SaHaBaT IsTiMeWa

Sunday, May 19, 2013

Rindunya Saat Kecil Mereka..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Seronoknya ade babykan? rase macam nak ade baby je..tapi blom lagi kot..
Rindunya saat2 mereka baby..








Toys R us Star Members Yang Mahal..




Hujung minggu baru ni ajak HB g Summit, kebetulan ade jualan Toys R Us Warehouse Clearance Sale member. Salenya hingga 80%. Macam menarik je kan? Sebelum pergi tu bayangkan sale nya 80%, memang murah betul la kalu dapat sale macam tu. Excited je sebelum tu.

Dah sampai Summit, panjat la tingkat 4…dengan dukung dak kecik Afiqah Qasrina yang makin mantopp..gara-gara 80% punya pasal. Da sampai kat situ, Alesya dulu yang bersuara, terutama bile nampak patung princess “wahh..besnya” dengan senyuman meleretnya…apalagi dipilihnya mainan princes yang beharga rm149.90, dalam hatiku “ mak oii, mahalnya” kate sale..tgk ade stiker hijau 20% ke 30%..cehhh, yang bnyaknya sale 10 % ke 30% je…masukkan la jugak mainan tu dalam beg, pusing punya pusing nampak pulak beg tarik-tarik princess, ape lagi, sorang satu capai, tengok pulak rm79.90, belek-belek takde lak stikernya..maknanya  takde sale la..best buy kot..cakap ngan HB “ takpe la B, tahun depan kakak darjah 1, angah pulak tadika, takyah la beli beg da”. Berbalik pasal mainan yg rm149.90 tu pulak, sya minta dia tukar ngan mainan lain, puas juga la pujuk, macam-macam mainan saya tunjuk dia tak nak..dia bole cakap “Echa nak tengok je mainan ni, Echa nak yang tu”..heheh..bijak sungguh..sampai ke 1 tempat, nmpak la pulak payung princess. Saya cakap ngan dia “kalau Echa nak payung ni, kana pilih salah satu, payung atau mainan ni, dia cakap “ok lah, echa nk payung”. Tgk harga rm39.90..huhuh..Nasib baik lah..kalu mainan tu rasenya balk umah trus hncur..kalau macam ni, bukan la namenya Star Member Card..tak murah pun..mahal ade la, kalu nak buat sale untuk member buat la murah-murah…berbaloi jugak..ini kopak duit mak pak..gara-gara tak sampai hati tengok anak menarik tangan semata-mata nak kan mainan yang cecah ratusan ringgit, da la hujung bulan..amikk ko, nyesal jugak g, kalu tau camni..tak gi la..habis juga la dlm rm300+ …heheh

beg princess rm79.90 x 2
payung princess rm39.90 x 2
pencil box princess rm19.90
kaler princess rm7x 3
cd rm20
lain – lupe da..

Yang sale lagi 1 tu kasut stride ride, mmg murah 60%..tapi xde pilihan..stokinnya pn oklah sebelum sale rm39.00 dah sale dpt la rm15.00..

Lain kali lebih baik g GM Klang, dari tmpat begini. Hanya indah iklan sahaja..


Friday, May 17, 2013

Untukmu Cikgu





Rasenya tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia. Tugas anda semua mendidik saya, anak2 saya adalah satu tugas yang sangat murni dan akan saya hargai hingga akhir hayat.

Aqilah pun sempat minta ibu packingkan hadiah hari guru untuk cikgu-cikgu di tadika nya, Tadika islam Amali Falah. Semuanya ada 8, untuk 8 orang cikgu yang mengajarnya. Katenya “smua cikgu ajar akak, akak nak bagi semua cikgu”. Baguslah kakak pandai hargai jasa guru.
Ni la hadiah yang sempat ibu packing tu, hadiahnya rahsia…heee..cantik takk…

Monday, May 13, 2013

Alesya Turns 4



Tanggal 10 Mei 2009 tepat jam 5.25 petang lahirlah puteri ke 2 saya yang diberi nama Nur Alesya Qaisara di Hospital Sungai Buluh, SDE

Kini..10 Mei 2013 genaplah sudah usianya 4 tahun. Selamat hari lahir angah. Sesungguh ibu amat menyayangi angah. Walaupun ibu selalu marah angah tak bermakna ibu tak sayang. Ibu marah demi kebaikan angah sebab ibu sayang angah. Ibu nak angah jadi anak yang baik, bijak cerdik pandai serta menghormati orang tua. Semoga angah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh dan Berjaya didunia serta Akhirat.

Semoga cita-cita angah untuk jadi doktor jantung tercapai hingga dewasa kelak.

Ibu, abah, kakak Qila Dan adik Fiqa sayang angah sangat-sangat…

Sunday, April 28, 2013

Bubur Lambuk Terengganu..



Hari Sabtu adik lelaki saya datang kat umah mak. Sedang seronok bercerita dia minta mak buatkan bubur lambuk. Katenya yang buat ri tu tak cukup, tak puas makan

Ape lagi mak pun pergi la cari sayur-sayur yang sepatutnya. Kebetulan kat umah ade la jugak menanam sayur-sayur kampong ni. Bubur lambuk Terengganu ni tak macam bubur lambuk kampong baru tau. Bubur lambuk ni menggunakan banyak sayur-sayuran kampong..macam pucuk ubi, daun kesom, daun kunyit, pucuk manis, paku merah, ulam bulu, letak lada hitam, ikan, cili blander, bawang, santan dan lain-lain. Dapat lah satu periuk besar. Puaslah kami anak beranak makan. Kebetulan cuaca mendung, lagi sedap lah bubur masuk ke mulut kami. Saya sampai 3 kali menambah. Percaya tak? Kalu korang nak sedap lagi perahkan sedikit asam limau dan letak sedikit kicap..yummyy…terangkat bebb

Kalu anda nak resepi pergi je kat Encik Google. Mesti jumpa. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails