Assalamualaikum
Malam Rabu ri tu HB belanja. Dia ajak makan steamboat.
Katenya Flaming Steambot kat area Seksyen 33, Shah Alam dekat2 ngan Giant baru
tu. Kami main redah je. Takyah dok booking bagai. Korang mesti pernah pergi. Lagi2
mereka yang tinggal area Kelang atau mereka yang suka JJCM. Biasa kami makan
steamboat kt Tupai-tupai je.
Kali pertama makan steamboat kat Flaming ni. Kiranya
cawangan Flaming yang kat Sunway tu la. Tempatnya memang senang nak parking
berbanding kt Sunway yang sesak tu. Masa kami sampai org tak ramai. Lame
kelamaan penuh sekedai.
Bayaran untuk satu kepala rm29.90. Bayaran untuk kami 5
beranak ialah RM73 + tak tau la rm brape dia cas untuk Aqilah, Alesya dan
Afiqah. Yang penting kami dapat makan sepuas2nya malam tu. Makanan kat situ
memang banyak. Berbagai pilihan. Macam2 ada. Segar lagi, sebab dia duduk dalam
peti ais, dim sum pun ade, ice krim macam biasa la. Cedok je. Yang Aqilah dan Alesya
sibuk dok mencedok ais krim ngan mashmello je. Lagi2 bile mashmello tu dia
celup coklat pastu tabor coklat rice berkaler2 tu. Memang la menarik. Afiqah pn
suka, habis melekit2. Saya ngan HB pulak sibuk makan, ape lagi da bayar, makan
je la selagi boleh muat perut.
Ape pn malam tu kami hepi. Tapi yang tak bes cuma dapat amik
pic skit je. Sebab jarak meja antara jiran sebelah dekat sangat. Malu nak snap
pic. Tu pun guna hp je. Gambar kat atas ni gambar dari blog Flaming.
Bagi yang nak makan2 kat sini kna datang awal skit, sebab
takut meja penuh..hee
No comments:
Post a Comment