Ahad malam pulak Deqna pulak yang belanja. Murah rezeki betul kami minggu ni..kalu tak dia nak blanje ari jumaat malam tapi disebabkan adik iparku keje jauh jadi dia pun pilih ari ahad malam sebab smua ade..deqna minta ku carikan satu tempat makan yang best..disebabkan nak pilih tempat yang dekat ku pun pilih Restoran Thai kat Puchong Intan..nama dia Alissara Restoran..dengar2 dari cerita kawan2 yang pernah menjamu selera kat cni, makanannya sedap..jadi aku pun teringin nak cuba..betul ke sedap?..
Restoran ni bukak waktu petang je..mula dari pukul 5.30 petang hingga 3 pagi kalu tak silap. Fuh! Memang penuh tempat duduknya, nasib baik akal ku panjang..ku dah tempah tempat duduk dulu..tempah untuk 10 orang je..
Sesampai je terus amik order..macam2 air di order, makanan lak kami order Tom Yam Kelapa, Siakap masak Stim, Siakap 3 rasa, cendawan goreng, somtam (kerabu mangga), lala masak pedas..tengok memang bes..ok la makanan kat cni...best n mahal gak ler..Cuma lalanya je mase tue macam dah busuk skit..tom yam kelapa dia bes gak sebab lain skit..dia bersantan..
No comments:
Post a Comment