SaHaBaT IsTiMeWa

Tuesday, May 25, 2010

Echa memanjat...



Tengok ler anak kecik ibu ni. Umur 11 bulan dah start memanjat, kalu grill ni dia boleh panjat sampai 3. Ibu gerun je tengok, takut2 kalu Echa jatuh. Kakaknya pun risau gak..tengok ler tue..
Alesya skang dah setahun 2 minggu. Hari ni baru start injet pas demam selama seminggu dan berat badannya pun turun 7grm..ala kesiannya adik.
Perkara2 yang Alesya dah pandai setakat ni :
# Pandai sebut abah
# Kalu nakkan sesuatu dia akan sebut 'NAK'..nyaring je suaranya sebut perkataan tue
# Lagu satu kalu nak mintak sesuatu pulak dia akan sebut "BAK"
# Nak bagi sesuatu dia sebut "NAH"
# Kalu nampak cicak dia akan sebut "ENCAK' tue cicak ler tue
# Monyet pulak..NYET
# kalu nak kete mainan dia bleh wat aksi mat rempit..jgn x caye
# Nak makan dia sebut "AMUM'
Itu ler dia anak ibu..makin lasak & tetap aktif walau demam sekalipun..

Monday, May 24, 2010

Memasaknya ibu...

Penin pikirkan..ape ler ibu nak masak..kadang2 tue kalu rajin terjah gak kat beberapa blog masakan..fuh! sungguh menyelerakan resepi mereka2 ni..
Pikir2 punya piker akhirnya ibu pilih untuk masak kerang masak kuning, pak choy bercendawan sos Tiram, ikar kalapia berempah & rojak buahan2 sebagai pencuci mulut.
Kerang masak kuning ni mmg peberatnya abah Aqilah. Kalau makan kerang mmg tak ingat dunia..sedap katenye. Akhir2 ni kalu kami nak makan kerang terpaksa disorok2kan dari Aqilah. Maklum ler Aqilah mmg penggemar kerang macam abahnya..bukannya ibu & abah tak bagi dia makan, tapi untuk kebaikan alerginya tue..kesian kakak..tapi kadang tue ibu bagi juga dia rase satu..


Ibu pulak sejak masak pak choy + cendawan butang ngan sos tiram nie, rase macam ari2 nak masak benda tue je..bukannye ape2 suka sangat ngan sayur nie..walaupun harga cendawan butang ni turun naik..tapi sebab nak makan, ibu beli jer..

So, sedapnya kami mjamu selera ngan juadah itu..bahgia rasenya dapat makan dari air tangan sendiri




Sunday, May 23, 2010

Alesya demam & ibu wat pap smear

Sedih ble tengok anak2 ibu demam..

Memula adiknya demam dulu.. alesya start demam 12 Mei..kbetulan 12 mei tue dia kena injet lak tue..injet setahun..demam2 pun p jugak ler kat Klinik Desa tue..macam biase, pagi2 pagi ibu jadi tukang bukak pintu klinik sebab nakkan no 1..mmg ibu pun yg dapat nombor 1..

Pas ambik nombor, balik umah jup nak amik Alesya, kbetulan hari tue hubbyku shift malam, jadi adalam kul 7.30 pagi baru dia sampai umah..sampai umah abah Alesya nak ikut juga temankan..soksek2..kul 8 lbh no dipanggil..masuk dalam bilik..nurse gyau Alesya tak leh injet sebab demam dia 37c (tapi kalu dokter klinik panel, dia cakap 37c suhu normal) tapi badan Alesya mmg panas lain macam time tue..nurse suh datang 26hb ni..

Disebabkan Alesya tak injet, ibu pulak nurse suh buat pap smear, nak tak nak terpaksa gak ibu buat..berdebar jantungku dibuatnye..padahal tak sakit pun..ble dah suap terus p keje..

Dari 12hb tue, setiap malam badan Alesya panas, nasib baik dia jenis yang tak merengek. Walaupun demam tetap aktif..sampaikan satu tahap demamnya cecah 39c..dokter suh bawa Alesya p hospital, tapi ble pikir2 balik, kalu bawak p spital nanti macam2 pulak yg dia kena buat & dibuat..maklum ler hospital..rase seri dah dok hospital..

Seminggu jugak ler Alesya demam..sampai 21 hb mei baru demamnya baik..seminggu tue berulang alik ke klinik je kami & ibu asyik Emegency Leave je..takut jugak kalu benda2 yang tak sepatutnya jadi..alhamdulillah Alesya dah baik..cuma dia batuk & selsema aje..

Creative Blogger Award - sila ambil ye?



Pagi2 dah p jengah blog min @ ibu dalila suka baca cerita kat blognyer..

Baca punye baca ade plak nama ibu "ORKED"

Mekasih Min sebab sudi bagi award ni kat akak..

Ok, ibu nak bagi award ni pada sesiapa je yg sudi..sila2 ler amik ye kawan2

Thursday, May 20, 2010

Baby With Soother/Feeding Bottle Contest




nama anak : Nur Aqilah Insyirah Jainudin
tarikh lahir : 23 oKTOBER 2007
Contest yang ni pulak, adalah contest dari mama khalish. Contest ni dibuat sempena ulangtahun anak terunanya khalish..selamat ulangtahun khalish..
Nak join, klik je link tue..
Cerita tentang gambar :
Gambar pertama gambar mase Aqilah berumur 1 tahun..tgk ler mukenye..lain ckit dari gambar kat bawah tue kan..
Gambar lagi satu pulak mase dia dalam troli mase kami pergi shopping kat Mydin USJ..menyusu sebab kehausan..mane taknya, suara dia je dengar satu mydin tue :)

Contest Hadiah Untuk Eriem



Contest hadiah untuk Eriem..jom ramai2 join..
Macam biase, segala syarat anda boleh ke blog mama aqif...

Bingkisan buat Eriem :
Selamat Hari Lahir Eriem
Lahirmu kedunia umpama permata yang indah
Cantik dipandang suka dilihat..
Lahirmu bagai satu anugerah indah buat keluarga
Gembiranya keluarga tidak terkata
Kau adalah rahmat terindah yang ibumu miliki
Tidak mampu diucapkan oleh ibumu betapa gembiranya hati
Memperolehi cahaya mata seorang insan yang comel sepertimu
Kau yang diberikan nama Eriem Shakiemi
Permata hati ibu dan ayahmu

Selamat Hari Lahir eriem
Semoga hari2 yang mendatang
Dapat kau tempuhi dalam keharmonian dan kegembiraan
Eriem,
Kau yang comel mula melangkah bijak
Kuucapkan selamat hari lahir padamu
Semoga ikatan kau dan ibu serta ayah akan terus bertaut erta hingga akhir hayat

Contest Ungu Purple Crazy

Jalan2 kat blog kawan2..terjumpa lak contest nie..mmg penah tpikir nak buat contest warna ungu ni..tapi tak jadi2 lak..akhirnya dapat lak join contest ungu anjuran nazzcoco.blogspot.com

Cerita gambar :
Gambar ni mase majlis perkahwinan adik lelaki ibu tahun lepas. Temanya mmg warne purple..sweet sangat warne ni..kami sekeluarga mmg dah capai kata sepakat nak pakai warna purple..jadi ni ler hasilnye..Cuma abah ibu je tak purple sebab ingatkan dia nak pakai baju adik ibu tue, tapi disebabkan besar..tue yg abah lain warne..ibu yg dukung Alesya paling tepi tue..
Purle atau ungu adalah warna yang melambangkan Symbol kehormatan, kebanggaan dan kejayaan. Susunan bunga mekar yang penuh dengan warna ungu menggambarkan kesempurnaan dan rasa kekaguman. Sesungguhnya ungu itu sangat manis, selembut sutera sedingin salju…

Wednesday, May 19, 2010

Contest "Tidur Paling Comel"

Nama : Nur Alesya Qaisara Jainudin
Tarikh lahir : 10 Mei 2009
Umur : 1 tahun 10 hari
Warna kesukaan : Pink

Ibu bukan ler gile contest..tapi sekadar mencuba segala contest yg ade..mane tau kot2 ade rezeki anak ibu..maklumler skang ni macam2 contest yang dibuat..
Ni ibu nak join contest Sempena Pembukaan "Online Shop" InfantiaHouse yang dilancarkan pada 14.02.2010, Tuan rumah nak bagi Free kat siapa2 yang berminat nak mencuba nasib untuk mendapatkan Bantal yang empuk, Gemuk lagi Montok dari InfantiaHouse ni....mmg bebaloi gak kalau dapat tilam utk baby ku..Syarat nye senang jer... kilik je kat link tue..

Tuesday, May 18, 2010

Contest Kasihnya Atuk


Nama anak : Nur Alesya Qaisara Jainudin
Umur : 1 tahun 8 hari
Tarikh lahir : 10 Mei 2010
Yahoo..hujan turun..sejuk2..bleh jadi beku camni..ngantuk pun ade…huhuhu..
Jom join contest..contest ni dibuat sempena besdaynya Asyraf. Hepi besday Asyraf, moga jadi anak anak yang soleh yer..

Kali ni contest untuk atuk..
Cerita tentang gambar :
Gambar ni diambil mase besday Alesya yang pertama pada 10 Mei 2010 yang lalu. Alesya ni memang manja ngan atuknya. Pantang nampak atuk cepat2 dia merangkak kearah atuknya..dan terus berpaut pada kaki atuknya..setiap kali atuk pergi atau balik keje pasti dia akan dukung n cium Alesya dulu..begitu ler kasihnya atuk pada Alesya..

Sunday, May 16, 2010

Sustagen di Alamanda, Putrajaya

Pagi tadi ibu jalan2 kat laman web mead johnson..sebab Aqilah & Alesyakan minum susu ni..jadi untuk dapatkan ape2 info menarik ibu singgah kat cni jup..jadi ibu terjumpa la yang ni untuk dikongsikan bersama teman2..

Jom ramai serbu Alamanda...

WAWA 5TH BESDAY GIVEAWAY-SENYUMAN PALING MENAWAN


Nama : Nur Aqilah Insyirah Jainudin
Umur : 2 tahun 7 bulan


Contest senyuman paling menawan contest ni dibuat sempena besday Puteri kesayangan pada 31 Mei 2010 nanti.
Nama Tema giveaway ni ialah WAWA 5TH BESDAY GIVEAWAY-SENYUMAN PALING MENAWAN So sesape nak masuk atau nak join mai klik link nie http://bawalsulamtangan.blogspot.com/2010/05/wawa-5th-besday-giveaway-senyum-paling.html.

Cerita tentang gambar :

Suka sangat tengok gambar ni, Aqilah senyum dengan penuh kegembiraan & keceriaan. Comel sangat tengok dia gela. Gambar ni diambil sewaktu ibu ade sukaneka. Waktu Aqilah n abah dia ikut skali temankan ibu. Tengah ibu bersukan dia n abahnya jalan2..




Wednesday, May 12, 2010

Hepi Besday Alesya Sayang

Hari Ahad baru2 ni kami sambut besday Nur Alesya Qaisara yang pertama. Selamat Hari Lahir sayang ibu. Moga sihat2 selalu dan jadi anak yg pintar. Kek kat bawah ni adalah kek istimewa tempahan ibu dari kak lea from lea-oven.blogspot.com. Harganya usah tanya..biar ler rahsia, yang penting ibu dapat kek yang ibu inginkan.. Ramai juga tetamu yang hadir dalam majlis ini. Terima kasih diucapkan pada yang sudi datang.
Tengok ler, Alesya tak sabar2 nak potong keknya itu..




Menu2 yang dah nak abis..ape2 pun terima kasih bayak2...selamat menjamu mata..

Monday, May 10, 2010

Giveaway Same Nama 'Nur Alesya Qaisara' - orked


Sebenarnya cadang nak buat benda ni mase bulan April lagi. Tapi tak berkesempatan.
Benda ni tak tau ler nak panggil contest/giveaway atau lain..
Saya buat ni sempena besday anak saya Nur Alesya Qaisara yang jatuh pada
10 Mei lepas.. kat sini saya nak cari nama anak mama2, ibu2 atau umi, mami yang
1) mempunyai nama same
ngan anak saya
NUR ALESYA QAISARA
2) nak follow saya ataupun tidak terpulang pada anda tiada paksaan
3) sape yang mempunya nama seperti di atas tinggalkan link anda di ruangan komen yer..
4) Hadiah menarik..siapa cepat dia dapat
5) hanya seorang pemenang sahaja
6) Copp...umur anak anda mesti tidak melebihi 4 tahun...

Wednesday, May 5, 2010

Contest Hadiah Birthday Untuk Alisya

Apakah Hadiah Birthday yang Paling Ideal Daripada Saya dan Isteri untuk Alisya dan kenapa?

Mari ramai carikan hadiah yang sesuai untuk Alisha.
Nak join KLik kat cni
Papa n mama Alisha tak payah risau nak carikan hadiah untuk Alisha.. ni ibu Alesya n Aqilah nak cadangkan..
Apakah Hadiah Birthdat paling Ideal daripada saya dan Isteri untuk Alisha dan kenapa?
Saya cadangkan papa n mama Alisha belikan Alisha Tricyle seperti gambar kat atas. Tricycle ni ade macam2 jenis tapi yang ni paling selamat untuk bawa Alisha bersiar2 sebab ade penghadang dan pemegang, papa n mama nak tolak pun senang serta tempat meletak kaki, selesa untuk Alisha. Bakul pun ade, boleh letak botol susu @ ape2 barang.Lagipun baby macam seusia macam Alisha dah pandai nak bersiar..senang mama n papa nak bawa dia
Cerita yang saya suka kat Eyriqazz.com adalah 'Senyumanmu Alisya Pengubat Hati Papa'

" SEDONDON WITH DADDY GIVEAWAY "



Sedondon With Daddy Giveaway, contest ini anjuran NURSHAHFAMILY

Cerita tentang gambar :

Gambar ni mase raya tahun 2008. Tahun tu kami pakai pakaian sedondon wane pink..kbetulan baju abah n Aqilah same sedondon pink dari kain yang same..

Sesape yang nak join klik je kat cni nurshahfamily.blogspot.com

Ok..enjoyy…

Contest Dad's Special Moment


Nama : Nur Aqilah Insyirah Jainudin
Tarikh lahir : 23 Oktober 2007


Skang dah start nak join contest lak..
Ni contest yang dibuat oleh tuan punya blog http://zamieda-lifeline.blogspot.com/2010/04/contest-dads-special-moment.html . Kalu nak join klik je lin kat atas nie..

Kali ni ayah2 lak nak join contest..
Cerita tentang gambar :
Gambar ni mase kat kampong abah, Tanjong Karang. Abah Aqilah memang rajin memandikan, memakaikan pampers serta menyiapkan Aqilah. Tengok ler diam je kalu abah dia yang pakaikan..kalu ngan ibu, pusing sane..pusing ctu..

Tuesday, May 4, 2010

Nikahnya Farah & Atul


CUTE PINK BABIES CONTEST

Nama : Nur Aqilah Insyirah Jainudin
Umur : 2 tahun 6 bulan
Tarikh Lahir : 23 Oktober 2007

Contest ni dianjurkan oleh Ibu QisQas semperna birthday puterinya Sharifah Nayli Qasrina yang pertama 31 Mei 2010 ni. Happy besday baby Qasrina..

Pesanan ibu buat Aqilah :


Ibu doakan Aqilah menjadi menjadi orang berguna, jadi orang yang berjaya, jadi orang yang tahu menjaga dan mengurus diri, jadi orang yang boleh memainkan peranan ditengah keluarga sebagai anak sulong ble dah besar nanti..yang paling penting jangan tinggalkan solat ye sayang..Ibu dan semua sentiase menyayangi Aqilah hingga kehujung nyawa kami..

Monday, May 3, 2010

Suka lawat kat blog masakan ni


Pagi2 bowink..keje dah siap..ape nak buat lagi..smentara kerja xde nie..sempatku jalan melawat blog masakan ni DAPURCOMELKU mmg menarik dan sungguh mengiurkan masakan kat cni.


Resepinya pun mudah, menarik..mmg tertarik sesangat..dah jatuh cinta aku dibuatnya..


Selain dari blog ni, ku mmg selalu mnjelajahi blog kak liza. Kak Liza ni mmg pakar dalam bidang masakan..siap ade keluarkan buku lagi..buku2nya boleh kite dapat kat pasaran..ku mmg selalu meniru resepinya..minta izin ye kak liza..masakannya pun mmg best same ngan dapurcomelku..


Terima kasih kak liza n dapur comelku sebab banyak bagi idea untuk masakan kepadaku..
Kak Liza, liza pinjam gambar ni ye..

Sunday, May 2, 2010

Tag - Cekodok

Wah cekodok yang sungguh menyelerakan..kebetulan pagi tadi memang buat cekodok pisang.. suka ngan cekodok yg lebih pisang..yummy..

1. Sila 'copy' gambar cekodok dibawah:

Sebutkan nama penghantar sarapan cekodok ini.


3. Beritahu kenapa sarapan cekodok pisang ni menjadi pilihan anda?
Sebab ia adalah makan kegemaran saya..suka sangat ngan cekodok pisang nie..yummy..senang dan cepat sangat mase menyiapkannya..kalu bole hari nka makan cekodok..


4. Tag game ni hanya boleh di 'pos' kan pada waktu pagi "before noon".
Orait..done


5. Akhir sekali 'pass' kan tag game ni pada 4 rakan anda yang lain.Nak 4 org jer..kena pilih la pulak...
1- sambalkicap.blogspot.com
2- Ayu @ hadifhadifah.blogspot.com
3- lilprincecharming-asmieyra.blogspot.com


okey,enjoy lah ngan cekodok ni yer kawan2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails