SaHaBaT IsTiMeWa

Sunday, May 19, 2013

Toys R us Star Members Yang Mahal..




Hujung minggu baru ni ajak HB g Summit, kebetulan ade jualan Toys R Us Warehouse Clearance Sale member. Salenya hingga 80%. Macam menarik je kan? Sebelum pergi tu bayangkan sale nya 80%, memang murah betul la kalu dapat sale macam tu. Excited je sebelum tu.

Dah sampai Summit, panjat la tingkat 4…dengan dukung dak kecik Afiqah Qasrina yang makin mantopp..gara-gara 80% punya pasal. Da sampai kat situ, Alesya dulu yang bersuara, terutama bile nampak patung princess “wahh..besnya” dengan senyuman meleretnya…apalagi dipilihnya mainan princes yang beharga rm149.90, dalam hatiku “ mak oii, mahalnya” kate sale..tgk ade stiker hijau 20% ke 30%..cehhh, yang bnyaknya sale 10 % ke 30% je…masukkan la jugak mainan tu dalam beg, pusing punya pusing nampak pulak beg tarik-tarik princess, ape lagi, sorang satu capai, tengok pulak rm79.90, belek-belek takde lak stikernya..maknanya  takde sale la..best buy kot..cakap ngan HB “ takpe la B, tahun depan kakak darjah 1, angah pulak tadika, takyah la beli beg da”. Berbalik pasal mainan yg rm149.90 tu pulak, sya minta dia tukar ngan mainan lain, puas juga la pujuk, macam-macam mainan saya tunjuk dia tak nak..dia bole cakap “Echa nak tengok je mainan ni, Echa nak yang tu”..heheh..bijak sungguh..sampai ke 1 tempat, nmpak la pulak payung princess. Saya cakap ngan dia “kalau Echa nak payung ni, kana pilih salah satu, payung atau mainan ni, dia cakap “ok lah, echa nk payung”. Tgk harga rm39.90..huhuh..Nasib baik lah..kalu mainan tu rasenya balk umah trus hncur..kalau macam ni, bukan la namenya Star Member Card..tak murah pun..mahal ade la, kalu nak buat sale untuk member buat la murah-murah…berbaloi jugak..ini kopak duit mak pak..gara-gara tak sampai hati tengok anak menarik tangan semata-mata nak kan mainan yang cecah ratusan ringgit, da la hujung bulan..amikk ko, nyesal jugak g, kalu tau camni..tak gi la..habis juga la dlm rm300+ …heheh

beg princess rm79.90 x 2
payung princess rm39.90 x 2
pencil box princess rm19.90
kaler princess rm7x 3
cd rm20
lain – lupe da..

Yang sale lagi 1 tu kasut stride ride, mmg murah 60%..tapi xde pilihan..stokinnya pn oklah sebelum sale rm39.00 dah sale dpt la rm15.00..

Lain kali lebih baik g GM Klang, dari tmpat begini. Hanya indah iklan sahaja..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails