SaHaBaT IsTiMeWa

Tuesday, September 1, 2009

Jom cuba Resepi



Sedapnye tengok..ape kate kite cuba..senang jer nak buatnye..

Gulai Lemak Kuning Ikan Dengan Nanas
BAHAN A

• 1 ekor ikan tenggiri
• 5 biji bawang merah
• 4 keping asam keping
• 2 hiris lengkuas
• 1 inci kunyit hidup
• 10 tangkai cili kering
• 2 biji kelapa parut
• 1/2 biji nanas (dipotong keping-keping)

CARA MEMBUATNYA

1. Ikan dipotong mengikut cita rasa.
2. Kelapa digaul dengan cili dan diperah santannya.
3. Bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan halia dikisar.
4. Panaskan santan dengan api yang perlahan sehingga masak.
5. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar, asam keping, dan garam secukup rasa.
6. Biarkan mendidih, masukkan ikan dan nanas.
7. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
****************************************************************************


Fruit Punch

BAHAN SAYUR:

• 2 biji buah oren - dipotong
• 200 gram tembikai - dipotong
• 200 gram nanas - dipotong
• ½ gelas ais

CARA MEMBUATNYA :

1. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi dan kisar di dalam mesin pengisar.
2. Tuang di dalam gelas dan hiaskan dengan potongan buah-buahan.
3. Enak diminum ketika sejuk.


Sumber dari Mingguan Wanita

2 comments:

UmiDAnisH said...

sedapnyer... terliur ni..

Orked said...

sabar umidanish..kan puasa nih..al nnti bole cuba kat rumah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails