SaHaBaT IsTiMeWa

Friday, November 30, 2012

Semakin bijak...


(gambar : mase belom pandai jalan)


Cerita pasal puteri kecik saya Nur Afiqah Qasrina yang akan mencecah 1 tahun 3 blan pada 11/12/12 nanti..tersenyum sendiri bile teringat keletahnya yang manja, memang manja sangat sikecik dengan saya.

Hari ke hari dia semakin bijak serta laju mengatur langkah. Antara benda yang Afiqah dah pandai dalam umurnya skang adalah :

  1. Afiqah start berjalan laju tanpa dipimpin umur 1 thn 2 bulan
  2. Masih menyusu ibu sepenuhnya
  3. Banyak perkataan yang dia da pandai sebut ..ibu, abah, kakak dia sebut tatak, nek, tuk, pokok , BALL, BEAR, kalu tgk ikan kat tv dia sebut FISH, mak mah (mak ngah) sonok kan bile ank pndai bcakap..
  4. Bunyi motor posmen pun dia kenal, siap sebut MEN…tgh bebuai tu..neneknya puas dok pikir MEN, ape la MEN tu..oo POSMEN..heheh
  5. Potpot bunyi uncle roti pn dia tau dia akan panggil TI…
  6. Kalu nak susu dia sebut MEK (susu gantung)…sebb mase anak no 2 dlu time nak menetek dia cakap nk MEMEK, jadi sya pn terus praktikkan untuk Afiqah..hee
  7. Suka memanjat gril…mcam boboi..tinggi pulak tuuu

Ibu doakan Nur Afiqah Qasrina terus membesar dengan cemerlang, jadi anak yang solehah dan taat kepada suruhannya



Hanya Tinggal 2 minggu....


Pejam celik pejam celik minit berdetik jam dan masa terus berputar laju..rupanya tinggal lagi 2 minggu kenduri kahwin adik saya Deqna. Deqna ni adalah adik bongsu saya, kami hnya 3 bradik je, 2 pompuan 1 lelaki..pompuan sulung saya la, yg no 2 adik lelaki, ejam, da kahwin dan ade 1 puteri berumur 2 thn 3 bulan.

Ni adalah kenduri kahwin yang terakhir dalam keluarga kami, lepas ni da xde lagi kenduri. besar.kalu ade pun tunggu puteri2 saya dewasa. Majlis kahwin dorang pulak lah…heheh…anak baru kecik lagi yer…da piker nk bermenantu…heeee

Jangan tak tau, hantaran satu pun belom siap..huhuh nasib baik deqna tak marah. Maklum la anak2 saya kecil lagi. Bile nak keluar mencari barang ade je yang nak membontot, lagi2 sikecil afiqah qasrina..2 kakaknya tak payah cakap la, pantang lepa..adoii. Pening dibuatnya. Mane nak cari bungan, reben dan lain2…hadiah untuk cabutan bertuah pun baru balut separuh…yg tu kejap je, tak perlu nak memikir, ade kertas balut je…kalu hantaran kena mikir nk buat camne…nk menegak, melintang..bunga ketepi ke bunga ke kanan…tema cam biasa la pink..heee..mudah kan, lagipun pink ni menarik, bagi saya la

Buah tangan untuk tetamu smua da siap sedia, Cuma tinggal nak memacking je..mggu depan bole la start packing. Kad jemputan cam biasa memang dan ter edar pn. Jemputan 1000 orang.

Tukang masak pulak macam biasa la Mak cik hasmah ketua rukun tetangga kampong kami. Dia yang akan mengatur segalanya..sebab mase kenduri kahwin saya dan ejam dia yang masak juga..

Kite tggu je la majlisnya nnti ye…hehh

Thursday, November 8, 2012

Sedihhh...



Lumrah hidup, hidup manusia kadang berada di atas kadang berada dibawah
Seharusnya kite bsyukur di atas ape yang dikurniakan Ilahi kepada kite.
Sesungguhnya kite hnya insan kerdil yang hanya menumpang sementara dibumiNya yg cukup indah.

Kenapa bile tau kite senang, ramai org nk bkawan ngan kite, tapi time dia senang batang hidungnya pn x nampak jenguk kite…tak seronok kan bile kawan macam ni, bukan la kite nak menumpang senang dia pun..

Sedihhhh…ape kan daya, saya hanya insan biase ciptaan Tuhan yg serba sederhana. Namun rasa bsyukur di atskurniaan Tuhan pada sya. Sesungguhnya hnya Dia yang Maha Mengetahui segalanya...

Wednesday, November 7, 2012

Kurung Peplum


Korang pernah dengar tak kurung peplum?
Peplum ni katenya fesyen baju ala2 saloma
Menurut member saya yg kiranya mmg suka fesyen, fesyemn peplum ni adalah fesyen yg tgh meriah skg ni...
Malum la skang kan byak fesyen2 lama yang dah diketengahkan kembali…
Tengok orang buat cantik, tapi kalu saya pakai cantik ke?
Kalu ikut kata hati memang terngin nak buat, tapi senang ken k mnyelak baju…
Huhuh…bukan selak untuk ape, selak untuk puteriku mnyusu


Rase macam nak buat je…

Tuesday, November 6, 2012

WaterWorld @ I-City, Shah Alam

 Hari tu orang sibuk bercerita pasal LEGOLAND
Skang muncul pulak Water World @ I-City
Korang nak tau, Water World ni rupenya kt Icity Shah  Alam
Katenya kat dalam ICity tu…
Wahh!! Bes kan…dekat ckit nak pergi mandi manda
Seronok la anak2
Kebetulan water world ni akan dibuka pada 9 Nov ni..
Ari jumaat, katenya diskaun 50%
Jomm p…


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails