukan di UM

KUALA LUMPUR, 12 September 2012 - RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg membuat keputusan untuk menyertai universiti penyelidikan terulung negara ketika dirinya dihujani dengan tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pandelela, 19 sebelum ini dilaporkan mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selama 4 tahun di Australia oleh kerajaan negeri Sarawak, namun memilih UM berikutan program sains sukan yang diiktiraf sebagai yang terbaik antara kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

“Meskipun menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, saya memilih UM kerana program sains sukan yang ditawarkan diiktiraf sebagai yang terbaik di Malaysia.”
“Selain itu, saya memilih untuk melanjutkan pengajian di UM kerana lokasinya yang strategik di tengah ibu negara yang membolehkan saya berulang alik ke tempat latihan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil,” katanya.

Gadis kelahiran Bau, Sarawak itu yang meraih tempat ketiga dalam acara 10m platform wanita di London, menerima surat tawarannya dan insentif khas RM10,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada majlis sambutan Hari Raya di Menara KPT, Putrajaya.
Bagi pihak UM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof yang hadir pada majlis itu, mengalu-alukan kedatangan Pandelela ke kampus universiti terulung tanah air dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan tertinggi buat program sains sukan UM.

"Kami mengalu-alukan kehadiran Pandelela ke universiti terbaik di negara ini. Minatnya untuk melanjutkan pengajian di UM adalah pengiktirafan tertinggi buat program sains sukan yang diperakui Pandelela, pemenang pingat gangsa pada Sukan Olimpik baru-baru ini sebagai yang terbaik di negara ini.”

“Diharapkan dengan kemasukan Pandelela, akan menyemarakkan lagi minat lebih ramai atlit sukan tanah air untuk menyertai UM.”
“Selain Pandelela, seorang lagi atlit terjun negara, Wendy Ng juga turut meluahkan minat untuk melanjutkan pelajaran di UM sekali gus menyertai seorang lagi atlit terjun yang sedang mengikuti Program Sains Sukan di UM, Bryan Nickson Lomas.”
“Pihak pengurusan sentiasa menggalakkan ahli sukan untuk menyertai UM dengan menawarkan program dengan penyesuaian terhadap jadual masa dan aktiviti harian mereka.”

“UM akan menawarkan segala bantuan kepada Pandelela dalam misinya untuk menjadi penerjun pertama negara merangkul emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro di samping mendokong cita-citanya memperkembangkan lagi sukan yang diceburinya di Malaysia menerusi pembabitannya dalam program sains sukan,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails