SaHaBaT IsTiMeWa

Sunday, April 28, 2013

Bubur Lambuk Terengganu..



Hari Sabtu adik lelaki saya datang kat umah mak. Sedang seronok bercerita dia minta mak buatkan bubur lambuk. Katenya yang buat ri tu tak cukup, tak puas makan

Ape lagi mak pun pergi la cari sayur-sayur yang sepatutnya. Kebetulan kat umah ade la jugak menanam sayur-sayur kampong ni. Bubur lambuk Terengganu ni tak macam bubur lambuk kampong baru tau. Bubur lambuk ni menggunakan banyak sayur-sayuran kampong..macam pucuk ubi, daun kesom, daun kunyit, pucuk manis, paku merah, ulam bulu, letak lada hitam, ikan, cili blander, bawang, santan dan lain-lain. Dapat lah satu periuk besar. Puaslah kami anak beranak makan. Kebetulan cuaca mendung, lagi sedap lah bubur masuk ke mulut kami. Saya sampai 3 kali menambah. Percaya tak? Kalu korang nak sedap lagi perahkan sedikit asam limau dan letak sedikit kicap..yummyy…terangkat bebb

Kalu anda nak resepi pergi je kat Encik Google. Mesti jumpa. 

Thursday, April 18, 2013

Baju mandi Mickey Mouse kami...



Sekali pandang macam kembar
Dua kali pandang memang tak kembar pun..
Mane-mane pergi memang semua orang cakap mereka kembar
Hee..hanya sekadar kembar baju je, jetak tau la pulak nanti-nanti dapat adik kembar..
Lagipun sejarah keluarga ada juga kembar, belah nenek..tapi kembar tak seiras
Seorang lelaki & seorang perempuan..
Kakak Aqilah 6 tahun dan angah Alesya 4 tahun…
Suka sangat ngan baju mandi mickey mouse ni.. comel tak baju kami…hanya rm29
Sebenarnya smua ade 3, yang adik tak nak pulak bergambar..

Thursday, April 11, 2013

Hari Kedua Melawat Kilang Satay, Kota Belanda & DLL

Selepas penat seharian pusing dilaut kami pusing didarat pulak. Ni aktiviti tengaharinya pulak. Dalam panas-panas terik kami menyewa 2 van untuk memusing sekiatr Pulau Pangkor, Taksangka besar juga pulau ni ye, majoriti penduduknya adalah kaum cina dan sebahagiannya lagi kami Melayu.

Kalu tengok tamah mereka betul macam muat-muat untuk rumah je.
Kami dibawa melawat ke Kilang Satay, sebelum ni hnya tau makan je...baru la tau kilangnya macam mana. Untuk maluman korang satay-satay kat Pulau Pangkor ni dibuat oleh orang melayu. Cuma tokey ny aje yang cina. Jadi tak yah risau nak makan satay tu ye..






 Selepas melawat kilang satay, kami dibawa pula ke tokong cina, ape tah name tempat ni, kat sini kite boleh tengok ikan besar dalam kolam tu



 Ni pulak, Batu Bersurat
 Dan yang ini Kota Belanda





Hari Kedua Pagi - Boat Trip - Pulau Pangkor

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

Sambung semula cerita trip ke Pulau Pangkor ri tu, hari ke2 berada di Pulau Pangkor kami 4 family plan untuk pusing sekitar pulau. Jam 8.00 pagi dah berada di pantai sebab dah janji ngan mamat tu pukul 8 pagi. Antara aktivinya adalah aktiviti snorkeling, pergi Coral Island, kami juga dibawa melihat Turtle Rock, Monkey Bay, Whale Rock dan Crocodile Rock.


Gambar sekitar Coral Island, pantai kat Pulau Pangkor ni tak lah secantik pantai di Langkawi. Airnya sedikit keruh. Tapi tetap seronok anak-anak main air...


Bile naik bot ni, teringat masa naik bot kat Langkawi ri tu. Afiqah sampai menutup mate sebab laju sangat mamat tu bawa. Rase macam nk tergolek dalam laut je.









Friday, April 5, 2013

Hari Pertama : Jeti Lumut & Pangkor

Alhamdulillah, perancangan untuk bercuti di Pulau Pangkor akhirnya tiba. Gambar setibanya di Jeti Lumut diabadikan sebanyak mungkin untuk kenang-kenangan. Walaupun perjalanan kami agak terganggu sedikit, dengan temparature kereta yang naik secara tiba-tiba.

Kami sampai di Jeti Lumut tepat jam 12 tengari, siap beli tiket, kami ke feri yang sedang menunggu untuk penuh. Kat Jeti Lumut ketika ini memang tak ramai sangat orang, mungkin sebab penghujung cuti sekolah kot.

Tengok lah ragam puteri-puteri saya ni..heee


 Gambar dalam feri, maklumlah anak-anak pertama kali naik feri ni, dulu pergi masa Aqilah dalam perut, sekarang dia dah 6 tahun. Lama tu...
Sampai sudah ke Pulau Pangkor' Selamat Datang Ke Pulau Pangkor",  menyambut kedatangan kami. Jetinya masih tak berubah seperti dulu..van-van kaler pink pun turut menyambut kedatangan kami dan sedia menghantar kami ke destinasi.
Destinasi seterusnya ke tempat penginapan yang telah sedia ditempah "Pangkor Bayview'..ok juga tempat ni..Mase sampai ni bilik tengah dikemaskan. Jadi terpaksa tunggu kat lobi kejap.
Kakak Aqilah yang sibuk tak sabar nak mandi kolam. Sya sibuk menjaga princess kecik yang lasak..jomm

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen DiBubarkan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nampaknya desas desus yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada hari ini nampaknya tepat sekali, pada jam 11.30 pagi tadi, Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Tarikh Parlimen Di Bubarkan Hari Ini iaitu 3 April 2013 secara rasmi melalui siaran televisyen sebentar tadi. Saya dengar di radio aje…hee

Dengan pengumuman ini, maka bubarlah sudah Parlimen Malaysia yang ke 12 ini, dan yang pastinya negara sudah meriah dengan pelbagai jenis warna bendera yang telah menghiasi pelbagai ceruk tempat serta negeri. Dan yang pasti, inilah kali pertama saya mengundi!
Tak sabar merasai mengundi…

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails