SaHaBaT IsTiMeWa

Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja & Hepi Anniversary mak & abah


Esok 1 Mei 2010, seluruh rakyat Malaysia bercuti menyambut Hari Pekerja. Wah! besnya cuti..Dengarnya tema untuk hari pekerja tahun ini adelah 'Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi'...



Selain itu 1 Mei juga ulangtahun perkahwinan mak & abahku yang ke 31..semoga mak & abah kekal bahgia hingga ke akhir hayat dan sihat selalu serta murah rezeki..amin

Basikal baru Aqilah

Aqilah memang dah lame nak basikal ni. Tapi ku diamkan jugak, bukannya ape, ku takut dia main kat jalan n jatuh..dia selali nampak anak makcik ku main beskal tue yg dia minta..

Aqilah : Ibu..buu..buu..kakak nak basikal macam cik ya
Ibu : Ok, nanti ibu suruh abah belikan yer..
Aqilah : yey! Yey! Dapat basikal..
Ibu : Amboi, seronoknya anak ibu nak beskal..
Akhirnya, satu petang tue ku temankan makku pergi beli barang, terlalu ler kat kedai basikal..apalagi…ibu kakak nak beskal..menangis dia..tak samapi hati pula aku melihatnya..

Jadi ku pun rembat ler satu, kbetulan same ngan warne baju yang dia pakai aritu..
Ape lagi seronok tul dia…balik umah terus main..balaik2 umah..

Aqilah : abah, kakak ade beskal..
Abah : sape belikan?
Aqilah : ibu..
Abah: cakap ape kat ibu
Aqilah : Ibu, time kaceh..i luv b u..


Diapun memelukku..terharu ku rasekan..bijak sungguh Aqilah..ibu nak kakak gembira..







Ya Allah, banyakkan la susuku..


Ya Allah, bnyakkan le susu ku..

Aku harap aku dapat susu Echa hingga umurnya 2 tahun @ selebih yang mungkin..ku takut susuku kurang..jadi macam benda yang ku makan untuk menambahkannya..ulam jantung pisang, bunga kunyit, minum susu, soya, lobak putih masak sup dan macam2 lagi ler..

Kali ni ku nak cuba minuman ni pulak..rasenya memang lain..nak kate kurma bukan..tapi ade cikit2 macam air mate kucing ler..sedap diminum jika suam2…

Kite beli benda ni kat giant..kat mydin pun ade gak..
Kepada kawan2 yang ade petua lain harap dapat kongsikan bersama yer

Gigi pertama si kecil

Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :
Kegatalan gusiIni boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.
Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketiak dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.

2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.

3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.

5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.

Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini. Masalah gigiMenyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Senyumlah Sayang!

Apabila si kecil mula menunjukkan wajah yang masam. Anda pasti ingin melakukan sesuatu untuk melihat senyuman riang darinya.

Objek terang
Ketika ini penglihatan si kecil mudah dirangsang dengan menggunakan objek warna terang. Dia akan asyik bermain dengannya. Lebih menarik jika mainan itu mempunyai bunyi apabila ditekan oleh si kecil. Bunyi bising daripada mainan itu akan membuatkan si kecil ‘sibuk’ sepanjang hari. Contoh permainan yang selamat ialah anak patung dan buku lembut.

Cermin oh cermin!
Letakkan si kecil di hadapan cermin. Biarkan dia bermain dengan ‘dirinya’ yang dianggap sebagai kawan barunya. Pasti dia seronoknya melihat pergerakan tangan dan badannya. Si kecil mungkin akan mencium dirinya sendiri dan tersenyum sendiri.

Menari bersama
Bayi sukakan bunyi melodi yang lembut. Muzik membuatkan mereka merasa diri??. Di samping itu, pasangan muzik kegemarannya. Kemudian menarilah bersamanya dengan memegang tangannya. Si kecil dan anda pasti gembira bersama melakukan aktiviti itu.
Anak patung beruang
Aktiviti menggoyangkan anak patung beruang ini, akan membuatkan si kecil teruja untuk tersenyum. Gerakkan anak patung ini ke kanan dan ke kiri. Juga beberapa aksi seperti anak patung ini terjatuh dan terkena badannya. Aktiviti sebegini membuatkan si kecil ceria. Malah dia akan cuba mencapai dengan tangan untuk mendapatkan anak patung untuk dipeluknya!

Katil yang selesa
Anda dan bayi baring bersama di atas katil. Pegang bayi ke atas dan pandang wajahnya dengan penuh keseronokan. Hubungan mata antara ibu dan bayi akan membuatkan bayi merasa selamat sekali gus membuatkan bayi berasa gembira.

INFO :Setiap ibu bapa perlu sentiasa memeluk bayi. Perbuatan seperti ini secara semula jadi akan memberikan rasa selesa dan keceriaan kepada bayi. Begitu juga dengan ciuman, dukung dan main bersama adalah antara aktiviti sentuhan yang membuatkan bayi merasa seronok melihat dirinya disayangi anda. Jangan lupa, sentiasalah menunjukkan wajah yang ceria di hadapan si kecil anda.
Ini adalah petikan daripada majalah PA & MA untuk dikongsikan bersama

Wednesday, April 28, 2010

.::Cintamu Mekar Di Hati::.

Khas buat suamiku yang tercinta... Jainudin Md Nawawi

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku....
Ku harap kau mekarlah selama-lamanya...
Kau umpama bintang menyinari hidupku....
Ku harap kau terus bersinar....
Di ketika kau perlukan aku....
Sentiasa aku ada di sisimu....
Di ketika ku rindu padamu...
Terasa cinta semakin dalam...
Sayang... kasih ku abadi...
Cintamu mekar di hati ini... K
au dalam ingatan..
Di sepanjang hayatku...
Demi teguhnya cinta...
Selama lamanya...

Tuesday, April 20, 2010

Setia Bersama Enfagrow A+


Sekarang kami beli susu Aqilah kat 99 Speedmart je . Sebab bagiku harga kat cni lagi murah berbanding ngan pasaraya dan kedai2 yang lain. Kalu kat pasaraya besar mencecah RM 80 + kalu yang dalam tin. Kami biase beli yang dalam kotak besar tue harga dalam RM 69.95 dan yang kotak kecik RM 38.30, kotak kecik ni rasenya sebelum ni harga dalam RM36+ je..sekejap je dah naik harganya. Lagipun 99 ni tak ramai orang, senang nak bayar n dekat jugak ngan kawasan rumah.

Sekrang ni dah ade susu baru lak..kalu dulu kotaknya kuning tapi yang baru ni kotak cam oren. Dulu memula tak brani nak beli kotak oren yue sebab takut Aqilah taknak minum. Tapi p lagi skali bace rupenya same ngan kotak ngan lama tue, Cuma dia ade tambahan benda2 lagi..ok la, sebab harga nya tetap same..Aqilah ni pminat perisa honey, dulu skali penah ler ku terbeli susunya perasa vanilla..ble buat susu dia tak nak..katenya tak sedap, jadi terpaksa la beli yang lain. Puas ku pikirkan ape nak buat ngan susu tin vanilla tue. Dah la beli kat IOI harga RM80+. Akhirnya ku campurkan vanilla n honey..sib baik dia tak dapat rase lain..Aqilah mmg kuat menyusu..rase nak tukar susu lain..tapi rase macam tak sampai hati je..takpe le dia dah serasi ngan ENFAGROW A+ ni..terima kasih ENFAGROW A+..

Monday, April 19, 2010

Mandi bersama

Budak 2 bradik ni mmg akrab, saling sayang menyayangi walaupun mereka masih kecil, terutamanya si adik, Alesya. Setiap kali ibu n abah minta cium kakak mesti dia akan cium ngan penuh kasih sayang. Siap ade bunyi "mmuuaah"..adekalanya dia sendiri yang akan cium kakaknya..
Kite galakkan mereka mandi bersama agar hubungan keakraban mereka akan terus kekal selamanya. Mereka ni mmg suka main air, kadang tue buat satu pembaziran..semua paip, air kolah habis dibukaknya..sehinggakan orang yang mandikan pun akan turut basah lencun sebab dikerjakan oleh sikakak..

Aqilah & Rabbit

Aqilah ni mmg suka ngan rabbit. Tapi rabbit ni bukan kepunyaan Aqilah, tapi ia milik sepupu Aqilah yang lebih mesra dipanggil Cik Pinas. Rabbit ni hadiah dari ayah cik pinas untuknya.
Ade 3 ekor semuanya, 2 putih dan satu hitam. Rabbit ni mmg jinak. Sebab tue Aqilah suka tengok..

Makan2 kat Alissara Thai Cuisine Restoran

Ahad malam pulak Deqna pulak yang belanja. Murah rezeki betul kami minggu ni..kalu tak dia nak blanje ari jumaat malam tapi disebabkan adik iparku keje jauh jadi dia pun pilih ari ahad malam sebab smua ade..deqna minta ku carikan satu tempat makan yang best..disebabkan nak pilih tempat yang dekat ku pun pilih Restoran Thai kat Puchong Intan..nama dia Alissara Restoran..dengar2 dari cerita kawan2 yang pernah menjamu selera kat cni, makanannya sedap..jadi aku pun teringin nak cuba..betul ke sedap?..
Restoran ni bukak waktu petang je..mula dari pukul 5.30 petang hingga 3 pagi kalu tak silap. Fuh! Memang penuh tempat duduknya, nasib baik akal ku panjang..ku dah tempah tempat duduk dulu..tempah untuk 10 orang je..

Sesampai je terus amik order..macam2 air di order, makanan lak kami order Tom Yam Kelapa, Siakap masak Stim, Siakap 3 rasa, cendawan goreng, somtam (kerabu mangga), lala masak pedas..tengok memang bes..ok la makanan kat cni...best n mahal gak ler..Cuma lalanya je mase tue macam dah busuk skit..tom yam kelapa dia bes gak sebab lain skit..dia bersantan..
Ble dah kenyang apalalagi time untuk bayar, kira punya kira RM 190…fuh! Macam tak percaya je..ape pun terima kasih pada deqna sebab sudi blanja..

Alesya, Aqilah & KFC

Alesya makan kentang goreng



Aqilah asyik sebut KFC..dia mmg kenal sangat ngan logo KFC n suka sngat ngan KFC


Akhirnya malam tue atok Aqilah blanja makan KFC


Ala beli kat kedai pastu makan kat umah je sbb atuk tak suka sangat nak makan kat luar. Kami p beli KFC kat USJ 23, lagi pun kat ctu tak ramai sangat orang sebab KFC ni dalam petronas..


Jom makan ..Yummyy..

Thursday, April 15, 2010

Cerita Ruam Aqilah 1..

Aqilah oh Aqilah..nape ler kulitmu terlalu sentisitif, bukan sensitive ape, tapi sensitive ngan cuaca yg panas..kadang tu kesian ibu tengok kakak (panggilan buat aqilah)..dulu ramai org cakap kakak putih..kulit cantik..tapi skang kulit kakak berubah jadi merah2 @ ruam terutama pada bahagian pampers, leher, depan dan belakang badan..macam2 ubat dah abah beli untuk pulihkan aqilah..macam2 klinik baik jauh @ dekat, pakar @ bukan pakar, berbayar n tak berbayar (klinik panel ibu) dah kami kunjungi..
Sebab dah macm2 ubat pakai tak kesan, akhirnya hubby ku senyap2 bwa kak p pakar kulit kat Bandar Puteri Puchong, tue aku yg search dalam internet..ku tak dapat p mase tu sbb ku ade klelas cup cakes tue ler..balik2 ku tengok kt atas katil ade resit..rupa2nya resit klinik pakar kulit tue tertulis nama Nur Aqilah Insyirah..sekali p pakar kena RM390, terkejutku dibuatnya..mengucap besar tue..hubbyku kate, biase ler..dah name pun pakar..tapi macam tiada perubahan langsung..doktor tu bagi 2 ubat makan, satu sabun jenama cetaphill, ubat untuk digunakan jika ruam luka, losyen dan krim..dah ler anakku ni penakut nak makan ubat..tue pn sampai 3 org pegang baru leh makan…sampaikan kakak menangis2..kesian lak..tapi untuk kebaikan ape salahnya..tapi tue ler, 3 mingu tiada ape perubahan..
AKHIRNYA…aku search lagi dalam internet, terjumpa lak barang Gamat Emas..ye le, orangkan cakap gamat ni bagus..rase macam nak mencuba..mane tau kakak serasi..aku pun cari alamat dan buat temujanji ngan kakak yang bernama faizah kalu tak silapku..dia kate kedai dia kat ngan OTK dan kat celah2 lorong kecik blakang KFC. Akhirnya terjumpa gak, rupa2nya dia makan kedai kecantikan..masuk2 dia pun cite ler pasai produk ni..dia sapu2 kat Aqilah losyen gamat tue dan dia bagi kakak rase spirulina anggur..kakak suka..dia cadangkan amik set..sprirulina + losyen gamat + sabun..2 mggu jugak ler guna, tengok tiada gak prubahan


dah macam putus asa dah..tapi aku takkan putus asa sbb aku n hubby aku nak tengok kulit kakak kembali macam dulu..


dah macam putus asa dah..tapi aku takkan putus asa sbb aku n hubby aku nak tengok kulit kakak kembali macam dulu..






Wednesday, April 14, 2010

Perginya aku ke Bake With Yen


Semenjak masuk kelas cup cake kat Lea Oven ari tu aku makin rajin menyinggahkan diri ke satu kedai kek yang baru ku tahu kewujudannya..tak sangka lak kat Puchong ni ade kedai bakeri yang besar..mane lagi tempatnya kalu bukan kat Bandar Puteri Puchong..


Kalu korang nak tau name kedai tu Bake With Yen atau korang leh lawat blog ni BAKEWITHYEN..sekali dengar makan kedai ubat cina pun ade yek..sekali pergi, wow! Memang terpegun ngan barang2 kek kat dalam kedai tue..terus jatuh cinta pandang pertama tau..barang2 kat cni murah2 juga..kalu nak buat kek tu mmg tak bimbang ler nak cari barang2..smua lengkap..dari tepung hingga ler ke pembakar..kalu korang tak caya p ler..kedai ni pun ade buat kelas gak..

Sambut Besday Abah..


9 hb aritu hari jadi abah, aku mmg dah plan awal2 nak beli kek untuk abah sbb rasenye x sempat nak buat memandangkan Aqilah n Alesya suka sngat mengacau..kang abis adunan kek tumbang atas kepalanya (betul ke ayat ni) huhuhu..


Ape2 pun beli je yang paling senang. Balik tue dah gtau hubby yang aku nak singgah jup kat OTK Puchong. P kedai bakeri cottage..tgk2 keknya same je..smua aku dah pnah beli..lastnya aku amik boston cheese cake..yummy..sedap je nampaknya, skali pandang macam pudding caramel pun ade..tapi sebenanrnya mmang kek pun tau..


Disebabkan kepenatan n malas nak memasak, aku beli yong tau foo, mihun sup dan laksa. Ala untuk kami makan 6 branak je…


Ape2 pun hepi dapat buat beday abah walaupun hanya seringkas yang mungkin…

Thursday, April 8, 2010

Selamat Hari Jadi Abah..

Hari ini 9 April 2010 genap ler umur abahku tersayang 50 tahun.
Selamat Hari Lahir Abah,
Moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat2 selalu n bahgia sentiase.
Kami semua sayang abah..

Kang balik keje nk bli kek untuk abah, ari minggu baru dekna blanje..

Friday, April 2, 2010

Masuknya Aku ke Kelas Cup Cakes

Akhirnya tercapai gak hasratku nak belajar buat cup cakes. Kalu korang semua nak tau kite belajar kat lea oven. Sasepe yang berminat leh ler lawat blog ni http://www.lea-oven.blogspot.com. Yuran untuk blajar ni cuma RM180 tunai tau..kalu nak tau student yang paling jauh datangnya dari slim river n seremban. Ha sanggup dorang datang semata2 nak timba ilmu..bagus sangat..

Dalam kelas yang ku hadiri pada 27 Mac 2010 ni kelas yang paling ramai cikgu lea gtau..
Inilah hasil tangan kami semua. Seonok tengok. ble cake dah jadi macam ni. Macam tak percaya ni yang kami buat sendiri. Untuk makluman kawan2, setiap pelajar kena decokan 16 biji cup cakes.

Kami tekun mendecokan kek masing2..siap dapat sijil lagi tue..kalu berminat cepat2 daftar tau..atau leh sms je kat kak lea..


Belon Udara Panas, Putrajaya

Ni gambar mase pertunjukan belon udara panas kat Putrajaya pada bulan Mac yang lalu..heheh..sempat gak menjejakkan kaki dan menjamu mata melihat belon yang besar ni. Manusia usah ler cakap..macam semut sehinggakan berlaga2 badan..nak mendapatkan parking pun lagi satu masalah..tapi akhirnya kami berjaya juga dapat tempat parking walupun penat kaki berjalan..






Thursday, April 1, 2010

Funfair kat Tesco, Kuala Selangor

Dah lame rasenya tak p funfair..alih2 mase nak balik ke Tanjung Karang, ternampak lak funfair kat depan Tesco, Kuala Selangor. Funfair ni mase bulan 3 ari tue. Ape lagi, jomm abah, kate Aqilah..abahnya pun kate ok, malam kang kite p..wow! sonoknya..tapi yang paling sonok adalah anakku Aqilah..adiknya xtau pe lagi..jom layan..
Macam2 mainan ade..tapi yang paling banyak mainan orang dewasa le..aku n abah Aqilah sempat gak naik mainan sotong kat bawah ni..adoii! rase macam nak terkeluar isi perutku ini..takuuttt..tapi Aqilah ngan abah dia slamber je..

Ape2 pun kami sonok sangat..mekasih abang sebab bawak kite smua p cni..nanti len kali kte p tempat lain lak ye..

Pusing-pusing

Seronok gak dok kt kampung..lelagi le kalu kampung kat sawah n tali air..

Ni ler gambar kami sepanjang berada kat sawah selama 4 hari..hubbyku sempat bawa kami pusing naik motor sekitar kunci air..kalu nak tau dekat2 cni le terletaknya pokok yang dalam cite muhsin tue..ala x sempat nk snap lak gambar pokok tue..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails