Apabila si kecil mula menunjukkan wajah yang masam. Anda pasti ingin melakukan sesuatu untuk melihat senyuman riang darinya.
Objek terang
Ketika ini penglihatan si kecil mudah dirangsang dengan menggunakan objek warna terang. Dia akan asyik bermain dengannya. Lebih menarik jika mainan itu mempunyai bunyi apabila ditekan oleh si kecil. Bunyi bising daripada mainan itu akan membuatkan si kecil ‘sibuk’ sepanjang hari. Contoh permainan yang selamat ialah anak patung dan buku lembut.
Cermin oh cermin!
Letakkan si kecil di hadapan cermin. Biarkan dia bermain dengan ‘dirinya’ yang dianggap sebagai kawan barunya. Pasti dia seronoknya melihat pergerakan tangan dan badannya. Si kecil mungkin akan mencium dirinya sendiri dan tersenyum sendiri.
Menari bersama
Bayi sukakan bunyi melodi yang lembut. Muzik membuatkan mereka merasa diri??. Di samping itu, pasangan muzik kegemarannya. Kemudian menarilah bersamanya dengan memegang tangannya. Si kecil dan anda pasti gembira bersama melakukan aktiviti itu.
Anak patung beruang
Aktiviti menggoyangkan anak patung beruang ini, akan membuatkan si kecil teruja untuk tersenyum. Gerakkan anak patung ini ke kanan dan ke kiri. Juga beberapa aksi seperti anak patung ini terjatuh dan terkena badannya. Aktiviti sebegini membuatkan si kecil ceria. Malah dia akan cuba mencapai dengan tangan untuk mendapatkan anak patung untuk dipeluknya!
Katil yang selesa
Anda dan bayi baring bersama di atas katil. Pegang bayi ke atas dan pandang wajahnya dengan penuh keseronokan. Hubungan mata antara ibu dan bayi akan membuatkan bayi merasa selamat sekali gus membuatkan bayi berasa gembira.
INFO :Setiap ibu bapa perlu sentiasa memeluk bayi. Perbuatan seperti ini secara semula jadi akan memberikan rasa selesa dan keceriaan kepada bayi. Begitu juga dengan ciuman, dukung dan main bersama adalah antara aktiviti sentuhan yang membuatkan bayi merasa seronok melihat dirinya disayangi anda. Jangan lupa, sentiasalah menunjukkan wajah yang ceria di hadapan si kecil anda.
Ini adalah petikan daripada majalah PA & MA untuk dikongsikan bersama
No comments:
Post a Comment